"DAH berapa tahun kau tunggu? Berjanggut belum?" Sapa Elnaura sebaik sahaja memasuki laman kafe tersebut. Disampingnya turut juga disertai oleh Daisha memandangkan Thaqif memintanya untuk datang bersama teman. Katanya tak manis kalau berjumpa lelaki perempuan macamtu.
Dalam berdua kan ada yang ketiga.
Paparan skrin diatas direnung seketika.
El's cafe.
Cantik. Hiasan dalaman pun nampak simple tapi selesa. Pandai Thaqif cari tempat. Mungkin kebetulan sahaja tempat yang dia pilih tu menarik.
"Assalamualaikum" Pintas Thaqif. Soalan yang dilontarkan Elnaura dibiarkan tidak dijawab. Nanti kalau balas kan bergaduh pula.
"Waalaikumsalam" balas Daisha.
Elnaura pula sudah membuat muka menyampah. "Waalaikumsalam. Kau memang nak perli aku kan? Mentang mentang aku lupa bagi salam, kau perli aku kan?"
"Mana ada aku perli kau, Elnaura—"
"Ah tak kira. Nak perli cakap sajalah. Belum tunang lagi dah cari gaduh. Disebabkan kau dah buat hal dua kali. Dua benda kau kena belanja aku harini. First, Ice blended coklat. Kedua, makanan. Tapi aku nak kek coklat lah kot. Nampak sedap.." kata Elnaura yang selamba sahaja mengatur kemahuannya. Thaqif dihadapan mengangguk tersenyum lalu berdiri menuju ke kaunter.
"Er.. kau nak order juga ke? Bagitahu je Thaqif, dia memang hidupnya murah hati. Suka belanja orang" perli Elnaura.
"Aku dah kenyang la. Tadi kan dah makan roti canai. " Kata Daisha sambil menggeleng kepalanya perlahan. Sosok badan Thaqif dari belakang diperhatikannya.
Not bad.
Macam apa yang tunang dia perkatakan, Thaqif memang nampak matang untuk Elnaura yang agak kebudak budakan.
"Nak order ice blended coklat satu dengan a slice of chocolate cake satu. Yangni." Kata Thaqif sambil jari telunjuk dihalakan ke salah satu kek yang berada di sebalik cermin lutsinar tersebut.
Penjaga kaunter lelaki itu mengangguk. Tangan ralit menekan nekan papan kekunci komputernya sebelum dia menyatakan jumlah amaun yang perlu dibayar.
Belum sempat Thaqif menghulurkan kad debitnya, Elnaura terlebih dahulu menyaingi tindakan lelaki itu dengan menghulurkan kad debitnya juga kearah penjaga kaunter tersebut.
"Err..."
"Guna saya punya." Pintas Elnaura kepada penjaga kaunter tersebut.
"Tak apa. Guna aku punya" pintas Thaqif.
"Aku cakap, bayar guna aku punya" tegas Elnaura. Dia memang pantang kalau ada yang membantah arahannya.
"Tak apa. Kan ini hukuman untuk aku.."
"Mana boleh. Kau dah tolong aku tukar tayar pancit kelmarin kan. Anggap lah aku terhutang budi " balas Elnaura kembali. Taknak mengalah. Dia sebenarnya bukanlah nak sangat pun dibelanja. Dia sengaja menyuruh itu ini hanyalah sekadar untuk menyakitkan hati lelaki itu.
"Ni aku ikhlas.." kata Thaqif. Kad debit gadis itu ditolak lembut.
"Aku pun ikhlas lah. Aku main main je minta kau bayarkan. Nak serius sangat tu kenapa?" Ujar Elnaura. Bibirnya digigit geram. Daisha dibelakang mereka sudah terdiam. Dia juga agak terkedu dengan situasi sekarang. Elnaura memang begini. Keras kepala...
Penjaga kaunter yang dihadapan mereka itu terkebil kebil seketika. Matanya merenung kedua dua kad debit dihadapan.
Teringat pula dekat satu lagu ni.
YOU ARE READING
Her Captain [OG]
General FictionSETELAH beberapa tahun tidak bersua muka, Elnaura Faiha dipertemukan kembali dengan crush lamanya, iaitu Thaqif Mikael yang juga merupakan rakan sekelasnya selama lima tahun berturut turut. Entah apa yang meracau jiwa lelaki itu sehingga sanggup me...