"PELIKLA kau ni. Gaji kerja pilot tu dah mahal tapi masih beria nak buat side income. Bos kau tak marah ke bila kau jarang datang kerja?" Tanya Elnaura. Garfu ditangan memotong sebelah kek coklat itu. Memang inilah menu kegemarannya setiap kali datang singgah di kafe tersebut.
Dah tersuka, Nak buat macam mana? Alang alang tu boleh intai tunang sekali. Atau sebenarnya kebetulan je semua tu. Aku taknak pun tengok dia.
"Apa nak hairan? Kalau dia marah aku, aku marahlah dia balik.." balas Thaqif.
"Wah beraninya encik pilot kita ni" perli Elnaura bersama senyuman sinis di bibir.
"Mestilah berani. Kalau tak, takkanlah dapat bertunang dengan kau sekarang ni.." balas Thaqif kembali yang berjaya membuatkan Elnaura hampir tersedak kek coklat. Dengan wajah yang memerah, gadis itu cuba mengekalkan riak biasa sambil menyedut straw.
Aku tak dengar apa apa. Tak dengar. Tak dengar.
Sekotak tisu ditolak mendekat kearah gadis itu. "Makan pelan pelan. Tak lari pun kek coklat tu awak"
Sehelai tisu ditarik kasar sebelum dia melemparkan jelingan tajam kearah Thaqif. Sukalah tu tengok orang tercekik kek.
"Kalau aku nak tanya kau sesuatu boleh ke?" Thaqif tiba tiba bernada serius. Elnaura pula apatah lagi. Pandangannya turut dialihkan kearah lelaki itu saat soalan diajukan. Perlahan lahan dia mengangguk.
"Kau okey ke dengan aku?" Soal Thaqif.
"Okey maksudnya?"
"Kau okey ke dengan perkahwinan kita? Aku bukannya apa, cuma aku nak jawapan jujur dari kau. Perkahwinan kan melibatkan masa depan kita berdua, dengan siapa kau akan luangkan masa bersama sepanjang hidup selagi ada jodoh. Dan aku taknaklah kau terima pinangan aku hanya kerana terpaksa atau..dipaksa. "
Pertanyaan itu membuatkan Elnaura terdiam sejenak. Otaknya ligat memikirkan jawapan yang harus dia berikan. Dia sendiri pun masih keliru dengan tindakannya.
"Penting ke soalan tu?" Soal Elnaura kembali. Dia tersenyum kelat memandang Thaqif yang masih menunggu jawapannya.
"Penting lah awak. Kita dah sampai ke step yang sejauh ni. Tapi, masih ada lagi masa kalau kau nak ubah balik keputusan tu.."
"Oh well, sebenarnya aku taknak pun dekat kau. Aku pun tak ada perasaan dah dekat kau tapi, bila difikirkan balik rugi lah kalau aku tolak pinangan kau. Gaji kau mahal, lepastu kau dah berjanji yang kau nak buat semua kerja rumah apa semua. Lelaki mana je yang boleh buat semua tu kan? Jadi teruskan je lah dengan plan asal." Balas Elnaura bersahaja.
Kalau orang lain dengar, mereka pasti akan mengagak bahawa aku hanya menggunakan konsep 'tangkap muat' sahaja dalam mencari calon suami. Tapi realitinya tidak. Sebenarnya dah hampir separuh mati aku memikirkan semula keputusan aku. Cuma aku sahaja yang sengaja mempamerkan riak tidak kisa pada semua orang. Usaha dah. Doa pun dah. Tawakkal saja lah.
Thaqif tersenyum mendengar jawapan dari Elnaura. "Alhamdulillah lah kalau macamtu. Tapi, macam apa yang aku cakap.. selagi belum sampai tarikh perkahwinan kita, aku akan terima apa jua keputusan yang kau nak ambil lepasni."
"Baik kapten. Tapi kapten kenalah ingat yang bakal isteri kapten ni mata duitan. Sepatutnya kapten yang kena fikir banyak kali sebelum buat keputusan untuk kahwin dengan seorang Elnaura Faiha ni "
"Dah fikir banyak kali dah. Sekarang kita doa sajalah yang baik baik. Kita kan hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan semuanya. Kan?"
Elnaura mengangguk perlahan. "Aye aye captain"
*******
SUASANA di dewan ketika itu agak meriah sekali. Majlis kenduri perkahwinan antara Dalila Daisha bersama suaminya, Emir Luth mendapat sambutan yang baik dari ramai tetamu.
YOU ARE READING
Her Captain [OG]
General FictionSETELAH beberapa tahun tidak bersua muka, Elnaura Faiha dipertemukan kembali dengan crush lamanya, iaitu Thaqif Mikael yang juga merupakan rakan sekelasnya selama lima tahun berturut turut. Entah apa yang meracau jiwa lelaki itu sehingga sanggup me...