Aryani duduk menonton televisyen di ruang tamu kerana bosan. Tidak tahu ingin berbuat apa. Uwais pun tak ada. Katanya ada kerja diluar.
Hari minggu pun ada kerja ke?
Aryani mengeluh sendirian. Beberapa bulan sudah berlalu sejak dia menjadi isteri kepada Uwais. Uwais tidak pernah duduk dan ingin berbual mesra dengannya. Malahan dirinya yang selalu bertanyakan tentang keadaan Uwais. Tanya sepatah jawab sepatah.
Terkadang terasa juga dihati. Namun siapakah dia dihati Uwais? Orang yang dia cinta? Jauh sekali. Perkahwinan mereka hanya bertulis dikertas sahaja. Di kehidupan realiti, diperlakukan seperti orang asing.
Aryani membuka skrin telefon. Mencari grup geng mereka.
Menaip...
"Assalamualaikum korang. Siapa free? Jom keluar. Aku bosan lah."
Hantar...
Skrin dikatup kembali. Mata kembali tumpu pada rancangan di televisyen.
Ting. Ting. Ting!!
Bertalu notifikasi dari aplikasi WhatsApp keluar. Aryani berharap semuanya ada waktu terluang. Dia ingin keluar menjenguk dunia.
Lekas dia buka skrin kembali. Kami memang fast reply. Sorry to say. Tapi itu hakikat.
"Aku dekat kampunglah Yani. Maaf."
- Raihana -"Aku baru saja sampai di kampung nenek saudara aku ni"
-Hawa -Menaip..
"Untunglah"
Hantar...
Harapannya dipunahkan. Tidak apalah. Memang dia ditakdirkan duduk di rumah saja. Kata nak jadi isteri solehah.
Mulut dicebik. Sedihlah macamni. Tangan mengatup skrin. Tidak berharap apa-apa respon lagi.
Ting!
Notifikasi masuk lagi. Aryani membuang muka. Sakit hati saja. Dia gagahkan juga tangan membuka grup itu kembali.
"Aku free je!'
- Najla -"Aku pun!"
-Asiah -Aryani mengorak senyuman lebar. Yay! Boleh jenguk dunia.
***
Blouse muslimah hitam dipadankan dengan kain hitam biasa. Tudung pula tudung bulat yang berwarna hitam. Pakai yang ada saja. Warna hitam kan sunnah. Sarung lengan tidak dilupa, stokin juga disarung dikaki. Kaki aurat.
Uwais juga pernah berpesan padanya. "Keluar rumah. Tutup aurat dengan sempurna, jikalau tidak. Saya yang akan dipertanggungjawabkan diakhirat nanti. Jaga aurat elok-elok."
Jika bab agama, Uwais memang selalu ambil tahu tentang isterinya. Bab agama memang tidak pernah gagal. Namun semuanya atas asbab"Saya yang akan dipertanggungjawabkan diakhirat nanti."
Seketika Aryani tersengih sendiri mengingati pesanan itu. Orang tua kata, pesan itu tandanya sayang. Hehe.
Aryani keluar menaiki grab yang ditempah di aplikasinya. Tidak berani ingin menyentuh kereta suaminya. Tak fasal-fasal harimau keluar.
"Nak minta izin tak eh?"Aryani berfikir seketika. Takut, jika dia keluar suaminya memarahinya nanti. Namun dia bukan siapa-siapa bagi Uwais. Pasti Uwais tidak peduli terhadapnya.
"Hm.. biarlah! Ganggu dia je nanti. Tak penting pun."monolog Aryani sendiri. Kerisauan ditolak ketepi. Sekarang ini, nak jenguk dunia dulu ya.
***
Mereka bertiga berbelanja di sebuah pusat membeli-belah berdekatan rumah Aryani.
Ha kau! Mall pun dekat rumah je.
YOU ARE READING
LOVE FROM A FAR // OG
General FictionAdam Hareezz, mengagumi seorang perempuan yang terjaga pakaiannya. Akhlaknya yang baik. Bermula sejak Sekolah Menengah lagi. Hawa Aisy, seorang yang terjaga akhlaknya. Pakaiannya. Tutur katanya. Semuanya hampir sempurna. Tidak pernah menyedari ada...