Part 3

528 32 0
                                    

PULANG dari kerja Haura meminta izin kepada Tuan Ammar untuk pergi ke rumah Mikayla.

Sampainya haura di rumah tuan Zainal, dia disambut oleh bibik Ena.

"Haura mari masuk, Mikayla suruh kamu naik bilik dia terus tadi." ujar bik Ena.

"Okay bik, terima kasih." kata Haura sambil senyum.

Selepas mendapat kebenaran dari tuan bilik, haura terus masuk ke dalam dan bertembung dengan Mikayla yang sedang layan drama.

"Hmm,ada apa kau datang sini, kacau je aku nak layan drama ni."

"Ehh...kau sombong betul erk. Aku datang nak minta tolong ni."

"Minta tolong apa, pasal bakal tunang kau tu ke?" Teka Mikayla.

"Haah. Kau rasa aku patut terima dia ke tak? Aku dah la tak kenal lelaki tu."

"Lah...takkan papa kau tak bagi tengok gambar kot."

"Tula la masalahnya papa aku cakap nanti hari tunang baru boleh tengok dia. Aku rasa aku nak tolak la."

"Ishh, kau ni. Kau tahu kan walau apapun yang jadi kau tak boleh tolak dia. Aku pasti ni lah yang terbaik. Keluarga kau mesti nak yang terbaik untuk kau. Kau terima je lah dia. Nanti balik kau buat solat istikharah."panjang lebar Mikayla berkata untuk menyakinkan kawan baiknya itu.

"Hmm"itu sahaja yang keluar dari mulut Haura. Dia buntu saat ini.

Selepas beradu nasib, Haura meminta diri untuk pulang kerana sudah lewat. Malam ini dia perlu memberi jawapan kepada keluarganya.

MASUK SAHAJA ke dalam rumah Haura disambut dengan wajah ceria Puan Mia. Dia hanya tersenyum segaris dan meminta izin untuk berehat sebentar.

Selepas solat isyak, haura turun semula ke ruang tamu untuk mencari papa dan mamanya.

Haura mendekati papa,mama serta abangnya yang sedang duduk di ruang tamu sambil menonton television. Dia duduk berhadapan dengan papa dan mamanya.

Tuan ammar dan puan mia yang melihat anak mereka itu melabuhkan punggung di sofa hadapan mereka hanya senyum dan menanti anak mereka mula berbicara.

Haura mengambil nafas dalam dan menghembuskan dengan perlahan.
"Haura dah bersedia. Haura akan kahwin dengan lelaki tu."

Tuan Ammar dan Puan Mia yang mendengar jawapan anak bongsu mereka itu terus tersenyum dan mengangguk.

"So,bila Haura boleh kenal dengan bakal suami Haura." Kata Haura sambil tersenyum manis.

Ariff yang mendengar apa yang dikata adiknya itu terus tergelak."Hahahaha... Kau ni gatalkan. Papa dah cakap dah nanti waktu tunang korang jumpa la."

Haura mencebik."Hmm yela."

"Kami dah bincang dengan keluarga Luth. Kamu berdua akan bertunang hari sabtu ini." ujar tuan ammar.

"Ohh... nama bakal suami Haura Luth rupanya.Ha!... cepatnya." Seakan baru tersedar dia terus menjerit.

"Cepat apanya adikku sayang. Kita orang dah nak pergi Australia dua minggu lagi." ujar ariff. Haura mencebik.

"Esok kita pergi tengok baju tunang dengan baju nikah sekali dengan bakal mak mertua Haura."Kata Puan Mia.

"Hmm." Dia takut sebenarnya untuk berjumpa bakal mak mertuanya.

" Dia takut sebenarnya untuk berjumpa bakal mak mertuanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Penjaga Hati: Luth Mateen | OGWhere stories live. Discover now