Usai 2 hari program berjalan, tamat juga akhirnya.
Hawa melepaskan nafas lega apabila dapat merebahkan diri ke katil Queen miliknya, oh katil! Rindunya.
Rasanya tidak cukup tidur, tapi badannya tetap cergas walau tampak keletihan.
Hawa mengerling jam dinding bilik, baru pukul 10 pagi.
Hawa cuba melelapkan mata ke alam mimpi.
Bunyi derapan kaki menerap ke lantai rumahnya, langkah besar membuatkan Hawa terganggu.
Hawa terpisat-pisat bangun. Hati mula berdegup kencang.
Hawa bangun untuk melihat siapa yang datang, baru nak tidur. Sudah ada orang kacau. Kacau daun betul!
Hatinya resah, rasa tidak sedap hati, Hawa mengambil penyapu dan berdiri di balik pintu biliknya.
Semakin lama semakin lantang suara derapan kaki. Menandakan pencuri itu sudah ingin sampai dibilik Hawa.
Hawa standby penyapu untuk memukul.
Langkah terhenti. Pintu bilik dikuak perlahan tanpa menjengu. Penciti itu meloloskan badan masuk ke bilik Hawa.
Ttanpa melihat siapakah gerangan lelaki itu, Hawa terus melibas penyapu tepat ke belakangnya.
Pencuri itu mengaduh sakit.
"HAMBEK KAU! DASAR PENJAHAT."jerit Hawa puas apabila pencuri itu sudah rebah dihadapannya.
"WHO ARE YOU MAN?"jerit Hawa, lelaki itu menunduk ke bawah,
Pencuri itu menggosok-gosok belakang badannya sambil meringis kesakitan.
"Eish sakitlah Hawa, ni abanglah!"marah lelaki itu. Hawa terkedu, tak percaya. Lekas dia mengangkat muka lelaki itu untuk kepastian.
Hawa terlopong. Ohmy! Dia salah orang. Matilah nak!
"I'm so sorry brother, sakit ke?"tanya Hawa sambil memapah abangnya untuk bangun, tak tahu pula abangnya nak balik hari ini.
"Eh taklah, rasa macam dapat rumah sebiji, sedap sangat."ejek Abang Adib, kena penyapu kut, nasib bukan parang. Jikalau tidak, hilang muka kacak ni.
"Alah sikit je tu, gentle lah sikit"ujar Hawa sambil mendaratkan abangnya ke katil. Sekejap. Rasanya bukan kaki yang sakit. Okey! Salah server.
"Amboi!, cuba adik yang kena. Dah menangis dekat situ."bidas Abang Adib, geram je dengan adik dia sorang ni.
"Hehe, duduklah dulu abang, tak baik marah-marah nanti lekas tua."pujuk Hawa, kalau kena jentikan abang dia, fuh! Sakit macam kena lastik.
Mereka berdua mula berbual dan bertanya khabar antara satu sama lain, hampir tiga tahun Adib meninggalkan rumah. Sejak Hawa masuk Universiti lagi.
"Kenapa abang tak bagitahu abang nak balik?"
"Ha lupa lagi, kan abang ada chat semalam, lupa?"
Telefon bimbit dibuka lalu tangan mula melihat mesej yang belum dibaca. Hawa tersengih kerang.
"Eh haah lah, hehe sorry. Adik baru je habis handle program. Manalah adik ingat, penat tahu!"
"Yelah, terpaling lupa ... "
"Macam mana abang dekat Mesir? Okay ke semua?"
"Alhamdulillah, okay je. Adik macam mana? Okay?"
"Adik banyak sangat assignment huhu, bilalah nak cuti semester? Adik penat huhu"
YOU ARE READING
LOVE FROM A FAR // OG
Fiksi UmumAdam Hareezz, mengagumi seorang perempuan yang terjaga pakaiannya. Akhlaknya yang baik. Bermula sejak Sekolah Menengah lagi. Hawa Aisy, seorang yang terjaga akhlaknya. Pakaiannya. Tutur katanya. Semuanya hampir sempurna. Tidak pernah menyedari ada...