HARI kedua di tinggal bersama keluarga, sungguh buat Haura rasa sedih. Sejak mengandung Haura tidak pernah sekali pun berjauhan dengan suaminya. Walaupun mereka keluarganya, dia lebih memerlukan Luth di sisi sebagai peneman.
Keluar bilik, Haura turun ke ruang tamu mencari kelibat Ariff yang entah di mana. Tiba di ruang tamu Haura hanya mendengar suara television, orangnya tiada. Langkah di atur ke dapur. Susuk Ariff masih belum kelihatan. Haura mencebik. Langkah di atur ke belakang rumah iaitu di taman bunga Puan Mia.
Haura senyum lebar melihat Ariff sedang ralit menyiram semua pokok bunga Puan Mia. Haura berlari anak mendekati Ariff.
"Abang!" Sergah Haura daripada belakang. Tindak balas Ariff yang tanpa sengaja telah menyebabkan Haura basah lencun dek kerana di sembur air.
"Abang! Adik baru aja mandi, dah nak kena tukar baju pula." Marahnya bersama dengan mata yang berkaca. Sensitif betul jadi ibu mengandung ini.
Ariff cuak. Terus di campak hos air seraya mendekati adiknya.
"Adik, sorry tak sengaja. Siapa suruh terjah abang macam itu."
"Abang ni jahat la. Mesti dalam kepala tu tengah fikir benda tak baik itu yang terkejut bila adik datang sergah tadi." Haura kecilkan mata mencari kebenaran.
"Banyak lah kau!" Haura sengih pandang abangnya. Tadi Haura yang ingin mengeluarkan air mata terus kembali ceria.
"Nak apa cari abang pagi pagi ni. Mesti nak something. Kau kalau datang cari aku mesti ada sebab kalau tak ghaib lah." Ariff jeling manja.
Haura sengih tayang baris giginya. "Haura bosan lah duduk rumah. Kita pergi jalan jalan nak tak?" Haura capai sebelah tangan Ariff seraya mengoyangkan tangan itu ke kanan dan ke kiri.
"Tak nak! Abang nak keluar jumpa kawan nanti."
"Ha boleh la Haura ikut sekali. Abang jangan lupa mama pesan apa."
"Mama pesan apa? Abang tak ingat pun." Ariff tayang wajah blur.
"Abang sengajakan?! Mama pesan, abang tak boleh tinggal adik sorang sorang."
"Yeke? Rasa macam tak ada pun mama cakap macam itu?" Ariff berlalu menutup air dan masuk ke dalam rumah.
"Abang!"
PUAS Haura memaksa supaya membawanya sekali. Akhirnya membuahkan hasil. Haura senyum kemenangan kerana dapat mencairkan hati abangnya yang keras macam batu itu.
Masuk dalam Pavilion, Haura lajukan langkah supaya dia dapat berjalan bersebelahan dengan Ariff. Lengan kanan Ariff dipeluk. Dan Ariff hanya membiarkan sahaja perbuatan adik kesayangannya itu.
Terpapang luas singboard 'Secret Recipe' di hadapan Ariff dan Haura. Mereka tidak perlu menunggu giliran untuk dapatkan tempat duduk kerana Ariff telah membuat tempahan telebih dahulu.
Disebabkan orang yang tunggu Ariff belum tiba Haura mula merengak meminta untuk menjamah makanan terlebih dahulu. Nasib Ariff izinkan.
Satu suapan macaroni cheese masuk ke dalam mulut. Terpejam mata Haura menikmati hidangan di hadapannya.
Sedang ralit Haura menikmati makanan kerusi di hadapan Ariff di duduki seseorang. Angkat wajah matanya bertaut dengan mata si jejaka.
Mulut Haura melopong melihat si jejaka.
"Abang Niel? Abang buat apa datang sini? Ada nak jumpa sesiapa?" Tanya Haura dengan wajah bingung.
"Saja nak jumpa dengan abang Haura. Ingatkan Haura tak ikut." Kata Daniel. Daniel berbasah basi. Hakikat sebenarnya dia sudah menyumpah seranah Ariff kerana membawa Haura ikut bersama.
"Haura mesti lah ikut. Bosan kalau asyik terperap dalam rumah aja." Daniel mengangguk bersama senyuman di bibir.
Lama mereka berborak kosong sehingga Haura meminta untuk ke tandas. Kedua lelaki itu memandang Haura sehingga wanita itu benar benar masuk ke dalam tandas.
"Kawan kawan aku cakap mereka nampak abang Raikal selalu ikut Haura." Tenang sahaja nada bicara Daniel apabila menyampaikan perkara sepenting itu.
"Ha? Abang Raikal? Ryan?"
"Ya. Aku tak nak lah fikir yang bukan bukan tapi kau boleh fikir apa yang aku fikirkan?" Tanya Daniel.
"Ryan nak adik aku juga ke?" Ariff tayang wajah pelik.
"Ya. Tetapi bukan sebab dia suka. Boleh jadi dia hanya nak balas balik semua yang dah berlaku dekat adik dia." Terang Daniel.
Ariff diam sejenak. Cuma mencerna kata kata Daniel.
"Maksudnya dia nak bunuh adik aku." Daniel mengangguk.
"Bunuh apa abang?" Tanya Haura. Sempat dia mendengar sedikit perbualan mereka. Punggung kembali dilabuhkan di kerusi sebelah Ariff.
"Itu, ayam jiran Niel kena bunuh dengan ular." Dek kerana terkejut, jawapan yang bukan bukan dijawapannya.
"Ayam kena bunuh dengan ular? Macam pelik aja. Selalunya orang kata ayam kena patut ular."
"Entahnya. Haura makan la cepat. Abang nak balik dah ni." Ariff segera menukar topik perbualan mereka. Haura senyum lalu menyambung makan.
Ariff mahu pun Daniel menarik nafas lega.
YOU ARE READING
Penjaga Hati: Luth Mateen | OG
RomanceBook 1|| Kita memang di takdirkan bersama LUTH MATEEN Seorang lelaki yang berkerja di atas pelantar minyak di bahagian mechanical engineering. Seumur hidupnya hanya di habiskan di tengah laut seorang diri tanpa peneman sehinggalah dia dijodohkan o...