BAB 9

227 10 1
                                    

"Alhamdulillah, nice landing. Good job, my friend." Tangan naik menepuk bahu Evan iaitu rakan setugasnya, co-pilot.

Setiap enjin kapal kemudian dimatikan bersama dengan arahan yang diterima daripada co pilot. Lega rasanya apabila penerbangan kali ini turut berjalan dengan lancar.

Itulah perasaannya setiap kali sesi penerbangannya tamat. Biarpun sudah bertahun-tahun Thaqif berkhidmat didalam bidang ini, perasaan teruja dan bersyukur itu tidak pernah memudar dalam diri.

Rasa macam baru pertama kali bawa kapal terbang.

"Nice landing, captain." Sapa Radnea, salah seorang pramugari didalam kabin tersebut. Dia antara orang yang sering berkhidmat satu kabin yang sama dengan Thaqif.

Takdir, mungkin.

Thaqif senyum tipis lalu mengangguk kecil. Ucapan terima kasih hanya terluah didalam hatinya. Dia tidak mahu memanjangkan perbualannya untuk perkara yang sia-sia. Lagipun, dia tunang orang.

"Kapten.." Radnea menyapa lagi, kali ini tangan turut cuba merangkul lengan lelaki itu.

"Don't touch me." Lengan yang hampir dirangkul itu segera dijauhkan dari gadis itu. Mata pandang serius kearah pramugari tersebut. Jelas, dia tidak suka dengan kemesraan tersebut.

"I'm sorry.. I cuma nak ajak you keluar makan kalau you ada masa lapang lepasni. Sekejap pun jadilah." Pelawa gadis itu tanpa segan silu.

"I sibuk."

"Tapi sekejap pun tak apa. Kita keluar minum saja. I boleh belanja. Okey?"

"Thanks tapi I tetap taknak. I sendiri pun ada duit tak perlu nak mengemis duit orang pun." Jawab Thaqif, bertegas tidak mahu keluar berdua-duaan dengan gadis itu. Tak faham bahasa betul lah.

"You please lah. Bukan selalu kita..."

"Excuse me? Kita ada apa apa hubungan ke? Tak ada kan? I ni tunang orang. Tak manis keluar dengan perempuan lain. Sekalipun tak bertunang, tetap tak elok keluar berdua macamni. Boleh jadi fitnah." Thaqif segera bergerak keluar dari kabin. Malas mahu bertekak lebih lama, nanti panjang pula ceritanya. Wajah tegang menampakkan lagi aura segaknya. Mustahil lah tiada yang terpikat namun tetap tak ada sesiapa yang berani dekat dengannya kecuali Radnea. Gadis itu memang tak tahu malu.

Mungkin gadis itu merasakan bahawa dirinya cukup layak untuk berada di sampingnya. Well, itu hanyalah tanggapannya dan bukan solusinya.

Yang jelas, hatinya hanyalah milik cik Tunang. Tiada orang ketiga mahupun seterusnya.







"UMI...b-betul ke semua ni?" Soal Thaqif, kurang percaya dengan apa yang dikhabarkan sekarang.

"Ya, minggu lepas masa hari Thaqif bertugas tu lah Naura datang rumah. Umi ingatkan kenapa, rupanya dia datang untuk pulangkan balik cincin pertunangan kamu berdua. Dia nak putus tunang." Puan Eireen memberitahu. Sebenarnya dia mahu mengkhabarkan hal tersebut lebih awal kepada anaknya namun dia bimbang perkara ini akan mengganggu emosi anak terunanya itu.

Seperti sekarang, dia dapat lihat jelas betapa sedihnya perasaan anaknya setelah mendapat tahu tentang berita tersebut. Sayu jugalah hati keibuannya.

"Tapi, dia tak ada bagitahu ke alasan dia nak putus tunang?" Thaqif menyoal lagi.

"Dia cuma cakap, anggap saja kamu berdua tak ada jodoh. Umi pun sebenarnya ada juga minta dia berfikir lagi sekali tapi dia macam dah fikir masak-masak sebelum buat keputusan macamni."

"Tapi kan umi, Qif tak ada gaduh apa-apa pun dengan dia. Kami tak ada bertekak langsung. Jangankan jumpa, chat personal pun tak pernah.." jeda. Thaqif mula menundukkan wajahnya menghadap lantai. Otak ligat berfikir tentang salah apa yang telah dia lakukan sehingga gadis itu bertindak sedemikian.

Her Captain [OG]Where stories live. Discover now