LELAKI yang berada disebelahnya itu dia jeling tajam sebelum dia bertindak untuk mengabaikan sahaja kehadirannya di tempat kubikalnya. Lelaki itu ialah Encik Khairul yang merupakan salah seorang rakan sekerjanya.
Dah ada isteri tapi masih suka menggatal dengan perempuan lain. Redflag man ever.
"Lepasni kita lunch sekali jom? Daisha tak datang kerja lagi kan harini? Kesian pula awak makan seorang seorang." Tanya Encik Khairul dengan riak tidak tahu malu. Pertanyaan itu tidak berbalas. Elnaura hanya mendiamkan diri sahaja. Malas nak layan lelaki miang ni.
"Saya tanya ni... Takkan bisu kot"
"Kalau bisu pun kenapa? Ada masalah ke? Saya sibuk ni, Encik!" Tegas Elnaura. Tangannya ralit menekan papan kekunci laptopnya. Nak edit gambar klien pun tak senang.
"Lah kan saya tanya elok-elok, jawab lah elok-elok juga. Harap muka je cantik, perangai kasar—"
"Lantaklah" bidas Elnaura membuatkan Khairul berasa panas hati. Lelaki itu kemudian bertindak mengepal tangannya dengan kuat, sedikit sahaja lagi mahu melepaskan tumbukan pada wajah cantik Elnaura.
"Eh Nauraa, I am backkk" Sergah Daisha dari belakang secara tiba tiba telah berjaya menyentakkan encik Khairul. Untunglah gadis itu sempat sampai sebelum ada peperangan dunia ketiga berlaku di pejabat. Jangan pandang rendah pada Elnaura. Setakat gaduh bertumbuk ni bukan lawan dia.
"Macam mana honeymoon? Semua okey ke? Bukan ke kau cuti sampai esok?" Tanya Elnaura.
"Okey je. Memanglah esok tapi Emir ni baru perasan yang harini dia dah nak kena masuk mengajar balik. Cuti dia sampai semalam je. Itu yang aku pun datang kerja juga. Taknaklah duduk rumah sorang-sorang." Kata Daisha. Kerusi ditarik mendekat sebelum dia melabuhkan duduknya.
"Lah manja betul eh lepas dah bergelar isteri orang. Nak duduk rumah sorang-sorang pun tak boleh." Ejek Elnaura bersama senyuman sinis. Kehidupan orang single ni kalau kena kurung dalam bilik 24jam pun tak ada masalah selagi ada telefon dan bekalan makanan yang cukup bersama.
"Eleh cakap orang, nanti kena kat batang hidung dia baru tahu" bidas Daisha.
"Belum kena lagi. Werk" balas Elnaura. Lidahnya dijelir sedikit kearah Daisha tanda jengkel. Kaki yang panjang itu disilangkan. Nampak lah slay sikit.
"Cakap besar. Ceh.."
"Biarlah. Mulut aku, bukan mulut kau. Hah kau dah breakfast belum? Mummy aku ada bagi bekal karipap. Ni ada lebih." Bekas Tupperware dihulur mendekat.
Daisha menarik senyuman meleret. Dah mula dah drama gedik dia. "Hehehe aku sebenarnya dah kenyang, Emir dah masakkan tadi sebelum dia pergi kerja. "
Elnaura menjulingkan matanya keatas. Menyampah pula rasa.
Seketika bahunya ditepuk kasar oleh Daisha lantas sahabatnya itu senyum tidak bersalah. "Ha kau bila lagi nak follow kitorang rapat rapat? Nanti nak buat double date lagi, family day ke? Lepastu boleh hantar anak masuk tadika sama-sama. Kan best tu?" Pujuk Daisha.
Sekali lagi Elnaura menjulingkan bebola matanya. "Kau sabar boleh tak? Sabarlah, aku ni muda lagi."
"Kita sama umur je la, beb"
"Umur hanyalah angka. Jiwa aku ni lagi muda dari kau." Balas Elnaura laju.
********
TERTELENG teleng muka Elnaura yang cuba mengintai keadaan disebalik pagar rumah yang tinggi itu. Nak tekan butang loceng tapi segan lah pula. Macam mana kalau Thaqif ada dekat rumah sekarang? Malas lah aku nak jumpa encik tunang tu. Nanti ada saja benda yang dia nak kenakan aku depan mak bapak dia.
YOU ARE READING
Her Captain [OG]
General FictionSETELAH beberapa tahun tidak bersua muka, Elnaura Faiha dipertemukan kembali dengan crush lamanya, iaitu Thaqif Mikael yang juga merupakan rakan sekelasnya selama lima tahun berturut turut. Entah apa yang meracau jiwa lelaki itu sehingga sanggup me...