BAB 06

11 4 0
                                    

Kedengaran bunyi sudu dan garfu berlaga di pinggan makan masing-masing. Kesunyian di ruang makan itu pecah apabila salah seorang menghampiri.

Lelaki itu membisik kepada Tengku Amsyar selaku ketua disitu dan merupakan bapa kepada Tengku Arsyad.

Lelaki itu memberikan sebuah envelope kepada Tengku Amsyar sebelum dia berlalu pergi dari situ.

Keadaan di ruang makan kembali sunyi seperti tadi.

'Hadoiii lah asal sunyi sepi sangat ni dah macam kubur pun ada. Ini kalau aku nak bangun ni dah sah-sah ramai orang pandang ni. Dahlah meja besar kedabak dengan panjang dia boleh tahan! Aku punya ingat dia bagi meja yang bulat-bulat tu untuk sekeluarga rupanya tidak ya kawan-kawan. Dia bagi terus nohh makan dengan semua orang dalam satu meja. Hebat! 'Desis panjang lebar hatiku. '

Baru sahaja nak masukkan tambahan nasi kedalam mulut. Seseorang yang berada di sebelahku mencuit bahuku.

"Asal? "Pelan suaraku mengatakan kepadanya.

"Prova a vederlo. ti sta solo guardando? "Dahiku berkerut. 'Apa yang dia cakap tu raju'

"Huh? "

"Quello è lui. "Katanya lagi.

"Huh? Kau nak apa ni Riz"Terkebil-kebil aku memandang ke arahnya yang sudah frust denganku. 'Tulah kau patutnya kau cakap english. Aku ni bukan warganegara sini. Aku ni Melayu tulen. Kau nak cakap bahasa alien. Baik kau pergi cakap dengan orang lain. '

Akibat kehilangan sabarnya dia menolak wajahku ke arah lelaki yang memandang tepat ke arah ku.

Dia tersenyum nipis kearahku. Kemudian aku membalas semula. Kemudian aku memandang ke arah sebelahku semula.

"Asal dengan dia? "

"Tak adalah aku cuma pelik, kenapa dia asyik pandang kau je. "Aku memandang ke arahnya tajam.

"Buruk betul perangai kau. Dah tahu bahasa Melayu kau pergi cakap bahasa alien tu buat apa celaka betul. "Marahku. Biarlah. Dapat kawan yang macam ni antara paling aku rasa nak hempuk masuk lubang jamban.

Dia menahan tawa melihat reaksiku.
"Lek lah we. Aku saja nak gurau dengan kau. Lama kan kita tak jumpa. "

"Hebat kau punya gurau sampai bahasa lain kau ambil. Memang lama lah kita tak jumpa dah kau nak berkepit je dengan awek kau. "Kataku kepada Ariz di sebelahku. Sebelum aku meminum air yang berada di atas meja itu.

Dia tertawa kecil melihat gelagat ku yang tak pernah berubah. Kerja nak mengejek je.

"Nak tahu something tak? "Soal Ariz kepadaku. Aku mengangguk laju. Bab-bab macam ni lah paling aku suka. Rahsia.

"Tengok ni. "Ariz menunjukkan jari kelengkeng nya kepadaku

"Wait what? Kau dah. "Kataku kemudian membuat simbol bersatu. Ariz hanya mengangguk.

"Serious lah! "Terkejut bukan kepalang aku melihat tapi nada suara masih boleh menahan. Lagipun ramai orang dah mula sembang-sembang ni jadi diorang takkan perasan. Budak-budak pun dah mula lari-lari bising-bising jadi tak ada masalah lah.

"Iya. Asal kau tak percaya ke? "

"Iya aku memang takleh percaya dengan kau ni. Kau demam eh? Kau nak prank aku kan senanya? "

"Kau ingat perkara ni boleh bawak main ke? " katanya. Betul jugak kan takkan lah dia nak buat gurau dengan hal yang agak serius kan. Lagipun memang tak peliklah dengan umur dia yang sudah mencecah hampir 22 tahun bila-bila masa sahaja boleh menjalinkan hubungan halal.

MR. HEADMASTERWhere stories live. Discover now