Sehabis sahaja perlawanan tadi, semua pasukan akan diberikan tempat rehat terlebih dahulu sebelum berganjak ke tempat makan. Aku menyuruh Xaviera dan Khawla untuk balik terlebih dahulu supaya tidak terlalu lama untuk menunggu aku.
Benda pertama yang aku buat selepas masuk dalam bilik semestinya lah bilik air. Dah tak ada tempat lain aku nak tuju.
Lima minit kemudian baru aku rasa nak keluar.
"D. Jom, dia orang dah ajak pergi restaurant. "Aku menganggukkan kepala aku. Telefon bimbit aku yang berada di atas meja aku capai.
Keluar sahaja daripada bilik, terlihat mereka bertiga sudah menunggu kami.
"Dah jom." Ajak Rey.
Sepanjang perjalanan itu aku hanya selesa mendiamkan diri lain pula dengan Bob, Jess dan Rey mereka memang suka sangat bercakap apatahlagi bergosip.
"D, kau sekolah dekat mana?"
"IEHS. "Singkat sahaja jawapan yang keluar dari bibir mungil aku.
"IEHS macam pernah dengar. Ohh, International elite highschool?" Aku mengangguk.
"Kaya gila kau! "Aku hanya mengabaikan apa yang dikatakan oleh Rey. Bukan aku yang kaya, tapi bapa aku yang kaya. Aku? Kalau ditinggalkan tengah jalan dengan tangan kosong pun tak tahu nak buat apa. Bukan banyak pun duit aku hanya pandai menghabiskan duit bapa aku aje.
"Hmm. Nasib aku lah harini kena palau dengan budak comel. "Balas Rey dengan nada yang sendu.
"Cehh kau. Dasar gatal. "Jeling Jess tajam. Baru jumpa nak menggatal.
Aku memerhatikan sekeliling kawasan aku. Tanah dia luas dihiasi dengan pelbagai bunga hidup. Aku tak tahu apa nama dia, yang aku tahu bunga tahi ayam. Yang bunga dia warna kuning lepastu tengah dia tu warna coklat yang itu kan?
Sampai sahaja di meja makan. Rey terlebih dahulu mencalonkan dirinya untuk mengorder makanan disitu.. dia cakap.
"Biar aku order. Aku tahu apa makanan yang sedap dekat sini yang bestseller punya."
Alkisahnya kami hanya membiarkan dirinya membuat pesanan tanpa menyoalkan apa yang kami inginkan. Sejurus itu dia memanggil waiter kemudian memberitahu kepada waiter lelaki itu makanan yang ingin dipesannya.
Aku tak dapat dengar sangat apa yang dipesan jadi aku biarkan ajelah dengar tak dengar, mungkin apa yang dipesannya semua itu sedap belaka.
Telefon bimbit milik lelaki di sebelahku berbunyi menandakan panggilan masuk. AJ. Dia beredar daripada situ untuk menjawab panggilan.
Telefon bimbit berada di kocek seluar aku diambil. Aplikasi instagram dibuka. Cepat betul viral. Terselit sekali gambar aku yang sedang bermain dan mengambil hadiah.
Hatiku berdesis. Haraplah tak ada siapa perasan aku, kalau tidak habislah.
Itulah sebabnya yang aku pakai hoodie dengan mask dan juga kaca mata bulat. Supaya orang lain tak dapat nak mengecam aku siapa. Hanya dengan nama D sahaja yang aku dedahkan.
Ruang komentar aku masuk.
Cantiknya! Dua orang perempuan tu.
Uyyo hebatnya mereka.
Tahniah!
Uuuuu dia orang dah masuk dalam list kegemaran aku.
Comellah dia orang berdua.
Siapa fav D -------[like]
Fav Jess kumpul sini
Siapa minat AJ kumpul sini