KELOPAK MATA Luth dibuka dan dadanya berasa berat, dia menunduk ke bawah, tersenyum dia melihat tangan kepala Haura berada di atas dadanya.
Perlahan lahan dia mengubahnya dan mengejutkan wanita itu dengan lembut.
"Sayang wake up. Dah subuh ni."
"Sayang."
"Hmm kejap la awak. Lima minit." Haura merengek walaupun matanya masih terpejam rapat.
"No sayang bangun la." Luth menepuk nepuk perlahan pipi wanita itu.
"Abang tolong laaa! Lima minit ja bukan lima jam!" Marah Haura.
"Oh lima minit ye bukan lima jam kau tunggu jap. Aku bagi kau lima minit." Luth membebel. Dia senyum sinis.
Luth berlalu masuk ke dalam bilik air. Dia mengisi separuh air ke dalam baldi. Dia membawa baldi itu keluar dan...
Dia menyibah ke muka isterinya.
Haura bangun dengan mengejut. Dia menjerit kuat nama suaminya.
"LUTH MATEEN!"
"Awak ni jahat la..." Haura mula menangis kuat.
"Hey sayang, abang gurau je. I'm sorry okay." Dia mengangkat tubuh isterinya ke dalam tandas.
"Eyy lepas laaa...gurau apa macam itu. Habis basah baju saya dengan tilam. Tak pasal nak kena cuci pula." Marah Haura.
"Okay okay sayang mandi dulu nanti kita solat sama sama. Pasal tilam biar abang uruskan.
Dia senyum kepada Haura. Wanita itu mula menjelingnya tajam seraya tutup pintu bilik air.
Fuhh ketar mat!
LUTH melabuhkan duduk di ruang tamu rumah Dato' Ezra. Dia mengeluh perlahan.
"Lewatnya abang kita ni penat saya tunggu." Ujar Noah. Dia turut melabuhkan duduk.
"Diam la kau." Marah Luth.
"Asal kau ajak dia datang sini. Bukannya boleh membantu pun."
"Bukan aku budak tu yang ajak." Daniel menunjuk kepada Aiden.
"Dia paksa aku bawak dia sekali." Ujar Aiden.
"Mana ada aku tak paksa dia pun. Dia yang beria ajak aku." Nafinya.
Semua orang diam apabila Haura datang membawa sedulang jug minuman. Haura menuangkanya ke dalam tiga gelas air. Dia memberikannya kepada Daniel, Aiden dan Noah.
"Untuk abang tak ada ke?"
"Tak ada. Buat la sendiri." Haura berjalan meninggalkan mereka semua.
"Kenapa dengan bini kau tu?" Tanya Daniel.
"Dia merajuk dengan aku."
Ye salah dia. Daripada rumah mereka sampai lah di rumah Dato' Ezra Haura membawa rajuknya. Kali ni betul betul susah nak pujuk. Mati akal dia di buatnya.
"Kau buat apa dekat dia?" Tanya Noah.
"Perlu ke aku bagi tahu korang. Aku rasa tak perlu pun."
"Ada la tu dia buat apa apa itu yang tak nak bagi tahu Kita." Ujar Aiden.
•••
LUTH senyum manis apabila dia melihat Haura sedang duduk di buaian sebelah taman bunga milik Datin Seroja. Daripada sampai ke rumah ini dia tiada peluang langsung untuk memujuk isterinya. Wanita itu selalu mengelak daripada bertembung dengannya.
"Sayang..." Panggil Luth manja.
"Nak apa?" Tanya Haura sedikit kasar.
"Tak baik tau cakap macam tu dengan suami. Nak jadi isteri derhaka ke."
"Tak nak! Tapi abang yang cari gaduh dulu."
"Mana ada sayang yang tak nak bangun. Abang kejut la sayang dengan cara abang."
"Abang memang tak nak kalah ke? Abang yang mula lepastu abang nak salahkan saya pula." Haura bangun dan meninggalkan suaminya.
•••
"HAURA pergi panggil Daniel dengan suami kamu turun makan." Arah Datin Seroja.
"Baik bonda." Haura mula mendaki tangga dan masuk ke dalam bilik mereka.
"Abang bonda panggil makan." Ajak Haura. Dia mendekati suaminya yang sedang membuat kerja.
"Okay sayang. Kejap lagi abang turun."
"Abang tengah buat apa ni?" Tanya Haura.
"Buat kerja la sayang ku..." Luth mencuit manja hidung mancung isterinya.
"Kerja apa ni pelik je saya tengok."
"Ni kerja—" belum sempat Luth memberitahu Haura lebih pantas mencelah.
"Ha abang, abang ada dua hutang dengan saya."
"Hutang apa pula ni?" Luth dah mula rasa pelik.
"Hutang yang pertama abang kata abang nak cerita pasal apa yang berlaku dekat hotel abang tu. Second kenapa abang cuti la sangat sampai dua bulan pula tu."
"Soalan kedua tu tak ada dalam senarai kita pun sayang..."
"Ahh tak kira abang kena bagitahu juga." Haura memeluk tubuh tanda ingin merajuk jika Luth tidak ingin membuka cerita.
Luth menceritakan semua yang berlaku ketika mereka tidak berada di Malaysia. Tetapi dia tidak mendedahkan identiti lelaki yang telah menimbulkan masalah kerana bimbang jika isterinya risau dan takut.
"Okay now pasal abang cuti dua bulan pula." Ujar Haura dengan teruja.
Luth mengambil nafas sebelum mula berbicara.
"Ada dah berhenti kerja dekat atas pelantar minyak." Ujar Luth dengan satu nafas.
"What? Serius la abang? Are you kidding me?" Sumpah dia terkejut gila sekarang ni.
"Ye. Abang berkerja dekat dalam office sekarang but abang still kena pergi pelantar sebulan sekali."
"Oh tapi kenapa? Itu kan impian abang kenapa abang lepaskan macam tu je?"'
"Because of you sayang, abang dah tak nak duduk jauh jauh daripada sayang." Ujar Luth. Rindu itu berat.
"Tapi kenapa abang cuti lama sangat?"
"Sebab cuti abang banyak dan abang minta untuk work from home je."
Haura mengangguk ngangguk tanda faham."Eh abang jom turun makan. Kesian yang lain tunggu kita lama." Haura menarik tangan Luth supaya mengikuti.
Haura berhenti secara mengejut. Begitu juga dengan suaminya.
"Kenapa sayang?"
"Saya lupa nak panggilkan Niel sekali la." Haura buat muka sedih.
"Tak payah susah susah panggil dari sini abang dah boleh dengar suara dia dekat dapur tu. Dah jom turun." Kalau tadi Haura yang menyuruh Luth mengikutnya sekarang sebaliknya.
YOU ARE READING
Penjaga Hati: Luth Mateen | OG
RomanceBook 1|| Kita memang di takdirkan bersama LUTH MATEEN Seorang lelaki yang berkerja di atas pelantar minyak di bahagian mechanical engineering. Seumur hidupnya hanya di habiskan di tengah laut seorang diri tanpa peneman sehinggalah dia dijodohkan o...