"Astaghfirullah! apa?! Hawa juga urusetia untuk program ni?" Hareez yang sedang
menghirup air teh tersedak ketika mendengar nama Hawa."Ha kau dah tersedak, serius la kau tak tahu? Masa kau ceramah kat dewan hari itu dia ada tau."jelas Umar selamba tanpa memikirkan jantung rakannya sudah berdegup tak keruan.
"Kenapa kau tak bagitahu aku benda ni awal-awal, Umar"nada Hareez datar.
Umar membuang muka. Untuk apa? Dia tahu Hareez tidak akan melakukan kerjanya dengan sempurna jika dia tahu akan keberadaan 'orang yang dikagumi' juga berada disitu.
"Mana lah kita orang tahu yang kau tak tahu dia ada kat sini."
"Lagipun memang kita orang tak akan bagitahu dekat kau yang dia jadi urusetia juga. Ada kemungkinan masa kau bersyarah, pasti kau jadi tak tentu arah. Maklumlah jumpa bidadari."nyata Uwais. Hafeez tersengih palsu.
"Ish kau ni, shhh slow sikit, orang sebelah dengaq lah"cemas Hareez, sempat penamparnya singgah di bahu Uwais.
Hareez risau ketika itu kerana meja makan urusetia perempuan hanya bersebelahan dengan bilik makan mereka, nyamuk lalu pun boleh dengar, apatah lagi suara kawannya kuat persis speaker surau itu.
Tepat pada pukul 9:00 pagi. Usai selesai menikmati makan malam, Para urusetia perlu berada di dewan untuk menguruskan slot "Muhasabah" untuk peserta-peserta.
"Erm maaf bertanya, dimana urusetia lelaki yang lain ye? Masa sudah suntuk."suara yang datang dari arah belakang langsir yang menjadi penghalang antara dewan dan pintu.
Hareez memusingkan tubuhnya ke arah suara yang menerjah telinganya.
"M-maaf, k-kejap l-lagi d-diorang s-sampai, m-maaf y-ye."balas Hareez sepatah-sepatah.
"Ok"ringkas balasan dari orang sana.
Hareez mengesat wajahnya"Semakin doa ingin menjauh semakin dekat pula."monolognya sendiri. Otak sudah berjaya mengecam suara tegas tadi.
"Kau orang tolong aku boleh tak?"soal Hareez apabila suasana kembali hening.
Uwais dan Umar mengangkat kening.
"Siapa boleh ganti tempat aku berucap untuk slot muhasabah? Aku sudah tak mampu bagi tazkirah"pinta Hareez, dia risau tidak boleh mengawal perasaannya.
Uwais dan Umar terlopong.
"Ya Allah sabar Hareez, fikir niat kau naik pentas. Bagi ucapan. Kemudian turun settle"pujuk Umar, kalau bukan Hareez yang beri ucapan, siapa nak volunteer? Nak harapkan Umar, memang dari slot muhasabah jadi muhasarawak.
Semudah kacang dia berkata.
"Macam senang sangat je kau bercakap ye Umar."bidas Hareez sambil menjeling Umar.
"Ala chill la, Hareez yang aku kenal mana pernah nervous. Ouh! ehh, lupa ada bidadari kat sini."sindir Uwais tersenyum mengejek.
"InsyaAllah Hareez boleh. Abaikan saja! Anggap dekat sini tak ada orang, haritu kau buat boleh saja."pujuk Umar sambil menggoyangkan batang tubuh itu.
Hareez melepaskan keluhan berat"Hm. Aku cuba."Hareez mengalah.
Kaki mengorak langkah menaiki pentas. Hati berdebar-debar.
Tangan mencapai mic di tempatnya. Hareez berdehem beberapa kali untuk menghilangkan rasa gugup.
"Assalamualaikum. Malam ini kita mulakan slot Muhasabah dengan Ummul Kitab Al-Fatihah."ucap Hareez, para peserta mula membaca alunan suci Al-Quran dengan nada perlahan.
YOU ARE READING
LOVE FROM A FAR // OG
Fiksi UmumAdam Hareezz, mengagumi seorang perempuan yang terjaga pakaiannya. Akhlaknya yang baik. Bermula sejak Sekolah Menengah lagi. Hawa Aisy, seorang yang terjaga akhlaknya. Pakaiannya. Tutur katanya. Semuanya hampir sempurna. Tidak pernah menyedari ada...