26

7 1 0
                                    

"Cari awak, awak tak inform saya pun kemana awak pergi? Saya risau" ujar lelaki itu nadanya berubah

"Alahhhh, saya pergi hospital je ada Iyana sekali ha!" jelas Aze

"Mana Qai?" lelaki itu bertanya pada ku. Masih terasa aura dingin dari nya

"Err tak tahu, kerja kot" balasku

"Ava, jangan jalan jauh-jauh sangat. Nanti sesat" nasihat Darwish

Aku tunjuk thumbs up. "Mana anak kita?" soal Aze hairan

"Rumah Mama" Aze angguk.

"Mana Adam?" giliran Darwish pula bertanya akan anaknya

"Dia nak main dengan Ryan, biarlah dia" ujar Iyana

Aku disitu seperti tunggul, semua bahas anak sedangkan aku baru sahaja kehilangan anak. Hmmm, best tengok keluarga kecil orang lain bahagia.

"Ava, meh saya hantar awak pergi bilik awak. Kami lawat awak sekejap ya?" ujar Aze mengajakku

Aku tersenyum senang. Baik nya diorang ni.

Kami semua memandang Diara yang sedang menilik celah-celah almari, bawah katil itu dengan wajah risau.

"Diara" panggil ku

Tersentak dia. "Ava!! Aku fikir kau hilang tadi!! Pergi mana?!"

"Aku jalan-jalan la" ujarku

Matanya memandang mereka berempat. "Siapa? Kenapa ada aura-aura mafia ni" bisik Diara kepadaku

"Kawan Qai" ujarku lagi

"Korang, ni kawan Ava. Diara" aku memperkenalkan Diara kepada mereka

"Ini Iyana" ujarku menunjukkan wanita yang bertudung biru itu.

"Sebelah dia, Doktor Darwish. Husband Iyana"

"Ini Aze-"

"Azelia" sambung Azelia tersenyum lebar

"Ini Aidan. Husband saya" sambung Azelia melihat aku berkerut-kerut memandang lelaki itu. Aku tak tahu nama dia. So wajarlah.

Lelaki itu masih memasang wajah dingin. Seram la suami Aze ni. Eeish!

"Bilik ni selesa tak?" tanya Iyana

Aku angguk. "Sangat selesa, layanan tiptop!"

"Hihi, baguslah kalau macam tu" balas Iyana

"Macam mana life lepas khawin? Okay?" tanya Azelia duduk disisiku. Tanganku digenggam.

"Okay" balasku menipu. Aku senyum paksa.

"Yeay! Seronok dengar sebab Qai tu bukan jenis yang mudah jatuh cinta. Sebab tu terkejut dapat jemputan dia khawin. Kami semua terkejut, tak sangka, semua ada" jelas Aze

"Rupa-rupanya isteri dia comel, cantik macam ni ya?" puji Aze

Aduh dia ni, puji-puji lak.

"Eh takdala. Biasa je" balasku

"Aze, merah dah pipi Ava tu kau puji" ujar iyana

Aze tergelak. "Okaylah, kitaorang tak boleh lama. Anak tinggal dekat rumah nenek diorang, nanti merengek. Kitaorang balik dulu eh?" ujar Aze memeluk ku

"Ava kena kuat tau? Janji" bisiknya

Aku tergamam. Nasihat dia kena dengan keadaan aku sekarang.

Mereka berempat beredar keluar. Sempat iyana dan Aze melambai-lambai ke arahku. Aku tersenyum.

"Fuh! Suami si Aze tu, seram aku tengok. Muka dia handsome tau, tapi ada aura lain tu. Takut kite" ujar Diara akhirnya bersuara

"Aku kecewa!" ujar Diara terbaring lemah di katil ku

AMORIST Where stories live. Discover now