Part 14

311 18 0
                                    

Haura memandang sayu ke arah puan Mia, tuan Ammar dan Ariff. Hari ini mereka berdua akan menghantar keluarga Haura ke airport untuk berlepas ke Australia.

Haura sedaya upaya menahan air matanya daripada jatuh.

"Alah adik abang ni jangan la sedih bukannya kita orang tak balik sini dah. Nanti adik call la kami." Ujar Ariff. Dia terus memeluk Haura. Ariff melepaskan pelukan dan dia memberikan Haura kepada Luth.

Haura menangis semahunya di dalam pelukan Luth.

"Kami pergi dulu ye. Luth mama minta tolong Luth jaga Haura baik- baik ye dekat sini ada apa-apa terus call mama okay." Ujar puan Mia.

Haura mendekati puan Mia dan memeluk wanita itu seperti tidak mahu di lepaskan.

"Mama jangan la tinggal adik sorang-sorang dekat sini. Adik nak ikut mama dengan papa juga." Ujar Haura.

"Tak ada sesiapa pun yang tinggalkan adik papa mama abang Ariff kita orang pergi kerja. Nanti dah habis kami balik Malaysia ye. Dah jangan nangis- nangis nanti tak comel la anak papa ni." Ujar tuan Ammar.

"Kami pergi dulu ye Luth Haura." Ujar puan Mia. Mereka bertiga berlalu pergi ke kawasan perlepasan.

"SAYANG tidur la dulu kita lambat lagi nak sampai rumah bonda." Ujar Luth. Sekarang mereka berada di dalam kereta selepas menghantar keluarga Haura.

"Saya tak mengantuk la abang." Ujar Haura.

"Okay kalau sayang tak mengantuk sayang nak buat apa. Nanti bosan tunggu lama-lama." Ujar Luth.

"saya nak makan." Ujar Haura sambil mencebik. Luth senyum.

"Nak makan ke? Jom kita makan dulu. Sayang nak makan apa?" Tanya Luth.

"Nak makan tomyam boleh tak?"

"Boleh." Ujar Luth.

"ASSALAMUALAIKUM bonda." Ujar Haura dan Luth serentak.

"Waalaikumusalam. Rindunya bonda dekat menantu bonda ni!" Ujar Datin Seroja seraya memeluk gadis itu.

"Haura pun rindu dekat bonda jugak!" Balas Haura.

"Jom masuk bonda ada benda nak tunjuk dekat Haura." Ujar Datin Seroja.

"Jom!"

"Amboi bonda dah lupa dekat anak kandung ni ke?"

"Ya Allah. Bonda terlupa." Ujar Datin Seroja.

"Sampai hati bonda. Lepas ni Luth datang hantar Haura je la Luth tak payah turun." Ujar Luth. Dia memeluk tubuh.

"Hahahaha comel la abang ni." Ujar Haura.

"Jatuh reputasi abang sebagai lelaki sayang." Kata Luth.

"Kenapa pulak?" Tanya Haura.

"Sebab sayang kata abang comel la." Jawab Luth.

"Eleh acah gila kau ni. Aku tak tahu pulak aku ada adik macam ni." Ujar Daniel. Datang dah pengacau ni.

"Sibuk la kau ni. Tiba- tiba ja ada dekat sini." Ujar Luth.

"Lah salah ke aku nak datang rumah mak aku sendiri. Bukan macam kau tu setahun berapa kali ja kau balik sini." Ujar Daniel.

"Bonda tak ada cakap apa pun kenapa kau pulak yang nak sibuk!" Ujar Luth.

"Kau yakin bonda tak kisah?" Tanya Daniel.

"Yakin!"

"Kau tak tanya pun bonda macam mana kau tahu."

"Dah- dah jangan gaduh jom masuk. Panas dekat luar ni." Ajak Datin Seroja. Dia sengaja mengelak daripada di tanya.

Penjaga Hati: Luth Mateen | OGWhere stories live. Discover now