Aku menggeliat bangun apabila merasakan lampu bilik menggangguku.
"Morning" ucap Qai. Dia merenung wajahku lama. Senyuman menghiasi bibirnya.
"Awal ya bangun?" soalku
"Saya rasa bertenaga pagi ni. Bangunla, mandi kita solat subuh dulu" ajaknya
Aku duduk, kepalaku terasa pening kerana kurang tidur. Aku tidur cukup lewat semalam. Mata masih terkebil-kebil.
"Nak ambik cuti tak harini?" soal Qai melihatku yang masih mengantuk itu
"Can i?" soalku lagi
"Mestilah, awak nampak penat" ujar Qai tersenyum. Asyik senyum je dia ni, hempuk baru tau.
Aku angguk. Tuala aku capai dan masuk ke bilik mandi.
Aku membersihkan tubuhku kerana selepas ini nak solat. Kena la bersih dan suci.
Qai sudah mandi terlebih dahulu sebelum aku tadi, mungkin semasa aku tidur tadi dia mandi.
"Sayang? Okay tak dalam tu?" ujar Qai dari luar.
Risau betul dia ni.
"Ye!"
Tuala melilit badanku kemas dan aku mencari baju harian ku di dalam almari.
"Cepat tau, saya tunggu" ujar Qai membelakangi aku. Dia sudah ambil wudhuk, taknak tergoda la tu. Cis, siapa jugak nak goda dia.
Telekung aku pakai dan kami menunaikan solat subuh pagi itu bersama-sama.
Selesai solat aku menyalami tangan Qai lama, dahiku pula dikucup olehnya lama.
"Thanks sebab sayang dah percayakan saya. Sayang dah bagi harta yang paling berharga sayang pada saya. Thank you sayang" ujarnya. Bibirku dikucup sekilas.
Aku tersengih. "Tak payah laa" aku sudah malu
"Apa buatkan awak jatuh cinta pada saya?" soal Qai
"Saya nampak awak buat apa je untuk saya, everything. Saya jatuh cinta pada awak sebab effort awak nak buatkan saya bahagia, ya, saya bodoh dulu sebab masih sukakan Zil tapi percaya lah. Hanya nama awak saja dalam hati saya, bukan orang lain. Thank you awak." aku baring di pangkuannya.
Dia tersenyum. "Pastikan hati sayang tu, selama-lamanya terukir nama saya je tau" ujar Qai
Aku angguk dan senyum. "I will"
"Mungkin cringe tapi saya nak cakap yang I love you with all of my heart" Qai tersengih
Aku ketawa kecil. "I love you too!"
"Ish! Tak sangka Ava yang garang ni jatuh cinta dekat saya ye?"
"Mana ada saya garang" sangkalku
"Adaa"
"Mana ada!"
"Ye ye, tak. Sayang tak garang, sayang comel!" lelaki hensem puji aku comel nok!.
Gatal.
¶¶¶
Hari itu, kami pergi melawat ke rumah Mama. Mama ajak makan bersama-sama.
"Berseri-seri je wajah Ava ni. Berisi ke?" Mama menyoal
Aku gelak. "Takdanya, biasalah cuti kan. Ava seronok cuti, tapi tak bekerja tak seronok juga" ujarku
Mama mengajakku berborak di ruang tamu. Qai aku lihat sedang berborak hal kerja dengan Papa di hadapan sana.
Sedang kami syok berborak.
"Assalamualaikum" seseorang memberi salam.
Melihat sosok itu, aku terkaku. Dia? Kenapa muncul lagi?
"Zil" nama itu disebut oleh Mama.
Terpampang reaksi terkejut di wajah kami. Qai juga sama.
"Kenapa balik sini lagi?!! Ini bukan rumah Zil!!! Rumah Zil dekat Amsterdam sana! Papa taknak tengok muka Zil ni lagi! Buat malu keluarga!" besar nada suara Papa memarahi Zil
Penampilan Zil sudah berubah, rambutnya panjang separas bahunya. Lain dari yang aku lihat dahulu. Hampir setahun perkhawinan aku dan Qai, dia muncul. Kenapa?
"Maafkan Zil papa. Zil fikir, Zil boleh survive tanpa keluarga. Sebenarnya tidak, Zil tak boleh. Zil menyesal tinggalkan Ava. Ava orang yang setia pada Zil. Awak belum berpunya kan Ava?" Zil mendekati aku
Qai berpeluk tubuh memerhati dari jauh.
Aku geleng. "Saya dah berpunya, saya dah pun sah menjadi isteri kepada Qai" ujarku
Jelas terkejut riak wajahnya kemudian berubah kembali.
"Terpaksa kan? Korang bukan suka each other, We are Ava!!! Be with me" seperti orang gila talak pulak dia ni
Aku geleng. "No! Saya dah lama lupakan awak!"
"Qai, kau lepaskan Ava. Bagi aku jaga dia, aku yang sepatutnya jadi suami dia!" Zil mendekati Qai dan merayu
"Buat apa? Kitorang bahagia Zil, sangat-sangat. Mana perempuan yang kau suka sangat tu? Sampai kau tinggalkan Ava? Mana dia? Dah beranak?" savage kau bertanya
Zil senyap. "Dia tipu aku, aku kena scam. Aku tak balik lagi kesini lepas kena tipu sebab duit aku dia curi semuanya. Aku menyesal Qai, aku masih cintakan Ava"
Pang! Wajahnya ditampar Mama.
"Tak malu eh? Zil tinggalkan dia dulu, kenapa sekarang nak beria datang sini nakkan Ava semula? Ingat Ava ni apa? Sampah? Mama paling pantang kalau terjadi macam ni! Dulu Zil buat keputusan sendiri tanpa tanya Kitorang dulu, sekarang? Mana perempuan yang Zil cintakan sangat tu? Bawa la ke sini. Jangan nak mengemis semula cinta pada perempuan yang Zil pernah tinggalkan dulu!"
Terdiam kami disitu. Aku juga tidak tahu mahu berbuat apa-apa.
"Nama awak dah takda dalam hati saya Zil. Saya dah lama lupakan awak dan pemilik hati saya yang tetap adalah Qai, suami saya" lengan Qai aku peluk
"Huh? Entah-entah perempuan ni tak bagi kau sentuh dia sebab nak simpan untuk aku" ujar Zil kasar
Terkejut aku mendengar itu.
"Eh kau jaga sikit mulut kau eh!! Aku tak kisah kau tua dari aku atau apa, yang kau cakap tu isteri aku. Kau apa tahu? Kau ada dengan kitaorang dalam bilik?" tegas suara Qai
Hampir saja wajah Zil dia ingin tumbuk.
"Habistu kenapa takda hasil? Ke perempuan ni mandul"
Buk! Sampai juga tangan sasa Qai ke wajah Zil. Sampai hati dia cakap aku macam tu.
"Kau jangan nak kurang ajar eh Zil, kau blah la!!" jerkah Qai
"Zil jangan nak cari gaduh kat rumah ni. Zil keluar dari rumah ni sendiri atau Papa panggil guard" ugut Papa.
Aku masih berdiri disitu, persis kayu. Sakit hati? Mestilah..
"Ava jangan simpan dalam hati apa yang Zil kata tu. Entah apa masalah dia tu" ujar Mama
Aku angguk.
"Sayang okay?" tanya Qai
"Okay" balasku
Kami pulang semula atas nasihat Mama dan Papa. Zil mungkin akan balik ke rumah ini semula dan akan ganggu aku.
Jadi kami tidak menginap disitu.
TBC
YOU ARE READING
AMORIST
RomanceTiada siapa pernah menyangka dengan siapa mereka bertemu di masa hadapan. Begitu juga dengan Ava Illythia Dahlia. "Encik dengar suara saya? Encik tak mati kan?"-AVA ILLYTHIA DAHLIA Kisah pertemuan mereka tidak dirancang dan semua itu sudah termaktub...