BAM!
Pintu bilikku dibuka kasar daripada bahagian luar.
Haih. Dasar bajet. Tengok sesenang gitu je dia terjah.
"Voi! vieni con me adesso. "Laung lelaki itu kuat sambil ingin menarik tangan Laurya tetapi di tahan olehku.
"Don't touch her. "Aku memegang tangannya lalu memulas dengan kuat sehingga dia menjerit kesakitan.
"Who are you! Give me her to me! "Lantang suaranya bercakap.
"Never."
"Tch.. Malaysian girl... don't interfere in my business.. "
Aku menyorokkan tubuh badan Laurya di belakang ku.
"Fight me first. "Cabarku.
Dia mendekatiku dan bersiap sedia untuk memulakan serangan. Aku terlebih dahulu melayangkan tumbukan ku di muka lelaki itu. Malangnya serangan itu sempat ditangkap olehnya.
Lelaki itu membalas seranganku dengan menumbuk di bahagian pipiku. Aku mendesis kesakitan.
Darah yang mula mengalir daripada bibirku aku mengesat kasar.
Aku mula menyepak di bahagian kakinya. Dia mula menunduk mendesis kesakitan.
"Rico quickly take the girl. "Aku memandang ke arah lelaki yang berada di luar daripada bilik.
Mungkin kawannya kut.
Secara refleks nya aku terus menyepak bahagian pinggang Rico bertubi-tubi sehingga dia tidak boleh bangun daripada baringnya
Aku melihat rakan Rico yang segera berlari ke arah Laurya. Aku terus memeluknya dari di apa-apakan oleh mereka.
Baru sahaja zander yang merupakan kawan kepada Rico itu ingin menyepak tubuh belakangku. Seseorang cepat menghalangnya.
"You touch her! I swear you will never go back to your home. "Dingin nada suara Tengku Arsyad.
Tengku Arsyad membuat serangan bertubi-tubi membuatkan Zander tumpas jatuh ke lantai.
Tengku Arsyad memandang pula ke arah zander tajam.
"I count to three. "Ugut Tengku Arsyad dingin tetapi tegas dan keras.
" one. "
Tiada berlaku perubahan pada Rico sama ada ingin melarikan diri atau pun tidak.
"Two."
Sedar akan ugutan yang diberi Tengku Arsyad. Rico dengan sedaya upaya membangunkan dirinya.
"Three."
Terlambat.
"Late."
Tengku Arsyad terus memukul pundak kepala Rico menggunakan kayu yang dibawa oleh Zander membuatkan Zander jatuh tersungkur ke lantai.
Seram mat. Ini mahu kalau jadi aku ni. Tak ke naya hidup. Desis hatiku.
Selesai sahaja dari pertarungan itu. Tengku Arsyad menghampiri kami berdua.
"Kau okey tak? "Aku membuatkan simbol Thumbs Up kepada Tengku Arsyad menandakan keadaan aku baik-baik sahaja.
Alah setakat darah dekat bibir je pun. Tak ada hal lah.
Melihat bibirku yang berdarah Tengku Arsyad mengambil sapu tangannya yang berwarna 'Royal blue' lalu memberikannya kepadaku.
Aku mengambilnya. " Thanks. " tapi sumpah aku tak minta pun. Sambung ku di dalam hati.