BAB 09

12 4 0
                                    

Aku menutup pintu kereta milik Tengku Arsyad kuat. lepaskan sekali kegeraman yang terbuku dalam hati.

Kereta yang meluncur pergi meninggalkan aku yang keseorangan di tepi jalan ini dipandang sekilas lalu.

"Pergilah pergi! Aku kesah apa! Tak kesah pun! Erghhh! Geramnya! "Mataku kemudian menyepak batu-batu yang berada di jalan.

Telefon yang berada di dalam poket seluar aku ambil.

"Aduh dah lah hutan! Kau jangan cakap tak ada line sudah lah aku bayar kau mahal tau! Kau ingat apa! "

Aplikasi grab aku buka. Seperti yang dikatakan di sekitar kawasan yang aku berada tidak mempunyai rangkaian internet sama sekali.

"Huwaaaaa.. Arsyad tolong ambil aku balik... "

Kawasan yang semakin gelap itu aku menyuluh kan cahaya 'flash light' daripada telefon bimbitku.

Ini kalau aku salah suluh ni. Marilah aku kalau benda tu ikut aku balik. Dahlah gelap. Kalau boleh nak je report suruh letak lampu, biar letak LED terus, nanti senang nampak dari hujung sana ke hujung sini. Mudah lah sikit.

Sedang aku berjalan untuk balik ke hotel. Bunyi sesuatu membuatkan aku berpaling ke belakang.

"Masuk. "

"Kalau tak nak? "

"Aku cakap masuk adel. "

"Pergi jelah balik! Kau ingat aku kesah? Tak kesah pun!"

Kereta yang dipandu Tengku Arsyad hanya mengikuti sahaja aku. Kalau aku berjalan dia ikut jalan kalau aku berhenti dia berhenti.

"Adel masuk sekarang! "Tegas nada suara Tengku Arsyad.

Suruhan Tengku Arsyad langsung aku tak endahkan.

"Jangan sampai aku dukung kau! Putri Nur Adilia! "Ugut Tengku Arsyad.

Eleh kau ingat aku takut. Lai lah sini kalau berani!

Aku terhenti apabila kereta yang berada di sebelahku ini berhenti serta merta. Namun aku tetap kuatkan hati untuk terus berjalan tanpa berhenti.

"Adel. "Panggil Tengku Arsyad.

Dia turun daripada keretanya kemudian dia berhenti di hadapanku. Menghalang laluan untuk aku teruskan berjalan. Bila aku ke kanan dia ke kanan. Bila aku ke kiri dia pun ke kiri.

"Tepi lah! "

"Jangan nak jadi manja boleh tak?! "Soal Tengku Arsyad bernada dingin tetapi terselit ketegasannya.

"Kau nak aku dukung kau atau kau jalan masuk dalam kereta? "Sambung Tengku Arsyad lagi.

"Satu... "

Tiada perubahan.

"Dua... "

"Dua suku. Dua setengah. Dua empat puluh lima. "

"Tiiiiii---"

"Ish yelah-yelah nak masuklah ni! Sibuk je pergi jelah balik! "Dengan pasrah nya aku memasuki semula ke dalam kereta milik Tengku Arsyad semula.

Ikut kata hati nak duduk belakang tapi bila nampak gaya Laurya macam dah nak terbaring untuk tidur aku hanya pasrahkan hati untuk duduk di bahagian depan.

Hanya bunyi cengkerik menjadi hiburan saat ini. Tiada walau sepatah keluar daripada mulut masing-masing. Ikut kata lain sorang menyampah. Sorang lagi ikut kau lah.

Sampai sahaja di perkarangan rumah yang dikatakan Tengku Arsyad. Tengku Arsyad terlebih dahulu memarkir kan keretanya di dalam garage.

Rumah ni tak terlalu besar dan tak terlalu kecil lah bagi aku. Maybe sederhana.

MR. HEADMASTERWhere stories live. Discover now