18

6 3 0
                                    

Hari ini hari terakhir kami disini. Banyak kenangan dan memori hitam berlaku disini. Allah masih ingin memberi ku peluang kedua untuk membetulkan kehidupan ku menjadi yang lebih baik. Alhamdulillah.

Bahu ku ditepuk perlahan. Diara. Aku tersenyum, tapak tangan masih dihalakan ke arah unggun api itu. Ada beberapa unggun api dinyalakan, unggun api disini hanya ada aku dan Diara sahaja. Kami tak suka berkongsi.

Qai aku lihat tersenyum, bergelak ketawa dari tadi. Seronok dia bergaul dengan unit ICT dan R&D. Hubungan nya dengan Ariz sudah membaik aku lihat.

Lelaki yang baru sahaja aku bicarakan tadi kini duduk bersama kami berdua Diara. Ariz juga turut serta. Aku memandang Diara, Diara angkat bahu tanda dia juga tidak tahu kenapa mereka disini.

"Sorry Ava sebab memaksa kau untuk suka dekat aku dulu dan tempoh hari" Ariz tiba-tiba memohon maaf

Selimut ditubuhku diketatkan lagi, sejuk weh.

Aku senyum "Takpa, aku okay je" ujar ku

"Dan, aku minta maaf sebab sentuh hak milik Qai" ujar Ariz perlahan supaya tiada orang yang dengar

Aku tersentak, terkejut. Qai beritahu dia? Aku pandang Qai. Qai diam.

"Eh jangan salah faham. Qai tak bagitahu aku. Aku dapat jemputan khawin Qai masatu, aku kenal Qai. Parents dia business partner parents aku, mereka kenalan rapat. Aku tak hadirkan diri sebab aku tak suka Qai, dan aku tak tahu kau adalah isteri dia. Kalau aku tahu, aku akan hadirkan diri. Nak tengok crush aku ni bersanding dengan lelaki yang dia pilih"

Ariz hembus nafas berat.

"Aku tahu kau isteri dia sebab aku tengok dia sentuh-sentuh kau tanpa segan silu. Kau takkan bagi orang sentuh kau sembarangan. Aku korek-korek dari Qai juga, apa kaitan kau dengan Qai. Then, i know it"

Aku lihat matanya sudah berkaca-kaca.

"Jujur aku kecewa bila dapat tahu kau dah berkhawin. Tiga tahun bukan sekejap, tiga tahun aku sukakan kau. Tapi nak buat macam mana, perancangan Allah itu adil. Kau bukan jodoh aku, kau bukan untuk aku. Kau untuk Qai dan aku terima semua tu. Terima kasih sebab jadi penyemangat untuk aku ke tempat kerja sebelum ni. Dan-"

"Aku harap kau bahagia dengan Qai, bahagia hingga ke syurga. Doakan aku supaya jumpa pengganti kau dan khawin cepat-cepat" Ariz senyum

Aku terdiam mendengar luahan Ariz itu. Tiga tahun dia tunggu aku? Kenapa aku tak pernah tahu.

Bahu Ariz Qai tepuk perlahan. "Jangan risau, aku akan jaga Ava baik-baik. Semoga kau jumpa perempuan yang baik suatu hari nanti." ujar Qai, matanya tertumpu padaku membuatkan aku malu.

"Err kenapa sedih-sedih ni guys. Kita makan ni nak?" Diara mengeluarkan sepaket marshmallow dan pencucuk sate.

Aku angguk. Ariz juga sudah tersenyum. Harap Diara la orangnya Ariz.

Diara sukakan kau Ariz.

Kami berempat makan marshmallow itu dan berbual kosong. Bahagia rasanya dan aku berharap ianya akan berulang kembali.

¶¶¶

"Berapa lama lagi awak nak menyamar?" soalku kepada Qai

Qai memandangku. "Sampai aku rasa nak stop. Kenapa?" soalnya kembali

Aku geleng. "Saja tanya"

"Takda apa pun awak nak tengok dah, takda yang menarik kebelakangan ni" ujarku

Ya, office takda cerita yang menarik atau hebat lagi. Si Nisa tu pun sudah diberhentikan kerja, cerita-cerita buruk sudah lama tak didengari. Syukur alhamdulillah.

AMORIST Where stories live. Discover now