24. Di persimpangan hati

4 3 4
                                    

Mentari tak pernah lupa membawa sinarnya, macam juga Dia tak pernah lupa bagi nikmat pada kita. “Terima kasih, Alhamdulillah, hari ini aku masih hidup,” ujar Hawa perlahan selepas bangun dari tidur.

Tapi… mimpi itu lagi? Sudah tiga kali dia mimpi lelaki misteri. Setiap kali, lelaki itu berdoa untuknya. Bukan doa biasa-biasa, doa yang terasa menusuk jiwa. Hawa jadi tak keruan. Siapa lelaki ni?tok bomoh ke, atau stalker rohani?

Hawa tergelak kecil bila teringat kata-kata Maksu semalam,
“Mengarutlah kau ni, Maksu. Mana ada orang mendoakan aku tanpa aku tahu,” gumamnya sambil mencapai telefon. Seperti biasa, skrol Instagram, TikTok, Twitter… hingga tiba-tiba, satu mesej dari akaun tak dikenali muncul.

"Semoga Allah memberkati langkah-langkah kamu, Hawa. Teruskan mencari cinta-Nya."

Jantung Hawa hampir melompat keluar. "Siapa ni?" bisiknya perlahan, namun dia tak berani membalas. Keliru, tapi entah kenapa hati kecilnya terasa tenang.

---

Di tempat lain, Hareez duduk termenung di meja sambil bermain dengan cawan kopinya. Dia masih terbeban dengan perbualan bersama Qis. Gadis itu cuba berubah untuknya, tapi Hareez tahu perasaannya tak sejalan. Hatinya sudah tertambat pada orang lain, Hawa.

Seketika kemudian, Umar datang menyapanya.
"Bro, malam ni ada majlis ilmu. Jom pergi, jadi Ahli khidmat. Hawa ada kat sana nanti."

Nama Hawa membuatkan Hareez tersenyum kecil. Dia tahu Hawa istimewa, bukan jenis gadis yang sibuk pamer diri di media sosial. Tenang, bijak, dan punya aura yang buatkan Hareez rasa damai.

“Baiklah, aku datang,” balasnya ringkas.

Umar, seperti biasa, tak lepaskan peluang menyakat. “Wah, dengar nama Hawa terus confirm, eh?”

Belum sempat Hareez jawab, suara lain menyampuk. “Aku nak ikut.”

Hareez dan Umar berpaling serentak. “Fayyad? Kau sejak bila ada kat sini?” Umar bertanya, hairan.

“Daripada tadi,” balas Fayyad sambil memandang Hareez dengan pandangan yang tajam—tajam macam pisau dapur baru beli. Hareez tergamam. Pandangan Fayyad mengingatkannya kepada kata-kata beracun lelaki itu dulu.

Tanpa berkata apa-apa, Hareez bangun dan berlalu pergi. Dia tak sanggup duduk lebih lama dalam suasana yang tegang itu. Fayyad cuma memerhati, senyum sinis di wajahnya.

---

Umar, yang tinggal berdua dengan Fayyad, cuba menenangkan keadaan. Tapi Fayyad tiba-tiba bertanya, “Kau kenal Hawa?”

“Kenal? Eh, siapa je tak kenal Hawa. Cantik, baik, sopan… tapi bukan taste aku,” kata Umar dengan nada berseloroh.

Fayyad mengangguk perlahan, tapi riak wajahnya berubah serius. “Kau tak perlu tahu kenapa. Tapi aku lebih kenal siapa sebenarnya Hawa Aisy.”

Umar tercengang. Fayyad bercakap macam detektif CSI. Tapi dia memilih untuk tak banyak tanya.

Sebelum berlalu pergi, Fayyad sempat meninggalkan satu amaran.
“Kawan kau, Hareez, jangan percayakan dia sangat. Kadang-kadang orang yang kita anggap langit pun boleh menimpa kita.”

---

Sementara itu, di luar, Fayyad berjalan perlahan sambil memandang langit malam. Di dalam hatinya, dia menyimpan satu tekad.

Dia mahukan bulan?
Dia jatuh cinta dengan bulan?
Namun, bulan itu dia tidak pernah kenal.
Jadi, aku lebih layak menjadi langitnya.
Akan aku patahkan dirinya.

Fayyad tersenyum kecil. Malam itu, ada sesuatu yang berubah dalam dirinya.

---

Raihana tersenyum penuh makna. Aryani dan Hawa yang duduk di hadapannya mula rasa tak senang duduk.
“Rai, cepatlah! Apa surprise-nya ni? Jangan buat saspen!” kata Hawa sambil menjeling.

Raihana, sambil menahan senyum, mengeluarkan sekeping kad daripada beg tangannya. Kad itu dihias cantik dengan warna emas dan putih. Dia meletakkannya di atas meja.

Aryani mengambil kad itu dengan hati-hati, manakala Hawa terus menyambar seperti tak sabar.
“JEMPUTAN KE MAJLIS PERKAHWINAN
RAIHANA SOFIYYAH & UMAR AKASYAH”

Aryani menutup mulut dengan tangan. “Astaghfirullah! Kau serius ke ni, Rai?! Raihana dan Umar? Umar yang suka gaduh dengan kau tu?”

Hawa pula, mulutnya ternganga, kad jemputan itu hampir jatuh dari tangannya.
“Rai, ni prank ke apa? Ada kamera ke dekat sini?!” katanya sambil memandang sekeliling, takut-takut ada orang muncul bawa bunga besar dan banner ‘Gotcha!’.

Raihana ketawa kecil melihat reaksi mereka. “Eh, betullah! Bukan prank, bukan drama. Aku kahwin betul-betul, okey!”

Aryani mengurut dada. “MasyaAllah, Rai! Tahniah! Semoga dipermudahkan semuanya. Tapi, serius aku macam tak percaya. Macam mana boleh jadi? Kau dengan Umar ibarat Tom and Jerry. Hari-hari nak bergaduh, tiba-tiba nak kahwin?!”

Hawa pula dah mula drama air mata. “Huaaa! MasyaAllah, Rai! Tahniah, tau! Tapi aku tak boleh move on lagi! Kau tinggalkan aku, Rai. Lepas ni aku sorang-soranglah. Siapa nak teman aku membawang waktu lunch?”

Raihana tergelak sambil memeluk Hawa. “Alah, kau drama lebih! Lepas ni aku tetap ada, cuma Umar je jadi ‘penaja’ hidup aku.”

Aryani mencelah, masih separuh tak percaya. “Tapi tunggu, Rai. Aku kena tanya ni. Kau betul-betul pasti nak kahwin dengan Umar? Kau tak takut dia buat lawak selipar malam nikah nanti?”

Raihana tersipu malu. “Kalau dia buat lawak, aku balas balik. Baru adil.”

Mereka semua ketawa bersama, suasana jadi riuh. Tapi dalam hati masing-masing, mereka tahu, walau seaneh mana permulaan kisah Raihana dan Umar, bahagia itu sudah jelas di depan mata.

Flashback

Azan maghrib berkumandang tepat pukul 7:00 malam. Seperti biasa, Umar Akasyah melangkah ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah. Selepas selesai solat, dia perlahan-lahan menuruni anak tangga masjid. Tapi sebaik tiba di luar, matanya membulat.

“Mana selipar aku?!”

Umar menoleh ke kiri, ke kanan. Puas mencari, hingga akhirnya pandangannya tertancap pada seekor ayam yang sedang mencengkam sesuatu di paruhnya. Mata Umar membesar lagi. Itu selipar aku!

“Oi, pulangkan balik! Kurang asam punya ayam!” Umar berlari mengejar ayam itu, tanpa memikirkan akibatnya. Ayam itu lari lintang-pukang, dan Umar terus mengejar… hinggalah—
BUPP!

Umar melanggar pagar masjid. Ayam itu, tentu saja, berjaya melarikan diri.

Raihana yang kebetulan baru keluar dari masjid terkejut melihat insiden itu. Dia berusaha menahan tawa, namun sudut bibirnya tetap terangkat. Dia cuba berlagak seperti tak melihat apa-apa dan cepat-cepat melangkah pergi.

Malangnya, Umar yang sedang memulihkan maruahnya tersedar akan kehadiran Raihana.

“Rai?” Umar memanggil, masih separuh terduduk.

“Eh? A-a ya…” balas Raihana, langkahnya terhenti, dia cuba menyembunyikan senyumannya. Jantungnya berdegup lebih laju, seolah-olah baru turun dari roller coaster. Dia tak pernah tahu kenapa, tapi setiap kali berjumpa Umar, hatinya jadi tak tentu arah.

“Ok tak? Ana nampak ada seseorang yang terlanggar pagar tadi…” Raihana cuba menahan ketawanya.

Muka Umar sudah merah macam cili merah. Dia cepat-cepat bangun sambil mengusap kepalanya yang berdenyut. “O-Ok… semuanya ok.”

Tapi Umar tak mampu menahan debarannya lebih lama. Kata hatinya kuat mengatakan inilah masanya. Dia menarik nafas dalam-dalam, lalu berkata:

“Rai, can I meet your parents?”

Raihana terkedu. Matanya membesar sedikit, cuba menghadam apa yang baru didengarnya. “U-untuk… apa?”

Umar mengangkat pandangan, matanya penuh keyakinan.
“Untuk jadikan kita berada dalam satu saf. Aku sebagai imam, dan kau makmum. You know what, Raihana? You stole my heart, just like my shoes were stolen in the masjid.”

---

Raihana terpana, tapi senyumannya muncul jua. Ketika itu, dia tahu, inilah permulaan kisah mereka.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 3 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

LOVE FROM A FAR // OGWhere stories live. Discover now