11. Malang || 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐇𝐚𝐰𝐚

7 3 5
                                    

"Haih, macam mana boleh rosak pulak ni. Dahlah tengah-tengah jalan pulak tu! Allahurabbi, ujian dihari isnin."keluh Hawa sendiri, rasanya semalam elok-elok saja kereta ini berjalan. Takkanlah ada orang dengki.

Lekas Hawa mengeluarkan telefon bimbit lalu mendail nombor telefon ayahnya.

'tut, tut'

Malangnya tiada yang mengangkat.

"Ya Allah, datangkan sesiapa untuk menolongku... "

Hawa mencuba mendail nombor ayahnya lagi. Sudah beberapa kali cubaan, tidak angkat juga.

Terpapar diskrin telefon Hawa "No internet connection". Hawa menepuk dahi.

"Allahurabbi, lupa topup!!!" Hawa kesal, patutlah ayahnya tidak mengangkat panggilan, sampainya pun tidak.

Hawa duduk ditepi jalan, mencuba menggamit-gamit sesiapa yang lalu disitu.

Sebuah kereta memarkir dihadapannya. Seorang jejaka keluar dari perut kereta, berpakaian kemeja dengan lengkap berkopiah.

"Apa dah jadi ni?"soal jejaka itu dengan nada yang datar.

'Ouh, rasanya ni student yang ceramah haritu kan?'batin Hawa berbicara.

"Kereta tiba-tiba rosak... Entah kenapa"ringkas Hawa membalas.

"Ouh, ada alatan baiki tak?"

"Ada, dalam but kereta"

"Tolong ambil, meh saya cuba tengok"pelawa jejaka itu.

Hawa terus membuka but kereta dan mengambil apa yang diminta.

"Ouh, patutlah... Ada orang sumbat pisang dalam ni"ujar Hareez menggeleng kepala lalu mencabut pisang tersebut dari enjin kereta.

"Nah Encik"

"Dah siap dah. Cuma pisang dalam enjin."nyata Hareez.

Hawa mengerut dahi.'Bila masa aku letak pisang dalam enjin?'

Hareez tersenyum kelat.

"Pisang?, ouh okay. Terima kasih Encik"

'Mesti kerja Abang Adib taknak bagi aku pergi wedding Aryani. Tahulah dulu crush dekat Aryani. Tapi kita perlu mengikhlaskan'bebel hatinya.

"Tiada masalah"

"Encik, saya takde apa-apa nak bagi dekat Encik sebagai balasan. Jika Encik nak juga, kalau jumpa saya, claim ya"

"Tiada apalah, benda kecil je... Hati-hati. Saya pergi dulu, Assalamualaikum"pamit Hareez tanpa basa-basi.

"Waalaikumussalam "balas Hawa sambil memandang sosok yang kian menghilang dari pandangan.

"Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah bantu hamba-Mu ini dengan menghantar salah seorang hamba-Mu"

"Masyaallah, dahlah baik, pandai bercakap didepan... Pakar motivasi pula, beruntungnya isteri dia nanti"

Hawa menilik jam tangan, tepat pukul 11 pagi.
Hawa bergegas masuk ke dalam kereta

"Aduh! Aryani akad nikah pukul 11.15 pagi!" Hawa memakai tali pinggang dan lekas memecut pergi.

_______________________________________

Suasana Keheningan. Semuanya diam menunggu ijab qabul.
Uwais gugup, tangan Hareez dia genggam erat. Hati tak rela tapi tetap di teruskan demi kebahagiaan ibunya.

Uwais menyambut huluran tangan Encik Ramli dengan perasaan yang gugup juga sedih.

"Bismillahirrahmanirrahim, Uwais Afkar Bin Mohd Osman."sebut Encik Ramli dengan jelas.

LOVE FROM A FAR // OGWhere stories live. Discover now