23

6 2 0
                                    

Dua bulan berlalu tiada gangguan dari Zil. Baguslah kalau dia dah start buat hal sendiri. Jangan lagi kacau aku dan Qai.

"Saya nak mintak izin, saya nak keluar beli buku" ujarku

Qai memandangku. "Pergila, jangan lama-lama. Apa-apa hal call saya, sayang pergi dengan siapa?" soalnya

"Diara, saya ambik dia dekat rumah lepasni" ujarku

Qai angguk tanda faham. Dia lagi sibuk menghadap laptopnya itu. Aku faham dia sibuk jadi aku tak ajak dia harini. Selalu, dia akan ikut aku. Tak apela, boleh spend time dengan Diara.

"Sayang. Nah" Satu card dia hulur.

Black Card. Ternganga aku.

"Kenapa bagi saya kad ni?" soalku hairan

"Guna la, beli apa-apa je. Asalkan sayang happy" ujarnya tersenyum manis

Aku angguk. "Thanks" aku cium pipinya kemudian berjalan keluar.

Sempat aku lihat wajahnya memerah dan dia tertunduk malu. Eleh! Kacang je nak goda Qai ni. Easy man.

¶¶¶

"Puan pregnant sudah 4 minggu. Tahniahh!" ujar Doktor itu.

Aku sungguh teruja! Aku saja-saja membuat pemeriksaan tadi memandangkan aku sudah lama tidak datang bulan. Risau jugak sebenarnya.

Aku keluar dari klinik itu dengan perasaan teruja di dalam hati. Tak sabar nak bagitahu bapak budak ni!!! Hihi.

Aku terus memandu ke kawasan rumah Diara. Mesti dia mengamuk sebab aku kata nak ambil dia jam 3 tapi aku sampai jam 4.

"Ish, lama nya kau!" cemberut wajahnya

"Sorryla, jalan sesak" ujarku

"Takpa, aku terima alasan kau. Lesssgo!" jerit Diara

Nak tercabut jantung aku ni. Haiihh.

Kami berhenti di sebuah kedai buku, 'Bookstops'. Mata aku terlalu rambang sehinggakan banyak buku aku ambil termasuk komik.

"Banyak nya kau ambil, Encik suami bagi duit belanja ke?" Diara menyiku ku

Aku tersengih sahaja. "Dia bagi black card"

Melopong Diara. "Black Card?! Weh! Bapak lah! Harap husband aku pun ada black card nanti" ujar Diara teruja memegang card itu.

"Tapi aku taknak guna card ni. Aku guna duit yang dia bagi je" ujarku

Duit cash pun dia ada bagi tadi, takkan card ni nak guna jugak. Tamak namanya!

Selesai membeli-belah barangan, kami berdua Diara melepak sebentar di tepi pantai. Air kelapa aku hirup. Segar weh peghut(perut).

"Fuh, tenangg nya!" ujar Diara mendongak memandang langit petang.

"Aku nak ke tandas ah. Minum air kelapa banyak sangat. Jap eh, aku kencing jap" Diara berlari ke tandas berhampiran.

"Hi darling. Miss me?" seorang jejaka duduk di samping ku. Aku tahu dia siapa, Zil.

"Awak nak apa lagi dari saya??? Kita dah takda apa-apa!!! Saya dah ada kehidupan saya sendiri, awak bukan lagi sesiapa dalam hidup saya" marahku

AMORIST Where stories live. Discover now