BAB 2

356 22 13
                                    

SETELAH setengah jam, mereka masih lagi dalam bersoal jawab. Setiap soalan yang dilemparkan Elnaura dibalas dengan tenang membuatkan gadis itu berasa tidak senang duduk.

Faiz yang baru sahaja selesai menggunakan tandas kembali duduk disebelah adiknya. Maaflah, ingatkan nak cuci muka je rupanya usus besar dia tak sabar sabar mahu melakukan proses penyahtinjaan. Terpaksalah dia turutkan.

"Aku ni gengster tau. Pantang buat salah sikit aku akan-"

"Haah gengster kecik. Pantang kena cubit sikit meraung satu kampung panggil mama" celah Faiz. Kepala adiknya dia tepuk tepuk lembut. Gengster kepala hotak kau.

"Gengster pun okey. Tak adalah aku risau sangat kalau dia jalan sorang sorang, takde nak kacau." Gurau Thaqif yang disertai ketawa kecil dari Emir. Terhibur pula dia.

"Next, aku ni kuat cemburu dan mudah merajuk. Kau takkan mampu hadap semua tu...kan?" Cabar Elnaura. Kalini mesti kena. Mesti kena buat dia menyesal pergi merisik aku.

"Memang lumrah perempuan, akan mudah rasa cemburu. Cemburu kan tandanya sayang, jadi aku tak kisah pun. Kalau kau merajuk, aku akan cuba pujuk. Insyallah kalau aku tak berjaya menghapuskan api kemarahan kau sekalipun, sekurang-kurangnya aku mampu redakan sedikit api tersebut." Balas Thaqif. Ya, lelaki itu masih tenang dalam posisinya. Setiap soalan rawak dia mampu jawab tanpa teragak agak.

"Okey fine..." Ujar Elnaura perlahan. Dia tergamam dan tidak tahu lagi soalan apa yang dia patut bahaskan disini.

"Erm kenapa kau pilih aku untuk jadi isteri kau? Ramai lagi perempuan yang lebih baik... Yang lebih sempurna. Aku ni apa pun tak pandai. Masa sekolah dulu tak pandai. Lepastu sekarang ni cuma kerja jurugambar je. Memasak pun tak reti, mengemas pun malas. " Tanya Elnaura. Dia sudah malas berdebat. Dah angkat bendera putih dah pun.

"Sebab aku dapat rasakan yang kau adalah jawapan disebalik semua doa doa aku. Aku bukanlah mencari yang sempurna, aku cuma mahu mencari orang yang boleh memahami skop kerja aku, cara aku. Kerja apa apa pun takkan dapat mengukur keperibadian seseorang selagi ia halal, apa salahnya. Soal merajuk? Bergaduh? Bertekak? Insyallah aku akan cuba bersabar dan cari cara nak pujuk isteri aku."

"Patience is the solution. Masa banyak lagi yang tinggal. Kau fikir fikirkan lah dulu. Solat istikharah, tahajjud apa semua. Ini kan melibatkan masa depan kau juga. Hari ketujuh nanti aku tanya balik."

Elnaura diam lagi sekali. Thaqif ni otak dia dah mereng sebelah ke apa? Tak nampak ke setiap hint yang aku bagi tu? Tak cukup lagi ke untuk membuktikan yang aku taknak dekat dia!

Faiz yang disebelah adiknya pula berasa agak kagum. Dia dapat merasakan bahawa Thaqif benar benar ikhlas mahu menghalalkan adiknya. Sudahlah ada rupa, perangai pun elok. Kalau adik dia tu tak suka juga, tak tahulah.

"Ta..ta..pi.."

"Aku dah create group whatsapp. Dalam tu ada family aku dengan family kau semua ada. Jadi kalau nak bagi keputusan apa apa, tanya ke, boleh ajukan dalam tu sahaja. Tak perlu kot kita borak personal selagi belum halal. Kita jaga kita." Tutur Thaqif. Senyuman dipamerkan sambil tangannya mengangkat skrin telefonnya yang memaparkan grup whatsapp yang dia telah cipta tadi.

*****

"ABANG tengok Thaqif tu baik je lah. Tang mana buruknya?" Bantah Faiz. Dari tadi lagi adiknya tidak henti henti memburuk burukkan tentang Thaqif. Nak berdendam saja budak ni.

"Abang tak tahu perkara sebenar. Naura rasa dia tu pakai ilmu tau sebabtu dia dah berjayakan butakan lagi abang yang dah buta hati ni.. adududududu sakitlaaa eee mamaaaa tengok abang ni dia cubit Naura" Rengek Elnaura ketika lengannya dicubit kasar oleh abangnya lalu segera dia memeluk ibunya yang berada diatas sofa sana.

Her Captain [OG]Where stories live. Discover now