BAB 3

316 20 1
                                    

TUDUNG shawl jersey ditarik lalu dia lilitkan ke kepalanya sebelum dia bergerak turun ke ruang tamu. Kalau ikutkan hari minggu macamni elok duduk diam diam dalam bilik, tapi alangkah nasib tak baiknya jiran lama dia datang melawat lah pula. Kalau mama tak panggil, memang sampai ke sudah dia takkan turun lah punya.

Makcik Nab tu bukan boleh pakai sangat. Mulut dia lagi teruk dari longkang. Hesy, sabar je lah.

Baru sahaja dia menuruni tangga, kelibat makcik Nab telahpun kelihatan. Wanita tua itu sedang bersantai sahaja duduk di sofa. Dah macam rumah moyang dia punya ya?

"Ha itupun anak dara kau, yuni. Apa lah nak jadi dengan anak dara zaman sekarang. Tengahari macamni baru nak tahu nak turun. Patutlah tak kahwin kahwin lagi " sembang makcik Nab membuatkan Elnaura tayang muka menyampah. Baru bertentang mata pun dah kena smash dengan mulut tak ada lesen makcik ni. Apalah nasib.

"Suka sangat buat muka. Cakap sikit, buat muka. Cubalah dengar nasihat makcik ni, jangan suka sangat berkurung dalam bilik.. anak dara jenis apa kamu ni." Bebel wanita tua itu lagi.

"Sebab saya anak dara lah saya suka berkurung dalam bilik. Dah tua macam makcik nanti kan asyik tahu mengumpat depan tangga jiran je." Bidas Elnaura. Mulutnya memang agak suka menjawab walaupun telah dilarang oleh mama beberapa kali. Suka hati ler.

"Elnaura ni kan ada ada saja budak ni. Kamu bila nak kahwin? Ke takde lelaki yang berkenan tengok perangai kamu ni.." ujar Makcik Nab yang suka suki sahaja membuat spekulasi sendiri.

"Ramai je yang berkenan tapi saya ni kenalah selek. Perempuan kan, haruslah jual mahal. Saya taknak jadi janda awal macam makc—"

"Elnaura..." Tegur Datin Ayuni agar anak perempuannya itu tidak keterlaluan. Dulang air diletakkan ke meja sebelum dia melabuhkan duduk disebelah Elnaura. Senang nak cubit kalau buat hal.

"Aih patutnya kahwinlah awal awal. Kamu tu makin lama makin meningkat umurnya" kata Makcik Nab.

"Ouh tapi..." Belum sempat Datin Ayuni membantah, anak daranya terlebih dahulu cekap memotong percakapannya.

"Memanglah makin lama makin meningkat umur, kalau makin menurun, pendek umur namanya. Ha makcik ni dah kenapa minta saya kahwin awal? Makcik nak kasi sponsor kee? Saya on je makcik" sindir Elnaura dengan nada yang penuh sarkastik. Datin Ayuni disebelah sudah tersenyum kelat. Dia dah agak anak dia yang sorang ni memanglah..

"Calon pun tak ada, nak minta makcik pula sponsorkan eh? Kalau tak ada calon buatlah macam tak ada calon.." bidas Makcik Nab yang berjaya menyentakkan hati Elnaura.

Gadis itu berdecit. Bibirnya digigit kecil dengan perasaan geram yang berkecamuk. Tak guna punya orang tua.

"Diam pun anak kau ni, Yuni.. Jadi betul lah, tak ada calon.." ujar Makcik Nab sambil tersenyum kemenangan.

"Ada. Saya cakap ada. Dia kerja pilot, makcik. Dia dah masuk merisik saya cuma saya je yang belum terima lagi. Now, saya dah buat keputusan." Kata Elnaura geram lalu dia meninggalkan tempat ruang tamu itu dengan segera dan kembali dengan sekotak kecil cincin. Dengan senyuman yang sinis cincin disarung ke jari manis bersaksikan ibunya dan makcik Nab

Makcik Nab sekarang tampaknya sudah terkejut. Terkunci terus mulut nuga ketika itu. Rasa malu juga kerana telah menuduh gadis itu tadi.

"Nanti jangan lupa transfer duit sponsor anda ya, Makcik Nab yang terpaling murah hati.. 10k pun dah cukup tau, saya tak berkira pun dengan jiran lama saya. Kan mama?" Sinis sahaja Elnaura berkata.

"Errr kak Nab,  tak payahla... Elnaura bergurau saja tu.." kata Datin Ayuni.

"Tak, mama. Mana ada Elnaura bergurau. Kan dia sendiri yang nak sponsor, biarlah. Rezeki jangan ditolak.. Ke makcik cuma cakap kosong saja tadi?"

Her Captain [OG]Where stories live. Discover now