2

13 4 0
                                    

Aku menggeliat kecil pada pagi itu. Semasa aku balik semalam, ibu dan ayah sudah tidur nyenyak. Mereka tak tahu la tu aku dah balik ke tidak.

Aku bangun dan terus membersihkan diri setelah itu aku terus menunaikan solat subuh. Selesai solat, aku kembali tidur. Tak tahu la kenapa mengantuk sangat.

"Ava. Ava dah balik ke?" kedengaran pintu bilikku diketuk dari luar.

Suara ayah kedengaran di sebalik pintu. Mendengar itu, aku terus bangkit dan membuka daun pintu.

"Keluar kejap, ayah nak bincang sesuatu" aku menggaru kepalaku yang tidak gatal dan membuntuti ayah ke ruang tamu.

Disitu ada along bersama Kak Mira iaitu kakak iparku dan Haiqal anak buahku. Tidak lupa juga ibu disitu.

"Kenapa semua berkumpul macam ada hal penting je ni" tanyaku hairan dan mengambik tempat duduk di sisi Kak Mira. Along sudah menakut-nakutkan aku dengan ekspresi seram di wajahnya. Aku jeling saja.

"Ava dari mana malam tadi? Balik pukul berapa?" tanya ayah

"Err, tak lewat pun. Tak tengok jam. Ava boleh cerita apa yang berlaku la ayah" ujarku menenangkan keadaan

"Macam ni, Ava tolong orang kena rompak semalam. Dia kena pukul, Ava tolongla bawa gi hospital and then hantar dia balik rumah sebab dia dah takda apa-apa, kosong. Habis semua kena rompak. Ava kesian ayah, Ava tolong la sebab tu balik lewat sikit" jelasku

"Betul?" ayah bertanya lagi

Aku angguk dan mengangkat tangan kanan tanda aku tidak menipu. "Betul la ayah. Takkan Ava nak menipu hal-hal macam ni" ujarku bersungguh-sungguh meyakinkan mereka.

"Sebenarnya bukan ni tajuk utama ayah bawa kamu semua kesini. Ada hal lain yang ayah dan ibu nak beritahu" nada suara ayah sudah mulai series membuatkan kami disitu berdebar-debar menanti.

"Tengah hari nanti ada keluarga orang kaya nak lamar Ava"

Serta-merta aku tersedak air liur sendiri. "Uish, nak takutkan Ava agak-agakla ayah" aku tergelak kecil untuk menyedapkan hati

"Betul. Ibu terima hajat diorang. Ava ingat lagi yang Ava kata, kalau umur Ava dah mencecah 25 tahun, ibu dan ayah boleh carikan calon suami untuk Ava" ibu mula mengungkit janji yang aku sebut 9 tahun yang lalu.

What??? Ibu masih ingat semua benda tu?? Aku menyesal sumpah!

"Alahhh, benda tu dah lama. Ava buat janji tu masa umur Ava masih mentah. Tak relevant dah" aku masih membantah.

Aku tak nak khawin! Titik.

"Masatu Ava 17 tahun. Along ingat lagi, Along ada tau masa Ava cakap tu" ujar Along

Aku melihat Along lama. Mata aku kecilkan, dan menjeling kasar. Sibuk la dia ni!

"Apa-apa pun, kita tak boleh nak batalkan sebab Ibu dan Ayah dah beri kata putus dengan orang sana. Diorang orang berada, nak tanggung malu?" Ayah bersuara lagi

"Tapi-"

"Takda tapi-tapi. Apa yang ayah dan ibu putuskan, itulah yang Ava kena terima. Ava sendiri yang janji. Kan?" mereka disitu memandang aku

Aku rasa hendak menangis sekarang ini. Jangan sampai aku lari rumah!. Eh Ava, jangan buat kerja gila!

"Ava bersiap, kejap lagi diorang sampai. Ibu nak masak dulu. Along tolong belikan bahan-bahan yang takda ya? Nanti ibu tulis" ujar ibu sudah berlalu ke bahagian dapur

Aku masih disitu merenungi lantai rumah. Apa aku nak buat ni? Aku tak nak khawin la! Aku kena buatkan lelaki tu tukar fikiran supaya dia tak setuju khawin dengan aku.

"Biar Mira tolong ibu masak" ujar Mira turut mengikut ibu

"Along, ayah ikut. Ayah nak beli kopi, kopi ayah dah habis dah kat dapur tu" ujar ayah

"Ayah duduk rumah je la, Along tahu kopi rupa dia macam mana"

"Tak pe, Along tak tahu jenama apa yang ayah minum. Nanti tak sedap kau beli" mendengar itu Along tergelak kecil kerana beberapa kali sudah dia belikan ayah kopi tetapi asyik salah jenama dan ayah kata tak sedap. Kopi yang aku beli ayah selalu puji, dia suka.

"Kalau Ava yang belikan takpa, ayah tahu sedap" aku tersenyum. Walaupun aku tak minum kopi, aku tahu citarasa ayah macam mana.

Aku terus menapak ke bilik apabila semua orang sibuk membuat persiapan. Aku mencari baju kurung ku dan menyarungkan ke tubuh. Aku memakai sedikit lipstick berwarna soft dan eyeshadow. Itu sahaja yang aku pakai untuk melengkapkan wajahku.

Nak pakai tebal-tebal buat apa. Tak pasal-pasal berhabuk rumah.

Aku terus melangkah ke dapur untuk membantu apa yang patut. Aku lihat Kak Mira sedang memotong sayur, aku bantu sekali. Potong sayur takda la susah mana.

Aku tak tahu memasak, masak benda basic aku tahu. Kalau masak benda berat-berat aku tak tahu. Benda boleh belajar, kan?

"Ava nanti bau rempah pulak" ujar Kak Mira tergelak kecil

"Biar diorang batalkan niat nak khawinkan Ava dengan anak diorang" aku tersenyum puas

"Eh apa pulak, kalau Ava berbau, Ava tukar baju lain atau mandi lagi" ujar Ibu menghampiri kami berdua

"Lah normal la anak dara bau rempah bau makanan. Itu tandanya selalu masuk dapur, kan kak mira kan?"

Kak mira hanya tersengih. "Apa-apa je la Ava. Ava pergi bersihkan ruang tamu, vacuum kan ruang tamu, spray febreeze" ibu memberi arahan

Aku berdecit. "Tak kotor pun la ruang tamu tu bu"

"Pergi sekarang. Jangan nak melawan" ibu sudah bercekak pinggang melihat aku yang tidak berganjak

Mahu tak mahu, aku pergi jua. Aku terus memvakuum dan mengemas apa yang patut. Habuk-habuk aku lap dan kusyen-kusyen aku susun kembali. Selipar di luar rumah aku susun di rak kasut.

Aku menjenguk di luar, kereta aku hilang. Ini aku geram nih!

"Ibuuu!!" panggil ku.

"iye kenapa?" ibu muncul membawa senduk di tangannya

"Along pakai kereta Ava la bu. Nanti habis minyak dia tak isi pun. Along ni!!" wajahku cemberut

Along memang begitu, dia pakai kereta aku tapi tak pernah nak isi minyak. Dia bagi duit je kat aku, suruh aku isi sendiri. Aku ni malas nak isi-isi minyak. Sangat malas.

"Alaa, nanti dia bagi duit kan. Biarkan aje" ibu kembali ke dapur menyambung kerjanya.

Ishhh!! Along ni kan!! Geram tau.

TBC

I only sleep
To dream off forever
With you

AMORIST Where stories live. Discover now