Part 7

379 24 0
                                    

ARIFF melangkah masuk ke dalam bilik adiknya.

"Adik bangun la... nanti lambat salahkan abang juga." Ujar Ariff.

"Hmm..." Haura menepis tangan yang memengang tanganya.

"Bangun la adik..."

"Luth dah tunggu adik dekat bawah tu!" Ujar Ariff. Walhal Luth belum datang lagi pun.

"HAAA...abang Luth dah datang. Mana..." Kata Haura sambil menjengok kepala ke luar tingkap biliknya.

"HAHAHAHAHA...padan muka orang kejut tak nak bangun."

"Abang...benci la!" Marah Haura sambil menghentakkan kaki tanda protest.

"Dah,dah tak payah nak marah sangat pergi siap cepat nanti Luth datang betul-betul baru tahu nak gelabah." Ujar Ariff.

"Okay..."

"Dah abang keluar dulu. Cepat sikit siap tu." Ujar Ariff.

"yerr..."

Ariff keluar daripada bilik Haura dan menuruni tangga. Dia berjalan menghampiri sofa dan duduk di hadapan Luth.

"Kau tunggu la kejap budak tu baru bangun tidur." Kata Ariff.

"Baru bangun tidur biar betul tidur waktu macam ni." Tanya Luth.

"Ehh,dia bukan segaja tau. Tadi dia cakap dia pening kepala tu yang dia tidur." Ujar Ariff. Dia tidak mahu Luth memikir yang tidak baik tentang adik kesayanganya.

"Ohh..takpa la"

"Haa...dah alang-alang kau dah datang sini tunggu pula adik aku yang tak pasti bila nak siap tu, apa kata kita main satu game. Ujar Ariff sambil mengangkat sebelah kening sebagai tanda tanya.

HAURA SUDAH TERDUDUK di atas katil. Macam-macam gaya tudung di lilitnya tapi satu pun dia tidak puas satu.

"Arghh... stress-nya aku. Tudung ni pun waktu aku nak keluar la dia tak nak jadi!" Marah Haura.

"Penat la tengok tutorial tapi tak jadi- jadi pun. Nanti kalau abang Luth datang mesti dia marah aku ni." Bebel Haura. Air matanya sudah hampir jatuh. Cengeng budak Haura ni.

Haura meletakan tudung shawl- nya dia atas kepala dan keluar daripada bilik untuk menuju ke bilik Puan Mia.

"Ish...mana mama ni!"

"Mama,mama...!" Panggil Haura sambil menuruni tangga. Air matanya sudah mengalir ke pipi mulusnya.

"Ya,sayang mama dekat dapur ni!" Balas Puan Mia.

Dia tidak perasan akan ke hadiran dua lelaki di ruang tamu itu.

"Haura tu kenapa riff?" Tanya Luth.

"Ha... ni la perangai Haura yang boleh buat kau hilang sabar." Ujar Ariff.

"Kenapa pulak?"Tanya Luth

"Ishh...kau ni, kau tak nampak ke dia menangis."

"Nampak so..." Ujar Luth dengan muka blur.

"Ishh teruk la kau ni. Budak Haura cengeng kau tahu tak. Susah nak jaga dia tu!"

"So jadi masalah ke kalau dia cengeng, aku suka?"

"Arghh...penat la aku cakap dengan kau ni! Dah ahh cau!" Ujar Ariff dan berlalu ke dapur.

"Mama... Tolong la adik buat tudung ni. Nanti kalau abang Luth datang dia mesti marah dekat adik. Mama tolong laa..." Makin lebat air matanya jatuh.

"Ishh takkan la Luth nak marah adik. Dah jangan nangis meh mama tolong buatkan." Pujuk Puan Mia.

"Tak tahu la adik nanti abang Luth kesayangan adik tu mesti marah. Dia dah la garang nanti dia rotan baru tahu. Tu dia dah tunggu dekat depan." Usik Ariff.

"Mama macam mana ni...abang Luth dah sampai. Adik takut la" ujar Haura dengan perlahan.

"Ishh kamu ni Ariff suka sangat kena kan adik kamu." Marah Puan Mia

"Takpa lah... haa,ni tudung adik dah jadi mama buat. Jom pergi depan." Ajak puan Mia cuba memujuk Haura.

"Tak nak la...adik takut."

"Takpa la jom. Berani dia nak marah anak mama ni. Nanti mama marah dia!" Kata Puan Mia.

"Jom" ajak Puan Mia seraya menarik tangan Haura untuk ke depan.

APABILA Luth melihat ke hadiran tiga orang manusia itu dia mula bangun daripada duduknya. Matanya tertacap ke arah susuk tubuh yang tertunduk itu.

"Luth maaf ye Haura lambat tadi dia sakit kepala itu yang lambat tu." Ujar Puan Mia.

"Eh,takpa Luth tak kesah pun."

"Ye ke kau tak kesah. Tah-tah dalam hati kau dah mengelegak api kemarahan sebab tunggu adik aku ni." Ujar Ariff. Bila la budak ni nak berhenti kacau Haura.

"Ish...apa kamu ni Ariff cakap macam tu." Marah Puan Mia.

"Mama adik tak nak pergi la. Adik nak masuk bilik." Bisik Haura dan berjalan meninggalkan mereka bertiga. Belum sempat Haura naik tangga ada satu tangan yang pantas menarik tangan Haura supaya berhenti.

"Alololo...adik kesayangan abang ni. Tak mau la cedih,cedih dah. Tak kesian ke dekat abang Luth tu dah datang jauh- jauh nak jumpa dengan adik." Ujar Ariff. Sesi memujuk di mulai.

Luth yang melihat hanya tersenyum. Comel wajah Haura yang menangis itu. Kata Luth dalam hati.

"Cepat la adik Luth dah tunggu lama dah adik pun dah siap.Takkan nak buka tudung macam tu je." Pujuk ariff lagi.

"Haura pergi la lepas ni dah tak boleh jumpa dengan Luth dah. Mama tak bagi kamu berdua jumpa dah." Kata Puan Mia.

"Yerr adik pergi." Ujar Haura perlahan.

"Ha macam tu la." Kata Puan Mia dengan gembira. Akhirnya terpujuk juga budak manja ni.

LUTH tidak senang duduk apabila Haura cuma diam daripada awal masuk kereta.

"Haura takut dengan abang ye?" Tanya Luth dengan lembut. Dia menoleh ke arah Haura dan kembali fokus ke arah jalan.

Haura yang menunduk tadi terus mengangkat wajah dan memaling ke arah Luth. Dia tidak tahu nak jawab apa.

"Haura abang tanya ni. Haura takut dengan abang ke?" Tanya Luth lagi.

Haura hanya mengelengkan kepala.

"Takpa la mungkin Haura dah tak sudi nak bercakap dengan abangkan." Nada suaranya dibuat seperti berjauh hati.

Haura mengubah kedudukan menghadap ke arah Luth. Dia membuka kasut dan duduk bersila di atas kerusi.

Luth memandang sekilas ke arah Haura dan kembali fokus ke jalan raya.

"Tadi memang Haura takut dengan abang tapi sekarang tak dah! " Ujar Haura dengan sedikit kuat.

Agak terkejut Luth dengan perubahan Haura tetapi dia perlu berlagak tenang.

"Abang Luth..." Panggil Haura.

"Hmm..." Dia memandang sekilas ke arah Haura.

"Kita nak ke mana ni?" Tanya Haura.

"Rahsia nanti dah sampai Haura tengok la sendiri." Ujar Luth.

"Ala...yelaa." bibirnya dicebikan.

Comelnya awak ni Haura. Kata Luth di dalam hati.

 Kata Luth di dalam hati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Penjaga Hati: Luth Mateen | OGWhere stories live. Discover now