Seharian aku termenung di jendela bilikku. Lelaki bernama Zil tu benar-benar boleh aku percaya ke? Susah nak percaya lelaki zaman ni.
"Ava, okay?" Tanya Kak Mira
Aku tersenyum dan angguk. "Dari pagi lagi Kak Mira tengok Ava terperap dalam bilik. Ava terganggu dengan hal khawin tu ke?"
Aku angguk. "Ava masih buntu la Kak Mira. Betul ke Zil tu boleh jaga Ava? Macam mana kalau dia kecewakan Ava suatu hari nanti? Macam mana kalau perkhawinan kami ni tak kekal sampai akhir" segala overthinking ku aku sebut.
"Kak Mira pun fikir macam ni dulu. Tengok la sekarang, Kak Mira happy dengan Is"
"Ava, benda-benda macam ni Ava kena usaha tepis tau. Jangan bagi pemikiran negatif tu menguasai fikiran Ava, nanti aura Ava akan ikut sama jadi negatif" kak mira memberi nasihat
"Tapi Ava tak sedia la nak khawin Kak"
"Kenapa? Khawin tu best la Ava, Ava takkan bersendirian lagi. Kalau Ava dah ada family sendiri, Ava akan tahu la rasa gembira tu macam mana. Ya, betul. Ramai orang kata perkhawinan tu tak selamanya indah, awal-awal je indah kan? Tak pun! kalau Ava dengan suami sama-sama beri kerjasama, sama-sama melengkapi antara satu sama lain. Trust me, perkhawinan tu akan smooth je"
Aku angguk dan tersenyum. "Thanks Kak"
"Sama-sama Ava. Kawan Ava tunggu kat bawah" ujar Kak Mira
Eh lupa pulak aku Diara ajak keluar. Eish! Terus laju aku menyarungkan sweatshirt dan seluar palazo. Rambut aku kemaskan dan lipstick aku pakai sedikit.
Dia nak ajak aku beli novel. Aku pun ikutla, aku pun nak beli novel. Memandangkan hari ini aku cuti, baik aku keluar jalan-jalan.
"Ava nak pergi mana?" Along menegurku
"Keluar dengan Diara nak beli buku" ujarku mencapai kunci kereta ku yang bergantung di sisi pintu.
"Nah" Along menghulurkan note RM200 kepadaku. Aku memandangnya hairan
"Banyak sangat duit bayar minyak kereta ni" ujarku
"Minyak kereta Along dah isikan. Sengaja eh tinggalkan sipi-sipi supaya along isikan. Elehh" ujar Along mencubit pipiku
"Sakit la along!" marahku
"Nak ke tak ni? Kalau taknak along masuk poket balik" ujarnya berura-ura menyimpan kembali duit itu.
Aku tersengih dan mengambil duit itu. "Terima kasih Along. Sayanggg along!" aku memeluknya sebentar dan laju menyarungkan kasutku.
Aku melambai lagi ke arah Along dan masuk ke dalam kereta milik Diara. "Jaga diri, jangan balik lewat! Balik sebelum maghrib! Ada apa-apa call!"
Seperti itulah rutin harian telingaku apabila aku hendak keluar ke mana-mana. Along sentiasa menasihati aku walaupun dia tampak annoying. Jauh dari sudut hati dia, dia sayangkan aku sebab aku satu-satunya adik dia apatah lagi aku perempuan. Dia memang mengawal aku dengan ketat. Semua kawan-kawan aku semua dia kenal dan tahu latar belakang.
"Siapa datang tadi weh?!! Naik alphard bagai!" Diara terus membuka cerita. Excited dia bertanya.
"Diara. Kau tahu tak, ayah dengan ibu nak khawinkan aku!"
Break kereta ditekan mengejut. Nasib aku memakai tali pinggang, kalau tidak, tak tahula nasib.
"Apa?!! Khawin? Dengan siapa weh?!! Boleh percaya ke kau ni nak jadi bini orang!?" terbeliak matanya mengajukan soalan
Melihat itu aku tergelak. "Tak payah la terkejut sangat. Nama lelaki tu Zil, guess what!!" ujarku sengaja memberi debaran kepada Diara
"Apaa!!! Cerita la, jangan setengah-setengah. Aku cepuk kang" Diara mula emosi
"ee kau ni. Dia ada adik, adik dia aku selamat kan semalam. Kau kan balik awal semalam? Aku lewat sikit sebab kerja masih tak siap, so aku turun la pergi kat parking, then aku ternampak orang kena rompak, habis muka dia kena tumbuk. Aku tolong la bawa gi hospital and hantar dia balik sekali" ujarku
"Lepastu abang dia ke calon suami kau tu?" tanya Diara
Aku angguk. "Wowow. Apakah ini" Diara masih tampak berfikir.
"Ye! Kau terkejut, aku pun. Aku dah cuba tukar fikiran lelaki tu tapi dia pulak yang nak tukar fikiran aku supaya aku sudi khawin dengan dia"
"Hahahaha, sesuai la tu kome berdua. Ngam sangat-sangat. Handsome tak?" tanya Diara
"Sangat" ujarku tersenyum. Tak dinafikan Zil memang handsome, comel, suka bercakap tak macam Qai.
"Iye? Ish, ada gambar tak?" tanya Diara
Aku geleng. "Kenal pun tidak, apatah lagi nak simpan gambar dia. Tchh!"
"Alaaa kau ni" Diara tampak kecewa dan kembali memandu.
Sesampai sahaja di mall, kami menuju ke kedai buku terkenal. Siapa je tak tahu? Mestila 'Popular' menjadi pilihan.
Setelah itu, aku mengambil 3 buah buku novel yang sudah lama aku teringin nak beli. Kadang-kadang aku beli tapi tidak dibaca kerana sibuk bekerja. Novel ni aku jadikan sebagai hobi jikalau aku tiada kerja.
"Kita makan dulu la, aku belanja. Lapar" Ujar Diara membawa ku ke sebuah kedai makan berdekatan dengan pusat beli belah itu.
Aku setuju sahaja memandangkan dia kata dia nak belanja. Rezeki jangan ditolak.
"Tak sangka la kawan baik aku ni dah nak khawin" ujar Diara memandnagku
"Aku taknak tau sebenarnya sebab aku masih belum puas bersendirian. Nanti lepas khawin mesti kena kongkong, boleh ke kita keluar lepak macam ni lagi nanti?" ujarku
"Itula, mesti kau berkepit je dengan suami 24 jam. Tinggallah aku sendirian tanpa berteman. Kau je kawan aku" ujar Diara sedih
"Khawin la jugak"
"Amboi senang kau ya? Macam la jodoh tu terjun dari langit" Diara menepuk bahuku kasar
"Jodoh aku tu terjun dari langit la tu. Tiba-tiba kena khawin"
Aku dan Diara tergelak kecil. "Nanti dah khawin, jangan lupa aku. Ajak-ajakla aku keluar kalau ada masa" nada Diara berubah sedih
Aku angguk. "Jangan risaulah, dia tak bagi aku lepak dengan kau, aku silat dia" aku mengukir senyum
"Eleh kau, nak silat-silat bagai. Lipas pun takut"
"Lipas aku takut, manusia aku tak" ujarku penuh keyakinan di dada.
Tiba-tiba pelayan datang membawa kepadaku sepotong kek cheese dan diletakkan di atas meja makan kami. "Eh kami tak order" ujarku
"Tak, ini ada orang orderkan untuk Cik dan pesanan Cik berdua sudah dia bayarkan sekali" ujar pelayan itu meninggalkan aku yang terpinga-pinga mencari gerangan itu.
Aku tahu itu 'Zil'. Kenapa dia tak munculkan diri. Atau orang lain?
"Weh siapa? Takkan ada orang suka kau kot? Kau dahlah ada orang cop. Pergh, selamat duit aku harini" Diara tersengih
Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal. "Aku pun tak tahu siapa, nak ucap terima kasih. Kita tak kenal pulak, haihh" ujarku
Kami berdua pun merasai kek itu dan tidak lama kemudian pesanan kami berdua tiba. Kami berdua menikmati makanan itu dan berbual kosong.
TBC
"Forever"
YOU ARE READING
AMORIST
RomanceTiada siapa pernah menyangka dengan siapa mereka bertemu di masa hadapan. Begitu juga dengan Ava Illythia Dahlia. "Encik dengar suara saya? Encik tak mati kan?"-AVA ILLYTHIA DAHLIA Kisah pertemuan mereka tidak dirancang dan semua itu sudah termaktub...