Part 18

226 13 0
                                    

HAURA dan Mikayla berjalan berpinpin tangan di dalam mall. Mereka ingin menonton wayang.

"Jom pergi Watson dulu aku nak beli pencuci muka." Ujar Mikayla.

"Jom!"

•••

"AIDENNN...!" Panggil Noah.

Serentak Daniel dan Aiden membuat muka jijik.

"Kau kenapa bodoh!" Marah Aiden.

"Alaaa I rindu dekat u..." Ujar Noah dengan nada manja.

"Geli sial!" Ujar Aiden dengan Daniel serentak. Noah pula sudah tergelak besar. Dia pun geli juga dengan apa yang dia buat.

"So macam mana dengan Luth bila dia tahu isteri dia lari rumah." Tanya Aiden.

"Soalan kau memang selalu kurang bijak." Ujar Daniel.

"Mesti dia sedihkan Niel." Ujar Noah. Daniel mengangguk setuju.

"Dah tiga malam dia tak mandi, tak cakap makan pun sikit ja." Ujar Daniel.

"Nak aku tolong tak." Ujar Aiden. Daniel mengeleng kepalanya. Dia pasti adanya boleh melakukannya sendiri.

"Kenapa?" Tanya Aiden dan Noah serentak.

"Biar la rumah tangga dia orang kita tak payah masuk campur." Ujar Daniel.
Aiden dan Noah mengangguk setuju.

•••

MIKAYLA dan Haura sudah selesai membeli barang di Watson jadi mereka berdua berjalan menunju ke aras paling atas untuk menonton wayang. Sebelum masuk mereka membeli sati kotak pop corn bersama dengan dua botol air minerals.

Haura dan Mikayla duduk bersebelahan. Jarak mereka berdua agak jauh daripada orang lain. Di dalam panggung wayang tidak terlalu ramai kerana mereka datang pada hari kerja.

Mikayla melihat ke arah kawan baiknya." Kau tak rindu suami kau?" Tanya Mikayla tiba tiba.

"Kenapa kau tanya macam tu." Berkerut dahi Haura apabila di tanya begitu.

"Jawab la soalan aku dulu." Marah Mikayla.
Tanpa berfikir panjang Haura terus mengelengkan kepalanya.

"Ya ka?"

"Ya la kau nampak macam aku menipu ka?" Tanya Haura.

"Ya!" Jawab Mikayla sepatah dengan penuh yakin.

"Ah tolong la tak ada masa aku nak menipu kau." Ujar Haura.

"Haura dengar sini aku cakap kau mungkin boleh tipu aku, tipu diri tapi kau tak boleh tipu hati kau yang kau rindukan suami kau." Ujar Mikayla. Haura terus terdiam.Dia rindukan suami dia ka? Dia pun tidak pasti dengan perasaanya.

Tidak ada lagi perbualan di antara mereka. Mikayla hanya fokus kepada movie yang di tanyangkan manakala Haura pula otaknya sudah mengelamun jauh.

•••

HABIS sahaja wayang Haura terus mengajak Mikayla pulang. Dia berasa hilang mood untuk terus berjalan. Dia memandu pulang ke rumah milik keluarga Mikayla. Sampai sahaja di rumah Haura terus sahaja masuk tanpa memperdulikan Mikayla.

Mikayla mengeluh. Salah ka apa yang di katanya tadi. Getusnya di dalam hati.

Daripada habis wayang hingga lah sampai di rumah Haura tidak langsung bercakap denganya. Apabila ditanya Haura hanya menjawab sepatah atau membiarkan soalan tanpa di jawab.

Mikayla juga turut masuk ke dalam rumah. Dia bertembung dengan ayahnya.

"Kenapa dengan Haura tu? Okay ka tidak?" Tanya Encik Zainal.

Mikayla hanya senyum dan mengelengkan kepalanya. Dia meminta izin naik ke bilik untuk berehat sebentar.

•••

HAURA membuka selendangnya dan menghempaskan diri di atas katil. Wajahnya di tekup pada bantal. Tanpa sengaja air matanya jatuh dengan laju. Dia mula melayan perasaan hingga tidak sedar yang Mikayla sudah masuk ke dalam bilik tidurnya.

"Haura." Panggil Mikayla perlahan. Dia tidak sanggup melihat kawannya bergini. Haura mengangkat wajah dan memandang gerangan yang memanggilnya. Mikayla memberikan satu senyuman manis buat Haura.

Haura terus sahaja memeluk wanita itu.
" Salah aku ka semua ni terjadi? Salah aku ka?!" Tanya Haura sambil menangis teresak esak.

"Tak bukan salah kau! Stop crying nanti kau sakit." Pujuk Mikayla sambil mengusap belakang wanita itu.

"Haura kau kena kuat semua ni ujian untuk kau. Allah dah tentukan takdir kau macam ni kau kena terima. Allah bagi ujian pada umatnya sebab dia tahu umatnya mampu macam tu juga la dengan kau, kau kena kuatkan semangat, kau tak boleh terus macam ni." Ujar Mikayla. Dia menolak sedikit tubuh Haura untuk melihat wanita itu. Dia tersenyum. Penat ja dia bercakap panjang panjang rupanya Haura sudah tertidur di dalam pelukanya.

Mikayla membaringkan tubuh Haura dan dia berlalu keluar daripada bilik tersebut.

Mereka berdua tidak tidur bersama kerana katil di dalam bilik Mikayla ialah katil single jadi Mikayla memberi Haura tidur di dalam bilik tetamu yang berada di sebelah biliknya di aras dua.

•••

"LUTH esok kau nak ikut aku balik rumah bonda tak?" Tanya Daniel. Dia sekarang tinggal bersama dengan adik kembarnya atas arahan bondanya. Bondanya risau kalau adik kembarnya melakukan perkara di luar jangkaan. Luth mengelengkan kepalanya tanda dia tidak mahu ikut.

"Kenapa kau ada nak pergi mana mana ke?" Tanya Daniel lagi.

"Aku nak pergi cari Haura dekat pejabat dia esok." Ujar Luth.

"Hari tu kan aku dah pergi cari tak ada kau nak cari apa lagi." Tanya Daniel. Pelik dia dengan perangai adiknya yang sorang ni.

"Aku tahu tapi mana tahu esok dia dah masuk kerja." Ujar Luth.
Daniel mengangguk.

"Esok sebelum kau pergi mandi la dulu. Dah seminggu kau tak mandi. Kalau Haura tengok kau macam ni lagi jauh dia lari nanti." Ujar Daniel.
Luth terus mengangkat wajahnya dan memandang tajam kepada abangnya.

"Aku gurau ja." Ujar Daniel bersama dengan ketawa kecil.

" Ujar Daniel bersama dengan ketawa kecil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




























Penjaga Hati: Luth Mateen | OGWhere stories live. Discover now