PAP!!
Terangkat bahuku akibat terkejut. Siapa pulak yang main tepuk-tepuk meja ni? Dahlah depan aku. Atas meja aku. Tak sakit ke tangan dia tu?
"Dilarang bermain game didalam kelas."
Tegas suara itu mengatakan itu kepadaku dan yang lain."Rehat habis lambat lagi. "Aku menembak musuh-musuh yang berada di hampiri ku.
"Riq aku nampak ada orang dalam rumah tu. "Ariq tidak membalas tetapi dia terus mencari musuh yang dikatakan ku.
Arsyad dan Hariz yang berada di hadapanku sudah memandangku tajam.
Baru sahaja aku bergerak ke arah belakang. Dengan pantas aku mati akibat ditembak musuh.
"Arghh tak guna betul. Main ngendok boleh cerita lah we. Khawla kau pergi beli kad teleport. Kau naik dekat atas bumbung tu. Lagi sikit je nak menang dah. "Aku memandang ke arah skrin telefon Khawla.
"Jangan guna yang ni. Kau guna yang ni terus. Senang kerja. "Aku menekan di skrin telefon milik Khawla. Kemudian aku terus memandang ke arah dua manusia yang berada di hadapanku ini.
"Apa kau nak? "
"Jangan main game dalam kelas. "Kata Arsyad kemudian aku memandang ke arah sekeliling dewan.
"Diorang boleh je main takkan lah kitorang tak boleh. Mana adil! "Tinggi suaraku mengatakannya. Apa ni mana adil orang lain boleh kitorang tak boleh.
"Aku tak suka ahli kumpulan aku main game dalam kelas. "
"Bila masa aku kumpulan kau? "Geram aku. Tiba-tiba claim yang aku kumpulan dia. Tak boleh jadi ni.
"Cikgu Rais dah tetapkan. Dengan persetujuan semua guru lagi. Kau tak boleh bantah. "
"Mana boleh. Aku kan kumpulan dengan diorang. Aku dah duduk dekat sini. Mestilah aku kumpulan dengan diorang. Asal dengan kau pulak? "Merah mukaku menahan marah yang sekarang sudah melonjak-lonjak api kemarahan.
"Kau tetap team aku. Tak boleh tolak. Dan untuk pengetahuan kau. Diorang semua ni dah dapat kumpulan diorang sendiri. Sebelum kau sampai dalam dewan ni. "Tengku Arsyad menghalakan jari telunjuknya ke arah Khawla yang sudah memenangi perlawanan itu. Aku memandang ke arah Khawla yang membuat simbol 'peace' ke arahku.
Huwaaa kenapalah aku datang lambat. Tak datang sekali dengan diorang. Kalau tidak mesti aku dengan diorang.
"Kau mesti dah ada orang lain kan. Dengan orang sebelum ni. "
"Yes. Aku memang dah ada dengan orang lain dah sebelum ni. Tapi disebabkan cikgu sudah ubah ahli. Jadi kau akan masuk kumpulan aku. Tak akan ada sesiapa yang dapat keluar daripada kumpulan sampailah cikgu tukar ahli. "Kata Arsyad. Kemudian meninggalkanku yang sudah terpinga-pinga untuk menghadam kata katanya tadi. Tak boleh keluar. Takkanlah nak tukar pun tak boleh?
Aku hanya membiarkan sahaja otakku memikirkan semua benda itu. Aku memandang ke arah Khawla.
"Kau tak bagitahu aku pun kan!? "Kataku dengan sedikit nada kegeraman.
"Aku bukan taknak bagitahu kau. Cuma Hariz cakap jangan bagitahu kau lagi. Kalau tidak nanti mesti kau akan bantah punya. "
"Memanglah aku akan bantah kau ingat aku nak ke dengan Arsyad tu. A. K. A ketua pengawas idaman pelajar perempuan tu memang tak lah. Sakit hati yang mendapat adalah. "
"Sorrylah Dell aku tak sengaja. Bukan aku yang tak nak bagitahu kau. Diorang yang lain pun Hariz cakap jangan bagitahu kau lagi. "
"Pergilah kau. Kau ikut sangat cakap Hariz tu. Kalau dia suruh kau makan taik kau makan tak? "Soalku.