Bab 8

278 20 3
                                    

UNTUNGLAH dia sempat sampai awal. Jalan juga tak berapa sibuk mana. Terkejut dia tadi apabila tiba tiba disapa wanita. Ingatkan siapa, rupanya bini si Evan tu. Aduhlah.

Keluar sahaja dari perut kereta, sudah terpacak tubuh gadis itu dihadapan pagar rumahnya. Thaqif melemparkan senyuman kearah tunangnya tatkala dia mengatur langkah untuk menghampiri.

"Kau lambat. Kenapa tak datang minggu depan je?" Perli Elnaura dengan muka yang masam mencuka. Tangannya bersilang pada pinggang tanda protes.

Tapi hairan juga, Thaqif hanya senyum sahaja mendengarnya. Ada hati ke tak dia ni?

"Tetamu patutnya disambut dengan senyuman ya, cik tunang."

"Untuk orang lain je. Kau tak."

"Kenapa?" Soal Thaqif lembut. Sebelah kening terangkat tatkala bahu juga terjongket kecil.

"Sebab kau..."

"Naura, kenapa tak ajak tunang kamu masuk ni ish budak bertuah sungguh. Dah nak maghrib ni kan demam Thaqif sebab kena gigit nyamuk."

"Adudu sakit ma— merah lengan adik kalau mama asyik cubit aje" mencebik bibir Elnaura saat lengannya dicubit oleh Datin Ayuni dihadapan tunang sendiri. Malu dapat, sakit pun dapat.

"Lain kali jangan usik bakal menantu mama. Thaqif, meh jemput masuk. Dah nak maghrib kita siap sedia lepastu solat berjemaah ya?"

"Thaqif kena jadi imam!" Elnaura mencelah percakapan ibunya. Dengan senyuman penuh makna dia menatap wajah lelaki itu. "Kenapa ni? Takut ke..?"

Nada mengejek itu sengaja dia tekan supaya Thaqif terasa. Memang itu motif dia biar cuak sikit lelaki tu.

"InshaAllah boleh je."

Elnaura berdecit. Cuak jugalah dia saat lelaki itu dengan bersahaja sekali menerima cabarannya. Damn, dia memang dah lama bersedia ke apa?

"Ha baguslah bakal menantu aunty ni. Dah, jom masuk. Mama nak tengok kari ayam mama menjadi ke tak?" Ujar Datin Ayuni lalu bergerak ke dapur meninggalkan mereka berdua didepan pintu rumah.

"Hensem sangat ke aku harini hm?" Tanya Thaqif dengan kening yang diangkat berkali kali. Elnaura jeling tajam kearah lelaki itu. Perasan!

"Dah jom masuk. Sakit ke kena cubit tu?" Ejek Thaqif dengan nada gurauannya. Tertawa-tawa dia melihat tunangnya yang sudah mencebik.

Comel...

Eh Astaghfirullahalazim, apa kau cakapkan ni Thaqif!!

Dahi ditepuk tepuk kecil, sekadar mahu menyedarkan dia kepada realiti.

"Memang nak tepuk dahi sampai pagi esok ke?" Perli Elnaura.

"Boleh ke?" Thaqif menyakat.

"Kau ni kan memang nak kena pukul ke apa ha? Dari tadi lagi sakat aku. Ingat kelakar ke?!" Elnaura mengamuk. Muka dia berkerut kerut. Geram juga dengan mamat ni.

"Dilarang panas baran nanti cepat tua."

"Kisah pulak aku kalau aku cepat tua."

"Sama lah, aku pun tak kisah juga. Apa yang penting kau sentiasa sihat itu pun dah memadai. Nampak tua sikit pun okey juga baru tak ada yang nak mengorat kau kan?" Ucap Thaqif panjang lebar. Lagi bertambah geramlah Elnaura dengannya.

"Cukuplah tu. Masuk cepat sebelum aku hempap muka kau kat pintu"

"Ya awak.."

What? Merah padam wajah Elnaura ketika itu. Dia sebenarnya jarang nak melting dengan hanya kata-kata dari seorang lelaki apatahlagi dari lelaki yang dia kurang suka ini. Tapi kenapa Thaqif boleh buat dia jadi tak keruan sebegini?

Her Captain [OG]Where stories live. Discover now