Pukul 8 pagi, Hawa dan rakan-rakannya bertolak ke Maahad Al-Amin untuk menjalankan tugas yang diberikan.
Fikirannya mula mengimbas kembali kenangan-kenangan pahit dan manis yang dilaluinya di sekolah agama itu.
Banyak ujian yang dilalui untuk menjadi dirinya yang sekarang. Kehidupan banyak memberi pengajaran kepadanya membuatkan dia selalu bersangka baik dengan setiap perancangan Allah.
Kaki kanan mendarat ke tar perkarangan sekolah, Hawa keluar dari perut kereta dengan senyuman tak lekang di bibir.
Hawa mencuci mata dengan permandangan pokok-pokok yang berada disekitar sekolah, langit kebiruan, deruan angin pagi membuatkan tubuh menggigil seketika.
Perasaan rindu mula menyelubungi hati, terasa baru sahaja kemarin Hawa menjadi pelajar tingkatan 1 dan sekarang dia sudah berada di Universiti yang diimpikan.
"Jadi semua, program akan bermula pada pukul 10 pagi, kamu semua boleh mula persiapkan apa yang diperlukan dan juga dipersilakan menyimpan pakaian-pakaian yang dibawa, muslimat di surau asrama dan muslimin di dewan ya."jelas Setiausaha Program.
Mereka semua hanya mengangguk dan mula menyiapkan apa yang patut.
Pukul 10.00 pagi
Para peserta mula mendaftar di meja pendaftaran, mereka diberi setiap seorang sehelai kertas yang berisi nombor kumpulan masing-masing.
Ada yang gembira mendapat kumpulan yang sama dengan rakan baik, dan ada pula yang sedih kerana berbeza kumpulan dengan rakan baik.
Mereka diarahkan untuk berkumpul disurau dahulu sementara para urusetia lelaki menyiapkan dewan.
"Suha, tengoklah muslimin tak siap lagi urus dewan, kita dahlah panas dalam ni. Siapa pengetua? aku nak request letak aircond lima biji, baru sejuk."komen Arisa.
"Amboi!, kemain ye lima biji, ingat ni sekolah datuk engkau ke?tapi tambah lagi 5 biji. Tak cukup tu."balas Nasuha, ingat nak bagi nasihat, rupanya sama je dua-dua.
Mereka meletuskan tawa.
"PERHATIAN KEPADA SEMUA PESERTA TINGKATAN 4 DAN 5, ANTUM ANTUNNA DIMINTA KE DEWAN AKADEMIK DENGAN SEGERA"
"ULANG SEKALI LAGI"
"PERHATIAN KEPADA SEMUA PESERTA TINGKATAN 4 DAN 5, ANTUM ANTUNNA DIMINTA KE DEWAN AKADEMIK DENGAN SEGERA"
"Haa tuh, kaum Adam dah panggil, apalagi? jomlah!"ajak Nasuha.
Peserta perempuan mula bergegas ke dewan akademik, sesi pertama dimulai dengan bacaan doa dan taklimat program.
Sementara menunggu azan Isyak, Para urusetia program menyediakan slot kuliah maghrib untuk para peserta, seperti biasa kaum Hawa di surau dan kaum Adam di dewan akademik.
Peserta-peserta fokus mendengar kuliah yang diberikan oleh Ustazah.
Ada yang tertidur, ada yang tersengguk-sengguk kepalanya menahan dari mata terkatup
Usai kuliah maghrib, tinggal 15 minit lagi untuk azan Isyak berkumandang.
Hawa mula membuka topik bualan dengan para peserta.
"Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh"ucap Hawa sambil memegang mic.
"Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh"jawab para peserta menghebohkan surau dengan suara mereka.
"Okay semua, sementara ada 15 minit lagi untuk kita solat Isyak, akak nak tanya satu soalan sahaja."ujar Hawa lagi.
"Boleh ke akak tahu impian adik-adik semua?"soal Hawa.
YOU ARE READING
LOVE FROM A FAR // OG
Ficción GeneralAdam Hareezz, mengagumi seorang perempuan yang terjaga pakaiannya. Akhlaknya yang baik. Bermula sejak Sekolah Menengah lagi. Hawa Aisy, seorang yang terjaga akhlaknya. Pakaiannya. Tutur katanya. Semuanya hampir sempurna. Tidak pernah menyedari ada...