BAB 32

3 0 0
                                    

Tiada satu pun gaun pengantin yang berkenan di hati aku. 'Semua baju dah macam Cinderella. Nak nikah je pun bukan nak pergi majlis diraja.'

"Ada tak?" Soal Tengku Arsyad di sebelahku.

Aku menggeleng. "Tak minat lah. "

"Excuse me?" Tengku Arsyad di sebelahku memanggil salah seorang pelayan perempuan. Wanita itu menghampiri kami.

"Yes Sir? What can I help you?" Soal wanita itu.

"Find the dress she want. "Balas Tengku Arsyad sebelum membawa diri ke salah satu sofa di bahagian tengah itu. Wanita itu beralih menghampiri aku.

"Ummm. Saya nak pattern yang sederhana aje tak nak yang jenis kembang-kembang. Kalau boleh nak yang macam baju kurung melayu klasik." Terangku.

"Oh. Kalau macam itu, boleh ikut saya. "Arahnya. Aku berjalan membuntutinya.

"Yang ini okey ke dengan miss?" Soalnya sambil menunjukkan kurung putih itu. Kepala aku geleng. Bukan yang aku nak.

"Ini?" Geleng.

"Kalau yang ini?" Jawapan tetap sama.

"Ini. "Geleng juga.

"Mungkin yang ini sesuai dengan miss?" Aku angguk. Akhirnya jumpa pun yang aku nak.

"Kalau macam itu kami akan sekalikan dengan baju pengantin lelaki. Jadi miss boleh tunggu dekat depan sana dulu lah ye. "Aku angguk. Kaki berjalan menghampiri sofa yang diduki oleh lelaki itu.

"Kau ni bab pakaian pun cerewet juga. "Sinis suara Tengku Arsyad berkata.

"Kalau tak cerewet baju lusuh pun aku boleh pakai. "Jawab aku selamba.

"Tch!" Dia berdecit perlahan.

Selang seminggu. Kini aku berada di bilik aku. Xaviera yang ke hulur ke hilir mengambil peralatan make up aku di pandang sekilas.

"Viera aku tak nak pakai kening tau. Bulu mata kalau boleh nak pendek aje. Lipstick tak payah tebal tebal sangat. Foundation pun jangan tebal sangat. Aku nak yang neutral aje. "Kata aku sambil melihat diri aku di dalam cermin.

Tangan Xaviera yang elok ingin meletakkan foundation terhenti. "Aku tahu lah. Kau ingat aku nyanyuk? Berapa kali kau ulang ayat sama nak muak aku dengar. Cuba cakap benda lain sikit. "Aku tersengih ke arahnya. Memang betul pun hampir sepuluh kali aku kata benda yang sama sahaja. Mata aku terkerling ke arah seorang perempuan yang sedang duduk atas katil dengan muka monyoknya.

"Kau ni Khawla. Asal diam semacam aje?" Soalku. Melihat dirinya hanya duduk diam dari tadi.

"Aku tak readylah. "

"Kau ni pahal? Kau yang nak kahwin ke dia yang nak? Pelik aku, kau ni!" Xaviera menggelengkan kepalanya. Concealer dicaletkan di hidung dan pipi aku. Ada ke pulak? Orang lain nak kahwin diri dia pulak yang tak sedia.

"Bukanlah. Aku tak ready, kawan aku kahwin. Yelah kita semua sama-sama rapat. Bila dah jauh rasa kosong. Sedih lah. Padahal kita ni baru 17 tahun dah nak berpisah. "Katanya dengan nada yang ingin menangis.

"Alah tak apalah. Nanti setiap minggu aku tidur apartmen tu. Aku datanglah melawat kau orang. Kau ni buat aku nerves pulak. "Entahlah kenapa dada aku berdegup kencang tiba-tiba.

"Kau rasa sempat tak nak lari?" Soal Khawla.

Xaviera mengambil bantal kecil di sebelahnya kemudian di baling tepat ke arah muka Khawla. "Kau ni en! Penat aku make up boleh pulak cakap macam tu! Tak payah nak tergoda dengan iblis ni. "

Aku menggeleng perlahan. Khawla ni memang. Kami ni rapat sangat mungkin sebab itu dia tak rela melepaskan aku kepada mana-mana lelaki.

"Kalau aku iblis kau bapak iblis. Cehh gurau pun tak oleh! Humph. "Khawla menyilangkan tangannya ke dada kemudian berpusing ke arah tepi.

MR. HEADMASTERWhere stories live. Discover now