Part 31

117 7 0
                                    

SEMINGGU Haura ditahan di hospital harini dia dibenarkan pulang oleh doktor. Luth la orang paling gembira sekali apabila doktor mengumumkan perkara itu.

"Akhirnya abang bebas daripada makanan hospital. Dah naik muak abang makan makanan itu semua." Haura hanya gelak. Salahnya la sebab paksa lelaki itu makan makanan hospital yang tiada perasa itu. Dia pula makan makanan yang dibeli dari luar.

"Gelak la puas-puas. Lepas ni abang tak nak dah tolong sayang makan."

"Memang tak payah makan dah pun lepas ni." 

"Abang, yang lain tak datang ke?"

"Tak, dia orang busy kot." Haura hanya mengangguk faham.

•••

"KITA nak pergi mana ni?" Pelik Haura sebab jalan yang mereka sedang lalui sekarang bukan jalan pulang ke rumah mereka.

"Nanti dah sampai sayang tahu la."

"Ala cakap je la kita nak pergi mana bukanya susah pun, cakap pakai mulut je bukan pakai tangan." Bebelnya.

"Mai dah mulut murai dia!" 

"Apa awak cakap!?"

Membulat mata Luth, rasanya tadi dia cuma cakap dalam hati macam mana Haura boleh dengar. Haura pakai rantai macam dalam short story Indonesia tu ke? Oh nooo!

"Apa dia abang cakap, abang tak ada cakap apa-apa pun. Sayang yang salah dengar kot. Ni ha radio ni cakap kuat sangat." 

"Awak ingat saya budak lima tahun ke awak nak bodo-bodokan." Dia mencubit perut lelaki itu.

"Sayang abang nak bawak kereta la. Kang tak pasal kita duduk hospital lagi sekali."

•••

KERETA di parking di tempat letak kereta. Luth mencapai satu kain dan menutup mata Haura. Haura dipimpin keluar dari kereta hingga ke satu kawasan yang lapang tampa sesiapa.

"1,2,3" Kain yang menutup mata Haura dibuka.

"Wow cantiknya abang!" Pantai yang di penuhi dengan lilin ukiran namanya bersama Luth dan juga meja makan. 

"Jom." Luth menarik tangan Haura supaya mengikutinya.

Mereka berjalan ke meja makan. Luth menarik kerusi Haura dan memberi wanita itu duduk terlebih dahulu sebelum dia pula mengambil tempat di hadapan wanita itu.

"Close your eyes." Arahnya. Haura hanya mengikut tanpa banyak soal. Sejambak bunga rose diletakkan di hadapan Haura. 

"Now you can open."

"Untuk saya?" Tanyanya polos. Terkejut punya pasal itu yang soalan tak logik ditanyanya.

"Ya la. Takkan untuk perempuan lain pulak."

"Awak!"

"Tak-tak gurau je."

"Thanks abang untuk semua malam ni." Haura mencium sekilas pipi kanan suaminya.

"Sama- sama kasih tapi sebelah lagi tak nak cium juga ke. Baru adil kau tak pipi belah kiri ni sedih."

"Banyak la awak punya sedih." Huara tetap juga memberi ciuman di sebelah kiri.

•••

MALAM ini Luth dan Haura akan bermalam di rumah Dato' Ezra atas arahan bondanya.

" Biar la bonda jaga menantu bonda tu, kamu pergi kerja." Itu lah yang dikatakan Datin Seroja.

Luth ikutkan sahaja asalkan isterinya selesa dan baik-baik sahaja itu sudah menenagkan hatinya semasa dia sedang berkerja.

Sampainya mereka di rumah Dato' Ezra, mereka di sambut dengan wajah teruja Dato' Ezra dan Datin Seroja.

Turun daripada kereta Haura berlari anak untuk memeluk Datin Seroja.

"Bonda!" Tubuh wanita separuh usia itu dipeluk erat.

"Ish mak buyung ni main lari-lari pulak." Bebel Datin Seroja.

"Hehehe tak boleh lari ke Kalau pregnant?"

"Hah? Kamu tak tahu ke? Nampaknya banyak benda yang kamu kena belajar ni?" Kata Datin Seroja.

"Memang la Aura tak tahu. Aura bukan pernah pregnant sebelum ni." Bibir mencebik.

Semua yang di situ membantai gelak apabila Haura berkata begitu.

"Betul lakan apa yang Haura cakap abang, kenapa semua orang gelak?" Bisiknya di telingga suaminya.

"Ye la sayang. Jom kita masuk dulu."
Ajaknya.

"Kamu dua orang pergi masuk rehat dulu. Kita tunggu sorang lagi tetamu. Dia ni tak kahwin pun lambat juga. Lepastu kita dinner sama-sama." Luth dan Haura hanya mengangguk tanda faham.

Luth dan Haura menaiki tangga dan memasuki bilik mereka. Haura menghempaskan badannya di atas katil dan memejamkan mata.

Luth mengelengkan kepalanya melihat telatah isterinya. Dia yang bawak kereta tetapi wanita itu yang penat lebih. Di meletakan barang di lantai dan masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diri.

 Di meletakan barang di lantai dan masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Penjaga Hati: Luth Mateen | OGWhere stories live. Discover now