BAB 11

159 16 0
                                    

DI meja makan, suasana meriah dengan gelak tawa semua orang. Mummy dan Daddy duduk di hujung, manakala Abang Faiz, Ammara, dan Elnaura duduk di sebelah Thaqif. Dari awal mereka duduk sampailah sekarang, abang Faiz ni tak habis-habis nak mengusik mereka.

"Pengantin baru kita ni diam je harini. Sejak bila adik iz ni jadi pemalu eh?"

Elnaura terus mencebik, geram dengan ejekan abang dia. "Abang ni kan memanglah! Bila masa pula Elnaura malu?"

"Yeke tak malu? Diam je dari tadi—"

"Biarlah."

"Eleh malu lah tu."

"Diamlah abang." Pecah ketawa si abang melihat Elnaura merah pipi kerana malu apabila diusik sebegitu.

Kak Ammara gelak kecil di sebelah, sambil mengangguk seolah bersetuju dengan suaminya.

“Yelah, yelah. Tak malu konon.” ejek abang Faiz lagi.

Thaqif hanya tersenyum sendiri disebelahnya, diam-diam dia menatap reaksi Elnaura yang comel apabila diusik abang iparnya.

"Hurm mana baby Aira?" Wajah Elnaura ditoleh kanan kiri, mencari keberadaan anak saudaranya yang tiada bersama di meja makan.

"Aira dah tidur..." Jawab Ammara, kakak iparnya.

"Alaa"

"Lah, yang El nak sibuk sangat dekat anak orang ni kenapa?"

"Hish biarlah!" Elnaura mencebik. Lagi sekali kena usik. Balik-balik dia kena usik. Manakala abang Faiz pula hanya kemam bibir, tahan diri dari melepaskan tawa kuat. Kelakar!

"Yang, tolong ambilkan sayur jap.." bisik Thaqif perlahan.

Mata Elnaura membulat. Dia panggil aku apa tadi? Yang?

Oh kemain eh kau ni Thaqif.

"Please.." Thaqif meminta lagi dengan nada yang lembut.

"Ya, kejap."  Elnaura menyahut tatkala dia mencapai senduk sayur dan mula menyenduk ke pinggan Thaqif. Dia sengaja letak banyak sikit, lebih daripada biasa. Senyum nakal terbit di bibirnya, sambil memandang Thaqif dengan mata yang sedikit mengecil, seolah-olah dia mempunyai agenda tersendiri.

Memang dia sengaja pun.

"Habiskan tau abang. Nanti membazir." Ucapnya sambil menahan gelak.

Puas hati pula dia bila dapat kenakan Thaqif ni.

Datin Ayuni pula menggeleng kecil melihatnya. Tahulah dia kenapa Elnaura buat perangai macamtu.

"Thaqif jeke yang ambil sayur? Elnaura taknak ke?" Datin Ayuni sengaja menyoal. Dia tahu anak perempuan dia yang seorang ni tak suka makan sayur, tapi sengaja dia nak menyakat.

"Tak apalah mummy. Kali ni Elnaura nak bertolak ansur dengan suami. Bagi makan sayur banyak banyak baru sihat kan?" Bahu suaminya dia tepuk perlahan. Good words, Elnaura!

Pandangan Thaqif kemudiannya dijatuhkan pada pinggannya yang sudah penuh dengan sayur, hampir melimpah. Dia angkat kening, tapi mulut langsung tidak berkata apa-apa. Senyum kecil terukir di bibirnya. Dia tahu Elnaura memang sengaja buat macam tu, mungkin nak balas dendam yang kena usik tadi.

“Terima kasih lah ya, isteri saya.” balas Thaqif sambil ketawa kecil.

'Isteri saya...'

Entah mengapa Elnaura boleh terkedu dengan ucapan tersebut. Kedua-dua belah tangan menampar lembut pipi sendiri.

Kau blushing ke ni, Naura?

Damn, its a No!

Selesai sahaja makan malam mereka, Elnaura berjalan masuk ke dapur memandangkan Thaqif tidak kelihatan di ruang tamu. Dan seperti yang sudah dia dapat agak, Thaqif sedang sibuk membantu mummy mencuci pinggan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 28, 2024 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Her Captain [OG]Where stories live. Discover now