12

6 3 0
                                    

"Saya akan ikut awak berpindah" Qai terus memandangku hairan.

"Kenapa tiba-tiba?" Dia bertanya hairan

"Perlu sebab ke? Kang saya tukar fikiran balik" ujarku mengugutnya supaya tidak bertanya. Aku cukup malas untuk menjawab soalan termasuk soalan matematik.

"Okay kalau itu yang kau nak" Qai kembali menatap skrin tabletnya itu. Dia kelihatan sibuk dan sudah beberapa hari kami berdua cuti.

"Kenapa saya tak pernah nampak awak kat syarikat tu?" aku bertanya.

Aku je boleh tanya, dia tak boleh.

"Sebab aku taknak jenguk tingkat bawah. Malas" itu sahaja jawapan yang dia berikan. Pergh.

"Dan kenapa awak report dekat Zil masa saya gaduh tu" ujarku lagi

"Ada ke?" soalan dibalas dengan soalan. ISHHH!!

"Ada!!" aku sudah mula marah

"Ye eh? Sebab aku nak" kini di pangkuannya ada laptop, kelihatan seperti dia menaip sesuatu

Aku merengus kasar. Malas la nak bercakap dengan dia ni. Buatkan aku naik hangin je.

"Malam tu, awak panggil saya 'sayang' huh?" aku pasti dia ada panggil aku sayang masa tangan aku terkena kaca tu. Confirm ada!

Terus dia memandangku, laptop terus ditutup kasar. Takut

"Kenapa? Addicted aku panggil kau 'sayang'?" sinis nada suaranya

"Jangan perasan la Qai. Saya lebih selesa panggilan awak yang sekarang. Geli" ujarku menunjukkan riak ingin termuntah

Dia senyum sinis. "Cakap je kalau suka, aku akan teruskan" perlahan dia menuturkan itu tapi jelas kedengaran di telingaku

"What?!"

"Apa?" dia bertanya tidak bersalah. Dia menolak cermin matanya sedikit ke atas.

"Ugh, bercakap dengan awak ni buatkan hati saya sakit" nada ku menjadi kasar

"Then, don't talk to me" dia kembali fokus ke skrin laptopnya. Tangannya laju menaip.

Daripada aku sibuk dengan dia baik aku teruskan cerita yang aku tulis. Aku menulis saja-saja dan update di sebuah aplikasi. Ramai pembaca membuatkan aku gembira. Genre khas yang aku tulis ialah fantasy, agak mencabar menulis genre itu tetapi aku tetap mencuba walaupun sering kehilangan idea.

"Bila kau nak kita move out?" tiba-tiba Qai bersuara setelah lama kami berdua mendiamkan diri. Hanya ketikan keyboard kedengaran memenuhi ruangan bilikku itu.

"Anytime" balasku

"Why suddenly? Tell me" tangannya masih sibuk menaip

"Nothing" balas ku lagi. Mencurah-curah ya idea aku sekarang ni.

"Esok kita pergi rumah aku. Dah lama tak pergi sana" ujar Qai

"Okay" aku bersetuju.

¶¶¶

"Iya? Ava nanti jaga makan dan minun Qai ya? Jangan nakal-nakal" ujar ibu

Aku angguk dan menyuap lagi nasi ke dalam mulut. "Nanti Ava nak balik sini setiap minggu" ujar ku

"Boleh, pintu rumah ni sentiasa terbuka untuk Ava" ujar Ayah

"Eh along mana?" ujarku hairan. Patut senyap je rumah ni

"Dia dah balik dah petang tadi, dia nak bagitahu korang berdua dia kata taknak ganggu" ujar ibu

Aku angguk faham. Alah, nanti ada juga muka dia menjenguk sini.

AMORIST Where stories live. Discover now