BAB 05

21 6 0
                                    

BERITA tentang kematian pemegang saham terbesar di Malaysia mengejutkan semua ahli company dan ahli cawangan kecil segera menerbangkan diri mereka ke Itali. Untuk membincangkan tentang saham akan jatuh kepada siapa. Kerana setiap ketua pemegang saham mangkat atau meninggal mereka perlu meninggalkan wasiat atau kepada siapa mereka perlu jatuhkan kuasa saham terbesar yang mereka telah pegang.

Aku membetulkan sedikit blazer hitam yang berada ditubuhku. Shawl hitam yang membalut kepalaku ditilik supaya tiada lagi rambut yang keluar.

Aku keluar daripada kereta audi TT milik keluargaku yang berada di Itali. Kamera-kamera dengan cepat mengambil gambar menyilaukan pandanganku ke arah hadapan. Aku mengenggam tanganku yang memegang sebuah bouquet bunga hidup. Dengan sedaya upaya aku tidak menutupkan mata dan berjalan ke arah hadapan.

Mataku tertumpu pada sekumpulan lelaki yang bertuxedo hitam berada di hadapan mendiang Vincent Tan Cheng pemegang saham terbesar.

Aku berjalan hingga tiba di belakang sekumpulan lelaki tadi untuk memberiku laluan. Mereka yang tersedar aku berada di belakang. Terus beranjak ke tepi bagi memberiku laluan.

Aku menaiki tangga kecil dan berjalan sedikit untuk tiba di hadapan mendiang Vincent Tan Cheng.

"Thank you for all the memories antenato. "Aku perlahan-lahan menjatuhkan lututku. Aku merapati keranda tempat moyang ku terletak. Aku mencium pipi dan dahinya.

Lama

Setitik demi setitik air mataku jatuh ke pipi. Sedih. Moyang aku meninggal sebelum bergelar Islam. Kami sentiasa memujuknya untuk memeluk Islam tetapi ditentang kuat olehnya sendiri. Dia tidak ingin memeluk Islam. Walaupun kami memeluk Islam tetapi dia tidak pernah memarah atau membenci kepada kami. Tidak berkurang walau sedikit pun kasih sayangnya kepada kami.

Aku mengangkat tangannya. Kemudian aku mencium tangannya. Vincent Tan Cheng selalu memanjakanku daripada kecil kini sudah mangkat. Perasaan sedihku membuak-buak tetapi aku dengan sedaya upaya menahannya. Tidak mahu bersedih di hadapannya. Dia selalu memesan kepadaku agar hidup terus menjadi kuat. Lagi-lagi selepas ibu kandungku meninggalkan dunia.

Aku meletakkan bunga hidup itu di pegangannya. Kemudian aku bangun.

'after my mother, you are always by my side'

Aku merenung ke arah moyangku yang sudah ingin ditutup kerandanya. Air mataku mengalir. Aku tidak mampu menahan air mataku daripada jatuh. Orang yang selalu memberiku semangat, orang yang selalu memberikan nasihat, orang yang selalu memanjakanku dan orang yang selalu melayan karenahku. Kini sudah tiada.

Aku memusingkan tubuhku ke belakang. Aku ingin pergi daripada sini. Aku berjalan hingga bertembung dengan sekumpulan lelaki tadi.

Langkahku terhenti.

Apabila ada seseorang mengenggam tanganku erat.

Aku memandang ke arahnya dengan mata yang berkaca.

"Stay. "

Aku hanya menghiraukan katanya. Aku merentap tanganku yang digenggamannya untuk berlalu pergi.

Gagal

Genggamannya sangat kemas. Sehingga tidak boleh membuatku terlepas daripadanya.

Aku dengan pasrahnya hanya berdiri di sampingnya. Dia melepaskan genggamannya tadi dan memfokuskan dirinya ke hadapan.

Aku melihat ahli keluargaku dan ahli-ahli korporat yang bukan Islam mengangkat keranda itu keluar daripada dewan ini. Mereka meletakkan mayat itu kedalam van untuk dibawa ke Nirvana terdekat bagi membakar si mayat.

MR. HEADMASTERWhere stories live. Discover now