6

11 4 0
                                    

Aku membelek-belek buku di kedai itu. Masih belum ada satu pun baju yang cantik dan menarik perhatian aku. Atau pun aku mintak Zil yang pilihkan.

"Zil, awak pilih kan boleh? Saya tak tahu la mana yang sesuai dekat saya" ujar ku

Zil mengambil buku itu dan meneliti satu persatu. Dia memilih untuk memakai suit sahaja semasa persandingan nanti. Masa akad nikah dia pakai baju melayu.

Cuma baju aku yang complicated sekarang ini.

"Ini cantik dekat awak. Sebenarnya mana-mana baju ni semua cantik kalau awak pakai. Tak kisah la mana pun tapi yang ni saya suka. Design dia cantik" ujar Zil menunjukkan satu gown yang agak simple tetapi benar-benar cantik! Aku pun suka.

"Saya ambik yang ni la. Cantik nya!" tak tipu memang cantik di mata aku hihi.

Kami duduk sebentar di situ sementara mereka mencari baju yang aku dan Zil tentukan tadi.

"Saya dengar-dengar awak pukul rakan sekerja awak. Betul ke?" ujar Zil tiba-tiba

Aku memandangnya dan menghembus nafas berat. Tidak lama, aku angguk.

"Mana awak tahu?" tanyaku

"Qai inform. Papa bagi dia pegang company tu, saya pegang yang lain. Kalau saya tahu bakal wife saya ni under situ, saya ambik company tu dulu" ujar Zil

"Qai? Maksudnya, dia pihak atasan ke?" tanyaku lagi

Zil angguk. "Lama dah cuma pekerja bawahan tak pernah lagi jumpa Qai. Mungkin boss korang selalu"

Aku angguk, pihak atasan yang aku jumpa masih bawah rupanya. Ada yang lagi tinggi jawatannya.

"Ganas la bakal wife saya ni. Takut la" Ujar Zil bergurau

Aku tersengih. "Saya dah cakap mula-mula kita jumpa dulu. Awak takkan dapat handle saya"

"Saya boleh jinakkan harimau apatah lagi kucing macam awak ni" ujar Zil tersenyum bangga

Aku geleng kepala. "You will not"

"I will" balasnya yakin. Aku melihat dan tersenyum bersahaja, yakin ya?

"Ini bajunya, Cik boleh try on dulu" aku berdiri dan masuk ke fitting room. Aku memakai baju itu dan membelek diriku di cermin besar.

"Keluarla awak, saya nak tengok" ujar Zil di luar

"Tak payah lah, nanti masa wedding awak tengok ya? Tak surprise la nanti" Ujarku

"Alaaaaa!" nadanya sudah berubah merajuk

"Nanti la ya?. Cantik gila baju ni, biar nanti awak surprise tengok saya" ujarku menyarung kembali baju yang aku pakai tadi. Baju itu aku lepas.

Aku berikan kembali baju itu kepada pekerja disitu. Wajah Zil sudah cemberut.

"Nanti tak surprise la awaknya!" pujukku

"Hmm yela. Cantik tak? Awak pilih design tu? Atau nak tukar lain?" tanya Zil

Aku geleng. "Saya suka baju tu, kita ambik tu je"

Zil angguk dan membuat bayaran. Baju itu akan diambil sehari sebelum majlis. Aku dan Zil ada tambah aksesori lain seperti tiara, veil dan lain-lain.

"How? Puas atau tidak? Ada apa-apa lagi ke Cik Ava?" ujar Zil ketika kami keluar dari butik itu.

"Ada" ujarku

"What it is? Tell me princess" ujar Zil lembut

Aduh, ini yang buat aku jatuh hati ni!

"Saya nak makan. Lapar la" ujarku. Perut ku sudah bergendang apa bila menghidu bau waffles di kedai berhampiran.

AMORIST Where stories live. Discover now