"Kenapa daddy tak pernah bagitahu El fasal semua ni!? "Tinggi suaraku mengatakan tetapi tidak menengking. Air mata yang hampir mengalir. Cepat-cepat aku kesat kasar.
"El masih terlalu muda untuk tahu semua ni. " El Allende mengusap lembut kepalaku yang dilitupi shawl berwarna hitam.
"Tapi kenapa daddy sorokkan semua ni daripada El. Kenapa? El dah besar daddy. Daddy tak pernah nampak semua tu. Yang daddy hanya nampak hanyalah kerja daddy je. "Tinggi suaraku.
"Dad--" belum sempat El Allende ingin menyambung percakapannya seseorang memotong percakapannya.
"Uncle yang suruh daddy El rahsiakan semua ni. "Tengku Amsyar yang baru sahaja tiba dia terus menghampiri kerusi bersebelahan El Allende.
Aku memandang tepat ke arah Tengku Amsyar. "Tapi kenapa? Kenapa El tak boleh tahu? Macam mana uncle boleh tahu. "Banyak persoalan yang tersimpan di dalam otakku pada waktu ini.
"Daddy El sendiri dah jawab. Macam mana uncle boleh tahu? Uncle dengan daddy dan mama El rapat sangat dah macam keluarga. Ada masalah sama ada daripada syarikat atau perkara yang lain uncle mesti kena ada dengan diorang. Tak boleh tinggal. Satu masa tu daddy El cakap yang Tengku Raisya dah tiada. Kami dah cuba sehabis baik untuk mencari dari mana semua tu berlaku. Tapi waktu tu Reinz dan El banyak berlaku masalah sampai kami gagal nak cari. "
"Lepas dari kejadian tu. Daddy nak buat yang terbaik untuk El dengan cara daddy kahwin dengan mommy supaya El tak hilang kasih sayang seorang ibu. Daddy dah cuba setia dengan mama tapi daddy tak boleh tengok El yang keseorangan tanpa sosok seorang ibu. "Sampuk El Allende.
Aku hampir ingin menghamburkan tawa mendengar apa yang dikatakan oleh El Allende.
"Kasih sayang seorang ibu? Mungkin hanya kasih sayang daripada arwah mama je kut yang El dapat. Cuba daddy fikir balik. "El Allende tersenyum nipis mendengarkan apa yang dikatakan anaknya. Bukan dia tidak tahu isteri keduanya itu, terlalu sibuk tentang pekerjaannya.
"Daddy. El nak tanya? Sekarang El dah besar ke belum? "
"Anak daddy dah besar. Anak daddy lebih matang daripada yang daddy sangka. Kadang-kadang daddy selalu fikir tentang apa yang daddy pernah bagi dekat El. Daddy cuba untuk luangkan masa dengan El tapi daddy tak boleh. Daddy rasa gagal jadi seorang suami kepada arwah mama mahupun daddy kepada El sendiri. "
Aku mengangguk faham.
"Baguslah kalau Daddy sendiri rasa macam tu. "Aku bangun daripada dudukku. "El nak tidur. Penat. El pergi dululah ye daddy, uncle. "
Tanpa mendengar balasan daripada mereka aku terus berlalu pergi meninggalkan mereka yang berada di situ.
Sampai sahaja kereta Tesla yang jelas-jelas menulis Uber di setiap pintu kereta. Beg galasku diletakkan di bahagian tepi tempat dudukku.
Sampai sahaja di hadapan hotel bajet yang aku pesan. Ak lupa untuk mengambil beg galasku dan membayar terlebih dahulu sebelum keluar daripada kereta Uber itu.
'Bajet pun bajet lah. '
Dengan hati yang berat aku memasuki ke dalam hotel.
'Wah bajet pun dah macam mewah dekat sini. Apatah lagi kalau hotel mewah en. Tak sia sia duit aku melayang dekat hotel bajet ni. Nice. '
"Welcome miss. "Aku mengangguk dengan senyuman.
"Check-in."
"Can i check your booking? "
"Oh sure. Wait a minute. "Aku mengambil telefon yang berada di dalam kocek seluarku. Kemudian membuka Gmail dan menunjukkan slip pembayaran kepada penjaga kaunter.