"Selamat pagi bonda daddy."Ujar Luth gembira.
"Selamat pagi"Kata Datin Seroja dan Dato' Ezra serentak.
"Amboi dia tu, kenapa gembira semacam je bonda tengok."
"Mana adalah. Hari ni mummy pergi jumpa dengan Haura kan."Tanya Luth bersungguh- sungguh.
"Haa... kan I dah cakap abang mesti ada something punya."
Dato Ezra hanya tersenyum mendengar.
Luth hanya tersengih apabila Datin Seroja berkata begitu.
"Ishh... Mummy ni, yang Luth tanya mummy tak jawab pun."
"Ye,ye, tengah hari nanti bonda pergi jumpa dengan menantu mummy tu.Kenapa?"
"Belum apa-apa lagi dah menantu eh bonda. Boleh tak kalau Luth nak ikut jugak."
"Hmm...tak boleh. Hari tu kan kita dah bincang. Kamu boleh jumpa dengan Haura lepas tunang. Bukannya lama dah pun, cuba sabar sikit." Ujar Datin seroja tegas.
"Hmm, yela." Luth mencebik.
"Dah-dah makan cepat nanti makanan tu sejuk." Ujar Datin seroja.
"Bonda mana along dengan Bella?" tanya Luth.
"Along awal pagi tadi dah keluar, ada meeting katanya. Adik kamu pulak pergi university dengan kawan dia."
"Ohh"
"HAURA Huwaina cepat sikit, dah lewat ni." Ujar Puan Mia.
Puan Mia dan Haura akan pergi ke butik penggantin seperti yang di janjikan.
Haura bergegas keluar daripada bilik dan berlari menuruni tangga.
"Ishh kamu ni apa lari-lari. Jatuh nanti tak pasal masuk hospital."
"Hehehe, sorry mama" Haura hanya tersengih menampakan giginya.
"Dah jom nanti lambat pulak."
"ASSALAMUALAIKUM AUNTY!" Seraya menyalam tangan Datin Seroja.
"Waalaikumusalam, apa aunty, aunty ni. Panggil bonda la. Kan dah jadi menantu bonda. ujar Datin Seroja dan memalingkan muka kearah bakal besannya.
"Mia apa khabar,rindunya aku dekat kau."
"Khabar baik, aku pun rindu dekat kau juga."
"Lepas ni boleh la kita selalu jumpa dah anak- anak kita dah kawin."
"Haah kan"
Haura yang melihat hanya tersenyum. Kerana terlalu lama mendengar Datin Seroja dan Puan Mia berborak Haura mula bersuara.
"Mama, bonda bila kita nak pergi tengok baju tunang ni." ujar Haura dengan nada tertahan. Hampir hilang sabar dia menunggu.
Puan Mia dan Datin Seroja memalingkan wajah dan hanya senyum kepada Haura.
Puan Mia dan Datin Seroja melihat satu sama lain dan tertawa perlahan.
"Hahaha, sorry Haura kita orang lupa pula. Ah maklum la dah lama tak jumpa kan" ujar Datin Seroja.
"Hmm takpa la." ujar Haura pasrah.
"Jom la kita" ajak Puan Mia seraya menarik tangan Haura dan Datin Seroja.
"HAI, SELAMAT DATANG." Kata salah seorang perkerja di butik penggantin itu.
Mereka bertiga hanya senyum kepada pelayan tersebut.
"Boleh saya bantu"
"Saya ada buat tempahan untuk beli baju tunang dengan baju nikah."
"Atas nama siapa ya? Tanya pekerja itu lagi.
YOU ARE READING
Penjaga Hati: Luth Mateen | OG
RomanceBook 1|| Kita memang di takdirkan bersama LUTH MATEEN Seorang lelaki yang berkerja di atas pelantar minyak di bahagian mechanical engineering. Seumur hidupnya hanya di habiskan di tengah laut seorang diri tanpa peneman sehinggalah dia dijodohkan o...