Bunyi tapak kasut menapak masuk ke dewan kuliah. Di pagi ini didahului dengan kelas Matematik yang diajar oleh Professor Daniel.
"Last week i ada send link tugasan untuk korang buat. So, u guys siap?"soal Profesor Daniel memeluk tubuh.
Seisi kelas senyap tidak berkutik. Nasib tak bunyi cengkerik.
"Dah siap prof."balas salah seorang pelajar.
"Yang lain?"soalan dilontarkan lagi. Riak muka pelajar sudah berubah cuak.
"So, dalam ramai-ramai manusia di dewan ni, seorang je siap? What are you guys doing while weekend?"soal Profesor Daniel lagi.
Diam.
"I'm asking! Why diam? Mulut ada emas ke? Susah sangat nak jawab!"sindir Profesor Daniel sinis. Bengang.
"Not done yet proff"jawab seisi dewan serentak kecuali pelajar seorang tadi. Wajah mereka menunduk bersalah.
Professor Daniel hanya menggeleng kepala. Pasrah sepasrahnya.
"Ha itu boleh jawab. Ingatkan mulut tu ada berlian, kemain susah nak buka."mulut Profesor ketika ini laju meluncur kalimat yang muncul dari hati. Sindiran untuk menyedarkan.
"Sorry prof"jawab seisi dewan. Wajah mereka masih lagi menunduk. Mungkin terlalu rasa bersalah.
"Any reason?"soal Profesor Daniel.
Jeda.
Beberapa pelajar mengangkat tangan. Profesor mengangguk menyuruh bangun.
"Kucing sakit"ujar salah seorang pelajar perempuan dibelakang.
Profesor ternganga. Lah sebab tu je kau tak siap tugasan aku bagi?.
Profesor hanya mengangguk mengiyakan. Matanya mengalihkan pandangan kearah pelajar lain yang mengangkat tangan pula.
"Saya pergi mengundi"makin bengang kepala Profesor Daniel. Makin hari ingat makin elok. Rupanya makin menyakitkan kepala otak.
"Undi apa? Musim mengundi dah habislah. Orang dari tahun lepas lagi, kau baru nak mengundi. Apa fasal? Duduk dalam gua ke?"lancang mulut profesor mengeluarkan amarah. Pelajar lelaki tersebut hanya duduk kembali.
"Bukan. Adik saya nak jadi Ketua Pengawas. Kenalah undi, jadi saya undilah dia"balas Pelajar itu. Sebelum kena bahan, baik bagi je alasan apa-apa.
Sesisi dewan mengekek ketawa. Anak siapa ni?
"Apa kau ingat mengundi tu 2 hari ke?"soal profesor Daniel geram. Ini silap hari bulan, aku backflip kang. Tak fasal masuk icu anak orang.
Pelajar lelaki itu tersengih lebar seperti kerang busuk. Ada-ada saja perangainya.
"Seterusnya"
"Nenek saya meninggal."ujar salah seorang pelajar perempuan lagi. Profesor mengangguk untuk pelajar perempuan itu duduk
Alasan diterima.
"I give 2 days more. If tak siap, i will tolak you guys punya markah untuk lulus."
"Baik prof"seisi dewan mengangguk. Walau ada beberapa mahasiswa tidak ingin dua hari. Kalau boleh seminggu lagi.
"Okaylah. Saya sebenarnya nak bagitahu satu benda sahaja. Peperiksaan akan diadakan lima hari sahaja lagi. Semua student diminta bersedia untuk menduduki peperiksaan akhir universiti."tutur Profesor dengan senyuman sinis di wajah. Suka betul tengok students gelabah tak mahu.
Para mahasiswa menggeleng tidak mahu. Ada yang membuat riak wajah ingin menangis.
Exam memang menyakitkan jiwa raga!
YOU ARE READING
LOVE FROM A FAR // OG
Fiksi UmumAdam Hareezz, mengagumi seorang perempuan yang terjaga pakaiannya. Akhlaknya yang baik. Bermula sejak Sekolah Menengah lagi. Hawa Aisy, seorang yang terjaga akhlaknya. Pakaiannya. Tutur katanya. Semuanya hampir sempurna. Tidak pernah menyedari ada...