BAB 03

30 11 0
                                    

Terkocoh-kocoh aku berlari ke arah dewan tuisyen aku. Ughh mana taknya!Tuisyen pukul 8 sekarang ni nak dekat 8 setengah! Dahlah aku pelajar baru.

Haihh

"Okay semua buka buku teks muka surat---"

TOK! TOK! TOK!

"Masuk." Laung cikgu yang bernama Hayati untuk membenarkan seseorang yang diluar masuk.

"Assalamualaikum cikgu. "Aku tersenyum menampakkan barisan gigi aku. Rasa agak memalukan sebab aku sorang je yang datang lambat! Yang lain aku nampak diorang yang sudah berada di meja.

"Waalaikumusalam... Ini pelajar baru ye? "Aku mengangguk sambil berjalan ke arah cikgu. Macam aku cakap tuisyen ni dah macam dewan kuliah universiti dah. Dalam ni sahaja ada hampir seratus orang pelajar.

" Okay boleh perkenalkan diri awak. "Aku mengangguk dan mengambil mikrofon yang dihulurkan oleh cikgu Hayati.

"Kepada sesiapa yang belum tahu nama aku. Nama aku Adel. Boleh panggil Adel." Aku mengatakan itu sambil mata melirik ke arah kawan-kawanku yang berada di barisan belakang yang hanya senyum dan melambaikan tangan mereka ke arahku.

Lirikanku terhenti apabila seseorang mengangkat tangan seolah-olah ingin menanyakan soalan.

"Nama panjang tak ada eh? "

"Adilia."

"Itu sahaja? "Aku hanya mengangguk. Aku melihat ramai pelajar yang berbisik sipi-sipi sahaja kedengaran seperti

" oh nama dia Adilia. Aku ingat Adel ke Adela takpun Adelah. Rupanya Adilia. Asal lah nak sorok sangat nama tu. Macam sedap sangat. "Sinis sahaja suara itu membisik dengan rakannya.

"Tahu nama pendek sudah cukup daripada tahu nama panjang. "Semua orang hanya memandangku pelik. Mungkin kerana kebiasaan pelajar akan memperkenalkan nama penuh mereka, tapi bagi aku tak. Aku lebih suka dengan nama itu.

"Okey Adel kamu boleh duduk di barisan belakang sana. "Cikgu Hayati menunjukkan meja yang berada di sebelah kawan-kawanku. Susunan meja yang berada di dalam ni memang akan mengikut barisan. Contohnya cikgu akan mengarahkan semua pelajar untuk memenuhkan ruang hadapan dahulu supaya terlihat kemas dan teratur.

"Weh mantap. Kita cukup 5 dekat sini. Tak adalah berjauhan. Nasib baik lah cikgu suruh aku duduk barisan ni. "Kataku meletakkan beg di atas kerusi sambil mengambil buku Sains dan terus memandang ke arah hadapan.

"Del asal kau lambat? "Soal Ariq yang berada di sebelah kiri Khawla.

"Cerita dia macam ni--"

"Okey soalan pertama siapa yang nak jawab? "

"Weh alamak. Dah tanya soalan bhai. Cepat betul aku pun belum bukak buku lagi. "Kalut aku membuka muka surat yang dipelajari waktu sekarang. Habislah jangan tanya aku sudahlah. Pishang aku nak jawab.

"Tak yah risau. Hariz cakap cikgu memang akan tanya dulu soalan minggu lepas sebelum masuk bab seterusnya. "Kata Khawla membuatkan aku mengangguk lega.

Khawla yang melihat reaksi kawannya itu hanya menggelengkan kepala perlahan. Faham dah dia dengan kawan dia sorang ni. Memang gelabah tak tentu pasal kalau cikgu dah mula tanya soalan.

"Baiklah itu sahaja untuk kelas sains kita. Untuk pelajar baharu. Saya ucapkan selamat datang dan saya harap korang semua dapat membantu mereka apa yang mereka terlepas. Itu sahaja daripada saya, Terima kasih. "Cikgu Hayati meminta diri terlebih dahulu sambil menyelitkan pesanan masyarakat.

Yeah welcome wish. Sorry but not sorry aku taknak pun tuisyen ni. Tuisyen antara tuisyen paling strict yang paling aku jumpa lebih daripada strict parents pun ada. Sampai ada pelajar yang stress belajar dekat sini dan sanggup tukar tuisyen. Tapi strict pun bukanlah strict sampai semua tak boleh buat cuma tuisyen ni macam strict masa. Kalau tak ikut memang kena tindakan disiplin. Penat woo. Aku ni baru sehari belum lagi berbulan.

MR. HEADMASTERWhere stories live. Discover now