THAQIF duduk bersila dengan tenang di hadapan imam, tangan kanannya menjabat erat tangan wali Elnaura.
"Okey dah sedia? Kita dah boleh mula."
Dato Ferhad selaku ayah pengantin perempuan dengan nada suara yang penuh ketenangan, melafazkan, "Thaqif Mikael bin Tajuddin, Aku nikahkan dikau dengan anakku, Elnaura Faiha binti Ferhad, dengan mas kahwinnya dua puluh ribu ringgit tunai."
Thaqif menarik nafas dalam, memastikan setiap perkataan dilafazkan dengan sempurna, “Aku terima nikahnya Elnaura Faiha binti Ferhad dengan mas kahwin sebanyak dua puluh ribu ringgit tunai.”
Orang ramai yang hadir mula mengangguk tanda sah. Suara saksi memenuhi ruang dengan laungan, “Sah!”
Manakala dari sisi lain pula, Elnaura hanyalah sekadar memerhati dengan mata kosong. Sepatutnya hati bergetar, rasa gemuruh sama seperti pengantin perempuan yang lain tetapi hari ini tidak.
Pandangannya kemudian jatuh pada wajah Thaqif yang tersenyum kecil setelah lafaz selesai. Tangan ditadah kemudian doa dibacakan oleh pengantin lelaki sendiri.
Ramai yang memuji lelaki itu diatas keberaniannya yang bersedia membacakan doa itu sendiri. Tidak ramai anak muda sepertinya. Ada juga suara-suara yang berbisik mengatakan betapa beruntungnya dia kerana memiliki suami seperti Thaqif Mikael.
Sudahlah segak, berduit, dan pandai serba serbi.
Boleh dikatakan hampir mencapai tahap perfect lah!
"Hmm" Elnaura memandang lagi sekali Thaqif yang sedang berjalan kearahnya.
Senyuman Thaqif semakin lebar ketika dia melangkah mendekatinya.Namun di dalam kepala Elnaura, dia terfikirkan sesuatu.
Mustahil lah ada lelaki yang sempurna. Apa agaknya kekurangan Thaqif ya?
Dia kena cari tahu.
"Assalamualaikum isteri saya." Sapaan yang lembut itu menghentikan lamunan Elnaura. Membulat kecil mata gadis itu.
Alamak, dia termenung rupanya tadi !
Mulut yang ternganga kecil itu cepat-cepat dia tutup kembali. Apa benda yang kau buat masa majlis akad ni Elnaura oi. Mesti ada yang dah sempat snap gambar aku tengah mengelamun tadi.
Uh.
Benci !
"Jawab salam tu wajib tau." Usik Thaqif bersama dengan senyuman lagi.
Erk. Murah betul senyuman dia harini. Barangkali sebab kamera dan paparazzi atukrazzi semuanya ada dimana-mana
Terleka sedikit, hodohlah gambar candid."Ya waalaikumussalam." Jawab Elnaura acuh tak acuh. Dari sudut hatinya, dia sebenarnya agak tidak faham dengan diri sendiri.
“Kenapa aku tak rasa apa-apa?” bisik hati kecilnya. Di kaca televisyen, di setiap drama yang pernah dia tonton, pengantin perempuan pasti menangis, mata berkaca-kaca penuh emosi. Tapi dia? Hatinya seakan kosong, tanpa rasa. Seolah-olah ini hanya satu urusan yang perlu diselesaikan, bukan momen hidup yang seharusnya penuh dengan kebahagiaan dan keharuan.
Usai menyarungkan cincin, tangan Thaqif dihulurkan kearah gadis itu untuk mereka bersalaman buat pertama kalinya.
"Ha?" Elnaura bingung.
"Elnaura, salam suami kamu tu." Datin Ayuni menegur si anak. Masa masa macamni boleh pula anak perempuan dia blur.
“Oh, ya! Salam suami,” bisik Elnaura dalam hati, tiba-tiba tersedar. Dia segera melangkah ke hadapan, tanpa ragu-ragu menghulurkan tangannya kepada Thaqif tetapi dengan gaya yang lebih menyerupai jabat tangan korporat, penuh yakin dan ala-ala orang kaya.
YOU ARE READING
Her Captain [OG]
General FictionSETELAH beberapa tahun tidak bersua muka, Elnaura Faiha dipertemukan kembali dengan crush lamanya, iaitu Thaqif Mikael yang juga merupakan rakan sekelasnya selama lima tahun berturut turut. Entah apa yang meracau jiwa lelaki itu sehingga sanggup me...