SELURUH badan Haura mula mengigil apabila tiba di hadapan pintu masuk dewan di hotel milik keluarga suaminya. Dia menarik nafas dalam- dalam sebelum dia menoleh untuk melihat suaminya. Wajah Luth tidak menunjukan sebarang reaksi seperti gementar malah wajahnya hanya sentiasa tersenyum.
"Are you ready sayang?" Dia menundukan kepala apabila bercakap dengan Haura. Maklum la ketinggian Haura hanya paras dadanya.
Haura mendongakan kepalanya."Saya takut la awak. Mesti ramaikan dekat dalam tu?"
"Tak ramai sangat pun ada family kita dengan pekerja hotel ni je."
"Saya nervous sangat ni. Boleh tak kalau saya nak pergi tandas dulu?"
Mengecil pandangan mata Luth pada Haura apabila isterinya berkata begitu.
Haura tergelak kecil apabila Luth melihatnya begitu. Dia tahu apa yang di fikirkan suaminya.
"Betul abang Haura tak tipu Haura betul-betul tak tahan. Haura janji Haura takkan lari daripada abang."
"Sayang jangan la takut abangkan ada untuk teman sayang." Ujar Luth dengan lembut. Cuba memujuk hati wanita itu.
Haura melepaskan keluhan. "Kalau abang takut Haura lari sangat apa kata abang teman Haura pergi toilet. Haura dah tak tahan ni." Ujar Haura sedikit kuat.
Luth mengerling ke sisi kanannya untuk melihat abang kembarnya. "Ada masa lagi tak?"
" Ada dalam 10 minit lagi. Pergi la dulu. Pandai la aku handle kat sini." Kata Daniel sambil menepuk bahu adiknya itu. Luth hanya mengumam sebagai jawapan.
"Jom sayang." Luth menarik tangan Haura untuk mengikutinya.
"SAYANG jangan takut okay abang ada dekat sini nak teman sayang. Sayang pengang je tangan abang."
"Okay abang." Ujar Haura sambil tersenyum tipis.
"Okay ready pintu dewan akan dibuka!" Kata salah seorang penyambut tetamu.
Pasangan suami isteri itu masuk ke dalam dewan dengan iringan Daniel di sebelah kanan Luth dan Mikayla di sebelah kiri Haura.
Gengaman tangan Haura pada Luth semakin erat apabila dia melihat ramai orang yang menepuk tangan ke arah mereka.
Luth mengusap tangan Haura menggunakan ibu jarinya untuk menenangkan Haura. Mereka berdua tersenyum manis kepada semua tetamu yang ada.
Sebelum duduk Luth membetulkan baju Haura yang melerek ke lantai dan dia juga melabuhkan punggung di atas kerusi.
"TAHNIAH bro!" Kata Mikael sambil berjabat tangan dengan Luth.
"Tahniah juga Haura semoga bahagian hingga ke jannah. Aku ada hadiah untuk kau" Mikayla memberikan satu beg kertas berwarna hitam kepada Luth.
"thank you bro susah- susah je."
"Takda benda yang susah untuk kawan baik aku ni" Tersenyum sinis Mikael dan berlalu pergi.
Haura tersenyum apabila melihat kawan baiknya sedang berjalan menghampiri mereka. Mikayla juga senyum dan mendekati Haura. Dia mendekatkan telingganya dengan telingga Haura.
"Kan aku dah cakap suami kau ni senior kita. Kau tak nak percaya instinct seorang kawan." Kata Mikayla separa berbisik. Haura sudah menjeling manja kearah kawannya itu.
"yelaa..."
"Congrats both you! Abang Luth nanti jaga Haura ni elok- elok tau sebab dia ni buas macam monyet." Kata Mikayla sambil tergelak besar. Luth juga turut ikut tergelak.
Haura yang terkejut mendengar kawannya ketawa besar itu terus menekup mulutnya. "Kau ni dah kenapa gelak tak cover!? Buat malu je."
"Hahahaha.... sorry- sorry tak sengaja." Kata Mikayla sambil tersengih. Mikayla memalingkan wajah ke arah Luth dan tersenyum malu.
"Jangan risau saya akan jaga dia baik- baik. Macam mana keluarga dia jaga dia macam tu la saya akan jaga dia." Kata Luth seraya mengeyitkan mata kepada Haura. Mikayla sudah mencebik di dalam hati melihat itu. Ibu nak kawin jugak!
Habis sahaja sesi ucapan tahniah dan memberi hadiah. Pasangan suami isteri itu mula bangun dan menapak ke arah meja makan yang di khaskan.
Semasa mereka sedang makan Bella selaku pengerusi majlis telah menjemput abangnya untuk memberi sedikit ucapan.
"Sementara semua tengah menjamu selera saya dengan besar hatinya ingin menjemput raja sehari kita untuk memberi sedikit ucapan!" Kata Bella dengan penuh semangat.
Luth bangun dan mendekati adik perempuannya. "Assalamualaikum semua terima kasih kepada yang sudi hadir pada majlis hari ini. Majlis yang paling bermakna dalam hidup saya dan juga bidadari saya." Kata Luth sambil mengeyitkan mata kepada Haura. Haura sudah menunduk malu.
"Woww..." Semua tetamu mula memberi sorakkan dan tepukan gemuruh kepada Luth.
"Wow menarik sekali ayat yang di berikan. Saya pun terikut cair kalau macam ni." Kata Bella segaja menambah gila.
Daniel dan Luth sudah mengeleng kepala dengan perangai adik bongsu mereka.
"Pengantin perempuan ada apa- apa ucapan?" Tanya Bella.Haura hanya mengelengkan kepala.
Haura melihat ke sampingnya. Dia terasa seperti bahagian. Ya dia sangat bahagian!
Berapa lama agaknya perasaan bahagia tu kekal dalam hati Haura🤔
YOU ARE READING
Penjaga Hati: Luth Mateen | OG
RomanceBook 1|| Kita memang di takdirkan bersama LUTH MATEEN Seorang lelaki yang berkerja di atas pelantar minyak di bahagian mechanical engineering. Seumur hidupnya hanya di habiskan di tengah laut seorang diri tanpa peneman sehinggalah dia dijodohkan o...