BAB 23

7 3 0
                                    

"Apa korang buat dekat dia? "Soal Faiz.

"Siapa? Adilia? "Soal Ariq kemudian tertawa kecil.

"Tadi aku minta dia belanja. "

"Minta belanja mat! Pandai kau eh pau perempuan! Patutnya kau yang belanja dia. "Balas Megat Harraz pula.

"Takdelah sebab tadi aku ajar dia maths. Cikgu tu marah dia.. Cikgu tu suruh lah aku yang ajar dia.. Pastu aku apa lagi minta upah lah. Alhamdulillah kenyang perut aku. "Balasnya. Sedar akan pandangan tajam seseorang.

"Alah Arsyad minggu ni aje.. Lagipun nanti kan kau ambil alih pula.. Bolehlah simpan duit untuk minggu ni. "Sambungnya lagi.

"Lepas ni suruh dia belajar dengan aku." Balasnya, kemudian menghirup espresso miliknya.

"Eleh jeles lah tu kau! "Usik Megat Hariz..

"Waktu rehat jumpa aku dekat library. "Ariq hanya mengangguk setuju. Cehh! Jeles punya hal!

"Kau pula buat apa dekat dia? "Soal Faiz dengan nada berbisik. Noah mengangkat bahunya tanda tidak tahu.







"HAH! Termenung apa tu?" Automatik aku mengurut dada apabila dikejutkan sebegitu. Cubitanku laju bertindak, terdengar suara ringisan daripadanya. Padan muka siapa suruh sergah orang macam itu!

"Sakitlah! Dahlah cubit kau macam ketam!" Cebiknya sambil menggosok kawasan yang dicubitku.

"Tak ada kerja kau ni! Nak sergah aku gitu." Balasku.

"Eh kau nak dengar cerita tak?" Dia duduk di bahagian sebelahku yang kosong.

"Ha fasal apa pulak kali ini?" Soalku. Dah terbiasa dengan gosip-gosip daripada mulut budak ni. 

"Kau tahu budak perempuan silver tu, dapat nombor faiz yang baru masuk." Katanya teruja. Gaya macam dia pulak yang dapat.

"Lepastu kau nak aku buat apa?" Soalku selamba. Yelah kalau dia bagitahu aku fasal itu pun apa yang aku dapat bantu kan? Hanya dapat melihat dan mendengar sahaja tentang mereka.

"Aku nak jugak macam tu sudah lah hensem! Baik! Kaya! aaaaa nak angat-angat."Ya Rabbi budak ni kalau berangan memang tak tengok orang sekeliling. Dalam kelas aku pun ramai lagi yang hensem daripada dia. Ariq pun boleh tahan.

"Dari banyaknya insan didunia." Tanpa sedar mulutku laju menyanyikan bait-bait lagu daripada akhir tak bahagia. Cepat-cepat tanganku menutup mulutku.

"Kau perli aku eh!" Jelingnya tak puas hati.

"Eh, mana ada! Aku tak sengaja. Mulut aku tiba-tiba nak nyanyi lagu tu." Dia menjelingkan matanya ke atas.

"Eh tapi itu bukan pengakhirannya. Kau tahu perempuan tu dia terus wassap nombor itu. Last-last kau tahu apa yang dia jawab." Aku tekun mendengar.

Dia mengepit hidungnya kemudian, "Mau order karpet yang mana?" sambungnya dengan suara yang dibuat sengau. Terletus ketawa kami berdua. tertahan-tahan supaya tidak terlaung kuat.

"Ya Allah malunya jadi dia." Balasku yang masih tertahan-tahan tawa. Apa punya nasiblah.

"Nasib aku tak buat first step untuk minta dia punya nombor, kalau tidak aku yang malu dulu." 

"Kesiannya dia. Mesti sekarang tengah menangis berbakul-bakul kan. " Dia mengangguk. "Tambah histeria sekali weh, Ya Rabbi. Penat aku gelak." Balasnya.

"Ha tu lah kau kena ingat, jangan buat first step sebelum orang lain takut bala yang dapat bukan kemanisan. Kesimpulannya jangan harapkan muka orang yang hensem takut nombor telefon bajet karpet."

MR. HEADMASTERWhere stories live. Discover now