Rumah Qai itu aku pandang. Bosannya! Aku lihat Qai menuruni anak tangga. Dia hanya memakai compression shirt dan seluar tracksuit. Dia tidak memakai cermin matanya hari ini. Ini bukan Qai, tetapi Izraf.
Baju yang ketat itu menunjukkan jelas sixpack di perutnya. Berdosanya mataku.
"Usya apa?" tanpa sedar dia sudah berdiri di hadapanku
Aku hanya paras dadanya saja, tingginya mencecah 181cm sedangkan aku hanyalah kacang tanah.
"Takda, mana ada" aku menepis sangkaanya.
"Saya nak pergi jogging, taknak join?" ajaknya
Aku diam. "Malasla"
Tapi aku duduk rumah ni nak buat apa je? "Okay"
Aku menarik lengan sasa nya. Eh, ehehehe.
"Saya join, hehehe" aku berubah fikiran
"Tukar baju, takkan nak pakai baju ni" dia sudah memandangku atas bawah
Aku terus berlari menuju ke bilik untuk menukar baju. Tshirt aku pakai dan seluar tracksuit. Rambut aku ikat sanggul supaya tidak mengganggu aktiviti senamanku.
Rasanya jogging ni sekali 10 tahun aku buat sebab malas. Tcchhh.
Kasut sukan aku sarung, kain sapu aku letak kemas di leherku.
"Kita pusing sini-sini je" ujar Qai
Aku angguk. Kalau kau ajak jauh-jauh aku cepuk kau!
"jom" dia mengajakku melakukan pemanasan badan.
"Tak boleh ke kita lari terus? Leceh ar" aku tidak berpuas hati
"Nanti awak akan cedera kalau tak buat warm up. Cepat penat" ujar Qai sibuk menyilangkan kakinya
"Awak memang selalu eh bersenam?" soalku mengikut gerakannya
Dia angguk. "Tak selalu tapi ada. Saya tak rajin tapi saya paksa diri saya. Saya mestilah nak badan saya ni nampak fits supaya awak suka saya" mata dia kenyitkan ke arah ku
Badanku hilang keseimbangan. Aku hampir terjatuh namun Qai sempat menahan lenganku. Aku berdiri semula.
"Kenyit mata pun dah lemah" ujarnya sinis
"Jangan perasan eh" aku memberi amaran.
Kami meneruskan warm up dan jogging di sekitar taman. Bulatan dia tak la besar mana, tetapi Qai ni buat pusingan banyak kali. Penat aku!
"Qai, dahlah. Penat ni" ujarku
"Baru 3 pusingan la Ava, apa yang penatnya" dia memberhentikan lariannya dan menapak ke arahku
Nafas aku tidak teratur, penat woo. Dia aku nampak rilex sahaja. Ceh.
"Weh Abang Qai, lama tak nampak" seseorang menegur Qai.
Aku duduk di hadapan pagar rumah nya sebab penat tadi tak sangka orang tu kenal dengan Qai ni.
Qai senyum, wanita itu mendekati Qai. Bersinar-sinar anak matanya memandang Qai, suka le tu. Lagi-lagi Qai pakai compression shirt sekarang ni, nampak seksi.
"Abang nak masuk dulu ke? Jumpa mama papa" dia memberi tawaran
Qai memandangku. Reflek wanita itu juga memandangku.
"Eh? Ini siapa? Tak pernah nampak pun? Orang luar ke? Macam mana boleh masuk??" nadanya bertukar dari manja ke tegas
Heh? Muka aku ni macam perompak ke senah?!
"Pak Man!!!" panggilnya. Mungkin panggil sekuriti.
"Ehh Fatin. Ini Ava, isteri aku" Qai menghulurkan tangannya padaku
Aku sambut dan berdiri di sisinya. Senyuman aku hadiahkan.
"Is-isteri? Abang Qai dah khawin? Bila? Kenapa tak cakap?" bertubi-tubi soalan dia lemparkan
Aku lihat Qai sudah tidak selesa. Mungkin perempuan ni pernah sukakan dia? Kenapa tak terima, kaya dok. Rumah besar.
"Lama dah, kita jemput keluarga terdekat je masatu. Maaf tak jemput sebab tetamu terhad" Qai memberi penjelasan
Sempat aku lihat wanita itu menjelingku. "Tak kisah pun, kuota abang ada lagi 3" ujarnya tersengih
Nak aku sekeh kepala engko?
"Sayang, jomla balik. Panas la, nanti bb demam" ujarku manja kepada Qai
Terbeliak mata Qai melihat aku yang memeluk pinggangnya erat. Aku tahu dia terkejut dan aku pun takut sebenarnya.
"Alololo, sian dia ye? Jom, naik belakang sayang ni" Qai sudah menunduk, dia suruh aku naik.
Aku pandang wajah wanita itu, sudah panas. Aku tak kisah jadi aku naik sahaja. Wanita itu sudah menapak masuk ke dalam rumah, sempat aku tangkap hentakan kakinya. Tanda marah.
Cis, dah berangan-angan nak jadi penyondol ye kau Fatin?
"What is this behaviour Ava?" Soal Qai
Kepala aku letak di bahunya, "tak perasan ke? Dia nak jadi penyondol! Saya tak suka penyondol"
"Mana ada, dia nak jadi isteri kedua saya je. Bukan penyondol la" Qai pertahankan Fatin
Cis??? Tangan ku yang bersilang di leher nya aku ketatkan. "Kalau awak nak ada bini nombor 2, lepaskan saya!" keras amaran aku beri
Sebelah tangannya cuba meleraikan tanganku di lehernya. Aku dia letak ke bawah semula.
"kenapa cakap macam tu?" soalnya
"Sebab saya tak suka berkongsi" simple jawapanku
"Sharing is caring"
"Ish! Kalau awak nak sangat khawin dengan dia tu, khawin lah!!! Tapi lepaskan saya dulu!!!" aku berjalan meninggalkan dia di belakang
Panas hati aku ni.
"Ava" tanganku di capai
"Kenapa? Awak jealous? Awak suka saya kan?" matanya mencari anak mataku
Aku memandang tempat lain, risau aku jujur je ni.
"Tak! Mana ada! Jangan perasan!!" sangkalku
"Tcchhh, awak fikir saya tak tahu? Watak dalam cerita yang awak tulis tu adalah saya. Dalam cerita tu awak kata awak dah jatuh cinta dengan saya"
Aku memandangnya laju. "Awak bukak laptop saya!!!?" soalku
Dia geleng. "Terbaca je"
"Eh awak jangan perasan lebih boleh tak? Tak semestinya watak tu, ialah awak. Eee perasannya" aku menolaknya jauh
"Huh? Saya dengar perbualan awak dan Diara. Awak kata awak dah jatuh cinta dekat saya tapi malu nak mengaku. Am i right?" semakin dekat dia kepadaku
Aku diam, tidak tahu nak menjawab macam mana lagi. Dah kantoi.
"ish, lantak awak la!!" marahku dan meninggalkannya sekali lagi di belakang
"So sekarang ni kita sah jadi pasangan suami isteri. No more tolak-tolak permintaan saya selepas ni" ujarnya memeluk pinggangku erat.
Aku terdiam. Terkejut. Terpana. Pipiku dicium olehnya.
"Qai!! Kita masih kat luar. Behave sikit" marahku
"Okok, kita sambung kat dalam ya bb?" bibirnya mengukir senyuman gatal. Qai gatal, Qai pervert!!!
TBC
We don't gotta
be Inlove
No
YOU ARE READING
AMORIST
RomanceTiada siapa pernah menyangka dengan siapa mereka bertemu di masa hadapan. Begitu juga dengan Ava Illythia Dahlia. "Encik dengar suara saya? Encik tak mati kan?"-AVA ILLYTHIA DAHLIA Kisah pertemuan mereka tidak dirancang dan semua itu sudah termaktub...