Uwais masih duduk di bilik kerja yang khusus untuknya di rumah mereka berdua. Dari semalam Uwais langsung tidak masuk ke bilik mereka. Aryani setia menunggu, walau dia tahu Uwais tidak akan datang. Kalau datang pun, hanya untuk mengambil pakaiannya atau barang yang penting.
Aryani melepaskan keluhan berat. "Dia tak terima aku kan sebenarnya?"soal Aryani sendiri. Kedua tangan menopang dagu. Mulut dicebik.
Aryani bangun dari duduk. Cuba mencari pekerjaan yang boleh dia buat di rumah itu. Selalunya Uwais lah yang akan mengemas rumah, mencuci tandas, memasak dan sebagainya. Itu pun sewaktu Aryani tidur atau pada waktu malam selepas dia pulang kerja.
Aryani membuka langkah ke laci berdekatan katil mereka. Uwais pernah memberi amaran untuk tidak menganggu mana-mana barangan miliknya. Namun hati Aryani berdegil juga untuk ambil tahu.
Laci dibuka perlahan.
Album foto dahulu yang dilihat mata.
Seterusnya tangan mengais melihat barangan lain. Tidak ada apa-apa.
Album foto menjadi penasaran Aryani. Album foto diambil.
Laci ditutup kembali.
Satu persatu gambar Aryani lihat. Terkadang geli hati melihat foto ketika Uwais masih kecil. Alahai comel je.
Dibelek satu persatu. Bibir lebar mengukir senyum.
"Comelnya suami aku ni. Alahai."bisik Aryani sendiri. Tangan naik mengusap foto Uwais.
Seketika tangan terhenti di sekeping foto perempuan. Cantik rupawan.
Aryani mengeluh berat"Haih. Lebih cantik dari aku"
"Ni Ibu dia ke. Masyaallah"omel Aryani sendiri. Tangan mengusap foto itu.
Aryani membalikkan permukaan foto itu. Dibelakangnya tertulis sesuatu. Mulut pantas membaca setiap kalimat yang tertulis.
Terasa sakit di dada.
'Bakal Isteriku, Aisyah. Satu hari nanti, kamu akan menjadi milikku. Sekarang aku sedang berusaha menghalalkan dirimu. Tunggu aku ya'
-UwaisSakit menyerang dada. Hati. Disitu ditikam. Dihiris. Dilukai.
Air mata menitis tanpa diri sedari. Sakit hati cuba dibendung. Dada digosok perlahan.
"Aku tiada tempat dihatinya."bisik Aryani sendiri.
Aryani kini sedar, dia tidak boleh memaksa seseorang untuk menyayangi dirinya. Hatta dia menyayangi seseorang itu tapi bukan semua orang mempunyai perasaan yang sama seperti kita memperlakukan orang lain.
Aryani kira dia akan dapat perkahwinan yang indah seusai mendirikan masjid bersama orang yang sudah lama dia kagumi tapi itu pun berlaku atas terpaksa.
Ternyata dia silap. Silap masuk ke hati orang yang masih mencintai masa lalu. Silap datang ke hidup seseorang yang sudah ada nama dihatinya.
Semuanya kesilapan. Kesilapan yang tidak pernah dia sangka akan dia perbuat. Akhirnya diri yang perlu menanggung keperitan ini. Salahkah diriku untuk merasakan secebis cinta seseorang? Salahkah diriku untuk merasakan bahagia biar seketika? Tolong jawab.
YOU ARE READING
LOVE FROM A FAR // OG
Ficción GeneralAdam Hareezz, mengagumi seorang perempuan yang terjaga pakaiannya. Akhlaknya yang baik. Bermula sejak Sekolah Menengah lagi. Hawa Aisy, seorang yang terjaga akhlaknya. Pakaiannya. Tutur katanya. Semuanya hampir sempurna. Tidak pernah menyedari ada...