BAB 10

16 4 0
                                    

Tengku Arsyad membuka pintu kereta milikku.

"Cepat keluar Adilia. "

"Taknak! Malulah! Aku dahlah pakai macam ni pastu kau bawak pergi restaurant mewah macam ni. Malulah. Bawak jelah pergi mamak kan senang. "

"Mamak dekat sini kebanyakan non-Muslim punya. Kau nak makan yang Halal ke Haram. "

"Halal. Tapi ----"

"Tak ada tapi-tapi. "Tengku Arsyad menarik pergelangan tanganku yang dilapik baju tidurku.

"Haram lah Arsyad. "

"Yang haram ni kau taknak pulak. Yang kedai haram kau nak pulak. "Dia menarik tanganku sehingga ke muka pintu restaurant mewah itu.

Tengku Arsyad membuka pintu restaurant itu kemudian menarikku untuk masuk ke dalam.

Disebabkan tubuhku yang kecil. Aku hanya menyembunyikan diriku dibelakang tubuh Tengku Arsyad. Aku memegang baju milik Tengku Arsyad sambil berjalan mengikutinya.

Apabila aku ternampak beberapa orang sedang merakamku. Aku terus menyembunyikan diriku lebih rapat dengan Tengku Arsyad.

"Arsyad. Ada orang rakam lah. "Bisikku kepada Tengku Arsyad.

"stop recording us. "Dingin suara Tengku Arsyad. Dengan terketar-ketar lelaki yang merakam kami itu terus berhenti daripada merakam begitu juga dengan yang lain.

"Jangan takutlah. Diorang tak berani nak viralkan pun kalau diorang dapat. "Tengku Arsyad menarik sebuah kerusi lalu mempersilakanku duduk.

Aku hanya tersenyum kecil kemudian menduduki kerusi yang dipersilakan oleh Tengku Arsyad.

Aku memandang ke arah sekelilingku.

"Diorang kenal kau ke Arsyad? "Soalku.

"Siapa? "

"Tu. Perempuan yang dekat bahagian tingkap tu. Kenapa dia pandang kau semacam je? "Ujarku kemudian Tengku Arsyad melihat ke arah tempat yang aku beritahu.

"Entah. Aku hensem sangat kut. Sebab tulah diorang pandang aku tak lepas. "Kata Tengku Arsyad sambil mengangkat keningnya dan tersenyum nipis.

"Eleh. Berlagak. Kalau kau hensem dah lama aku jatuh hati dengan kau! "

"Betul ni tak jatuh hati dengan aku? "Aku mengangguk berkali-kali.

Tengku Arsyad bangun daripada duduknya kemudian berjalan ke arahku.

"Are you serious? "Dia mendekatkan wajahnya ke wajahku. Hampir sahaja nafas kami ingin bertembung. Terasa seperti duduk di bawah sinar matahari. Kulit wajahku berbahang menimbulkan tona warna merah yang melitupi kulit asalku.

Pelayan perempuan yang bersut hitam menghampiri kami dengan membawa sedulang makanan.

Aku hanya tersenyum ke arah pelayan wanita itu sebelum dia meminta diri. Tetapi tidak pula bagi Tengku Arsyad yang setia memandang wajahku tidak lepas.

Tiba-tiba terdapat sesuatu yang melilit di leherku.

"Rantai kau. Terjatuh tadi. "Ujarnya kemudian duduk semula ke tempat asalnya.

"O-oh. Thank you. Nasib kau jumpa. "

'Macam mana pulak aku boleh tak perasan yang rantai kesayangan aku ni tak ada dengan aku. '

"Sorry sebab aku ternampak gambar yang ada dekat rantai tu. Itu gambar mummy kau ke? "

"Tak ini gambar aku dengan mama aku. "Aku memperbetulkan gelaran mamaku. Supaya dia tidak salah faham.

MR. HEADMASTERWhere stories live. Discover now