8

12 4 0
                                    

"Ava dah sedia?" Ibu menapak masuk ke dalam bilik tempat aku bersiap.

Seketika aku menilik penampilan ku di cermin panjang di sudut bilik itu. Berbaju kurung putih dan shawl melilit kepala ku kemas.

"Cantik anak ibu ni. Kejap lagi jadi isteri orang dah, tak boleh manja dah okay? Dengar cakap suami, utamakan suami. Ibu nak Ava tahu yang selamanya ibu nampak Ava ni masih anak ibu yang berumur 2 tahun. Manja!"

Aku terus memeluk tubuh ibu erat. "Ava sayangkan ibu"

"Kalau boleh Ava akan berkeras taknak khawin haritu. Mesti benda ni takkan jadi"

"Ava, semua yang jadi ni mesti bersebab. Ada hikmahnya dikemudian hari. Mungkin benar Zil bukan jodoh Ava yang sebenar, Qai lah jodoh Ava. Insyallah" ibu mengusap-usap belakangku

Aku tidak mahu menangis sekarang ini, aku nampak mak andam hias muka aku ni bersungguh-sungguh tadi. Takkan nak rosakkan macam tu aje.

"Dah, jom kita turun" ajak Ibu dan aku mengiringi langkah ibu.

Jantung ku berdegup kencang sebaik sahaja melihat ramai tetamu di dalam rumah ku ini dan semua mata tertumpu padaku. Ergh!

Aku mengambil tempat duduk tidak jauh dari Qai. Dia sudah bersedia disitu. Dia tidak memakai cermin matanya hari ini, dia nampak lain.

Khutbah nikah dibacakan dan aku mendengar dengan tekun. Setelah itu baru lah akad nikah dilafazkan.

"Sedia?" ayah bertanya kepada Qai.

Aku sempat lihat dia menarik nafas dan mengangguk. Mereka berjabat tangan.

"Aku nikahkan kau dengan anak perempuanku Ava Illythia Dahlia Binti Redza dengan emas kahwinnya bernilai RM2000 tunai!"

Keadaan sunyi sepi menanti sahutan dari Qai. Debaran di dada tak usah dikata. Rasa hendak terkeluar saja ni

"Aku terima nikahnya Ava Illythia Dahlia Binti Redza dengan emas kahwinnya berjumlah RM2000 tunai!"

"Sah?"

"Sah!"

"Sah?"

"Sah!"

"Alhamdulillah"

Maka dengan itu, aku sudah sah menjadi isteri kepada Qai Nazfi Izraf Bin Dato' Mikael Ifqi.

Dia memusingkan tubuhnya menghadapku. Cincin diambil dan disarungkan ke jari manisku. Perlahan aku ambil tangannya dan cium. Ya allah, sesungguhnya aku awkward.

Seterusnya pula, hangat bibirnya menyentuh dahiku lama. "Senyum sikit, orang tengah tangkap gambar" tegur Qai berbisik

Oh aku tak senyum eh dari tadi? Perlahan aku mengukir senyum paksa di bibirku. Lenguh pipi woi.

Pelbagai gambar ditangkap dan aku turuti sahaja arahan photographer. Aku tak mahir dalam tangkap-tangkap gambar ni.

Selepas ini majlis persandingan pula. Tukar-tukar baju ni yang aku malas. Heh!

¶¶¶

Pintu dewan itu aku pandang lama. Nafas aku hembus untuk menghilangkan rasa berdebar. Qai disisiku nampak tenang.

"Encik tak berdebar ke?" aku bersuara

"Kenapa?" soalan ku dijawab semula dengan soalan

"Takda apa-apa" balasku

Dia memberi hint supaya aku tanganku memeluk lengannya. Aku ikuti saja apa yang dia arah, ye la? Aku mana tahu.

AMORIST Where stories live. Discover now