"Bismillah"Uwais menaiki pentas mengambil Ijazah Sarjana Muda.
Ramai keluarga yang hadir untuk menyambut kejayaan anak-anak mereka iaitu mengambil Ijazah dihari graduasi pelajar-pelajar di University Uwais dan Umar. Keluarga Uwais dan Umar juga turut hadir.
"Tahniah dho Uwais dan Umar, i'm so proud of you guys"ucap Hareez menepuk bahu kedua kawannya sambil tersenyum. Hafeez berundur selangkah kebelakang untuk menyisakan jarak diantara mereka.
"Terima kasih Hareez, kau ada satu semester lagi kan?, nanti kau pulak naik pentas!"balas Uwais.
Mereka berdua berseragam lengkap dengan baju konvokesyen Universiti mereka. Hareez seorang saja yang memakai kemeja biasa.
"Haah, betul tu. Nanti hari tu akulah orang terpaling bahagia sambut kau tau!"sambung Umar
"Emph, baik!"ujar Hareez mengangguk mengiakan.
"Hebat la korang, semoga lebih berjaya di alam kerjaya nanti"puji Hareez bangga dengan kawannya.
Kini, hanya dia yang belum graduasi lagi. Menyesal pula dia tak terima tawaran awal-awal dulu, kan dah tertinggal.
"Kau pun apa kurangnya, kau master nantikan entah-entah sambung PHD"puji Umar
"Alhamdulillah"ucap Hareez menggosok lehernya.
"Wey, nanti kejap lagi boleh tak teman aku pergi dewan kuliah. Aku nak pergi ambil barang tertinggal tadi"pinta Hareez
"Maaf Hareez tapi kejap lagi aku nak pergi makan dengan family aku, jadi tak boleh teman kau. Maaf ye"tolak Umar
"Takpe-takpe. Aku teman Hareez"selamba Uwais menyahut.
"Thanks we, kau memang terbaik!"
Sementara di university Aryani pula keluarganya tidak dapat menghadiri majlis graduasinya. Keluarganya sibuk dengan kerja mereka. Aryani berasa sedikit kecewa, bahkan dihari kejayaannya ibu bapanya masih sibuk bekerja.
Kawan-kawan Aryani hadir bagi meraikan dirinya. Setidaknya dia mempunyai kawan yang sentiasa ada sudah membahagiakan hatinya.
"Tahniah Aryani!"ucap Hawa sambil menghadiahkan sejambak bunga kepada Aryani.
"Syukran Hawa "balas Aryani sambil menerima sejambak bunga yang diberi.
"Eh jom kita tangkap gambar sekali."ajak Asiah mengeluarkan kameranya dari beg galas.
"Ha jom"sahut Najla riang.
"Meh Hawa ambilkan"tawar Hawa sambil meminta kamera dipegangan Asiah.
"Eh, takpelah kita nak semua ada dalam gambar!" tolak Asiah, tak best lah kalau tak cukup satu circle dalam gambar, kata kenangan.
Raihana mengerling sekeliling, tiada sesiapa yang berada di kawasan itu kerana majlis graduasi di kampus mereka sudah tamat.
Raihana menangkap dua figura yang baru sahaja keluar dari dewan itu, lekas Raihana menggamit.
"Eh Ketua! nak mintak tolong ambilkan gambar." pinta Raihana melaung. Dua figura itu terkial-kial memandang Raihana.
"Boleh boleh."balas Hareez yang terkebil-kebil. Kamera bertukar tangan.
Raihana dan Hareez pernah bekerjasama di program Maahad Al-Amin dua minggu yang lalu. Hareez adalah ketua dan Raihana adalah timbalannya.
Hareez mengambil gambar mereka dan Uwais berada di sebelahnya.
"Astaghfirullah"bisik Aryani, jantung Aryani tak keruan apabila melihat keberadaan jejaka itu disitu.
Setelah selesai Hareez mengambil gambar mereka, Hareez dan Uwais berlalu pergi meninggalkan kawasan tersebut.
YOU ARE READING
LOVE FROM A FAR // OG
Ficción GeneralAdam Hareezz, mengagumi seorang perempuan yang terjaga pakaiannya. Akhlaknya yang baik. Bermula sejak Sekolah Menengah lagi. Hawa Aisy, seorang yang terjaga akhlaknya. Pakaiannya. Tutur katanya. Semuanya hampir sempurna. Tidak pernah menyedari ada...