Bab 7

279 20 0
                                    

SETELAH selesai sesi mengambil foto keluarga bersama pengantin yang diraikan, Elnaura meneliti semula setiap foto yang diambilnya. Cantik atau tidak, kedudukan angle tak berapa cantik ke dan sebagainya. Sebagai seorang jurugambar, kepuasan hati pelanggan perlu diutamakan. Lagi-lagi, ini adalah gambar perkahwinan. Gambar yang akan menjadi sebuah kenangan terindah buat mereka.

Tatkala mata sedang fokus membelek gambar di skrin, ada sahaja yang tiba-tiba menegurnya. Manusia ni memanglah. Orang tengah sibuk, dia pun sibuk nak bertandang.

"Ni.. Elnaura kan?" Tanya seorang dua gadis yang datang kearahnya. 

"Ya, saya..." Sebaik sahaja Elnaura menoleh, pandangan mereka saling bertautan.

"Ha betul lah, ni Naura. Ex classmate kita dulu. Kau- ingat lagi tak, ni aku, Laila!" Gadis yang memperkenalkan dirinya sebagai Laila itu mula menghulurkan tangan untuk bersalaman.

"Aku Fatin! Ingat lagi kan aku?" Tanya gadis yang disebelah Laila itu.

Elnaura diam seketika. Setelah lama tidak bersua muka, ambil masa jugalah dia mahu mengenali dua sosok wajah dihadapannya ini. Mata mengecil, cuba mengecam wajah dihadapannya ini.

"Ouhh korang rupanya, Aku ingat je.." Balas Elnaura bersama segaris senyuman. Jika mahu dibandingkan, pakaiannya lebih kelihatan 'simple' berbanding dua malaun dihadapannya. Bergaya melebihi pengantin. Padahal bukan majlis dia pun.

Kenapa Malaun? Ouh itu gelaran istimewa untuk dua orang yang paling suka bergosip didalam kelas kami suatu ketika dahulu. Aku juga antara mangsa yang pernah kena bahan. Yang paling aku menyampah, dia pernah sebarkan fitnah karut pasal aku dekat depan Thaqif. Memang tak guna betul dua malaun  tu. Oh ya, Gelaran itu hanya aku sahaja yang guna, dalam hati je lah mampu. Kalau terluah kan, mampus aku kena tibai.

"Kau jadi jurugambar ke sekarang? Mahal ke gaji kau? " Tanya Laila, dah mula dah tu nak menyakitkan hati orang. 

"Ya, aku kerja photographer. Gaji tu boleh lah cukup-cukup makan. Biasa-biasa je.." Jawab Elnaura. Kamera jenama Canon itu diletakkan diatas meja berhampiran, kan tersalah jatuhkan habislah duit dia.

"Tak sangka kan, dulu kemain ambil sains tulen tapi end up jadi jurugambar je.." Sinis Fatin berkata. Tangan naik menepuk bahu Elnaura yang ketika itu sudah menjulingkan anak matanya keatas.

Seperti yang dia sangkakan, malaun ni kerja nak menjatuhkan orang saja. Kalau dia balas balik, sentap tak memasal habis job aku sebab cari gaduh dekat majlis kahwin customer aku.

"Kenapa diam je ni Naura, janganlah ambil hati dengan apa yang aku cakap tadi tu. Biasalah hala tuju kita tak menjaminkan apa apa, rezeki dah ditetapkan—" sambung Laila dengan nada sinis. Siapa sahaja yang mendengarnya pun akan tahu yang gadis itu hanya sekadar memujuk dengan cara sindiran halus.

Belum sempat Laila berkata lebih lagi, ada suara datang menyampuk. Suara yang sangat mereka kenali.

"Rezeki dah ditetapkan jadi buat apa pertikaikan rezeki orang lain? Apa yang salahnya dengan jadi photographer? Itu pekerjaan yang halal kan?" Bidas Thaqif bersama senyuman sinis. Dari tadi lagi dia menadah telinga mendengar perbualan mereka. Dia faham kenapa Elnaura diam sahaja walaupun sebenarnya boleh saja gadis itu membidas kembali kata kata yang menyakitkan itu.

Cumanya sekarang, gadis itu datang sini bukan untuk mencari masalah. Dia datang sebagai pekerja.

"Lagi better lah dari korang yang sibuk mengata orang macamni, kerja yang menempak dosa free free je. Dah banyak sangat dah ke pahala tu?" Sambung Thaqif lagi. Nak mengata tunang aku, hadaplah aku dulu!

Her Captain [OG]Where stories live. Discover now