3

13 4 0
                                    

Aku duduk di ruang tamu bersama Haiqal yang menonton kartun kegemarannya iaitu oggy. Aku juga leka menonton bersama.

Ayah dan Along sedang melepak bersama di luar rumah. Ibu dan Kak Mira sedang mengemas-ngemas dapur dan masakan mereka sudah siap dihidangkan. Kami sekeluarga hanya menunggu tetamu sahaja sekarang ini.

"Diorang dah sampaiii!" ujar Along berlari masuk memberitahu kepada kami bertiga.

Serta-merta jantung ku berdegup laju, macam mana rupa lelaki yang ibu dan ayah cakapkan tu. Handsome ka? Helok ke?

"Assalamualaikum" ujar mereka memberi salam

"Walaikumsalam" serentak kami menyahut

Aku memusingkan wajahku memandang mereka. Aku terpaku terpana kaku semua ada.

"Eh?" reflek itu yang wanita itu ujar

Dia tersenyum manis padaku. "Rupa-rupanya saya dah jumpa dia dulu" ujar wanita itu

Wanita itu ialah ibu kepada lelaki yang aku selamatkan semalam.

"Dah kenal ke?" tanya ibu

"Iye, dia tolong anak saya semalam" ujar Auntie Shifa

Ini kebetulan atau apa? Konfius ah.

Lelaki yang aku bantu semalam menapak masuk bersama seorang lagi lelaki disisi nya. Wajah mereka berbeza tetapi yang disisinya lebih garang tetapi masih dalam kategori kacak yang digilai ramai perempuan. Silap-silap bukan perempuan sahaja, lelaki juga. Ehem!

"Kau" ayat itu yang keluar dari mulut lelaki itu. Wajahnya tampak hairan dan berkerut.

"Ya saya" ujarku lagi

"Hai" lelaki disisinya tersenyum dan menegurku. Yang ini nampak garang tapi sebenarnya tidak.

Qai nampak dingin dan susah dibawa bersembang. Cermin mata kekal di batang hidungnya. Bercakap juga jarang dan susah diteka. Haihh!

Mereka masing-masing mengambil tempat duduk mereka.

"Saya ada dengar isteri saya bercakap pasal perempuan yang hantar anak saya semalam. Semalam saya takda dekat rumah sebab itu tak sempat berjumpa. Alahai, kebetulan betul ya?" Seorang lelaki yang agak tua namun masih segak dan boleh dikatakan masih fits bersuara. Mungkin ayah diorang?

Diorang nak khawinkan aku dengan siapa?

"Biar saya kenalkan anak-anak bujang saya. Ini Zil, dia abang dan ini Qai, dia ni bongsu. Yang saya nak kenenkan dengan Ava ialah si abang ni, Zil"

Mahu terpengsan aku dengar. Rasa kecewa pun ada, eh kenapa? Sebab bukan Qai? Elehh kau Ava, baru kenal dah suka ka? Tak boleh tak boleh!

"Ava setuju ke?" Auntie Shifa bertanya kepadaku

Aku diam dan memandang ayah dan ibu. Mereka berdua juga memandangku. Semua orang memandangku sekarang ini. Aduh, aku nak buat apa ni?

"Diam tandanya setuju la tu. Saya kenal anak saya ni" ujar Ayah terus memberi jawapan

Wajah aku pasang riak biasa namun di dalam hati hanya Allah yang tahu betapa teringinnya aku nak ada kuasa menghilang sekarang ni.

Mereka terus bersembang tentang tarikh nikah membuatkan aku rasa ianya sangat cepat. Cepat-cepat nak pergi mana nyah?

Qai masih lagi memandangku lama. Kening aku jongketkan tanda 'apa'. Terus dia jeling sekilas dan memandang telefonnya.

Zil terus mengambil tempat di kerusi sebelah ku namun jauh sedikit.

"Awak betul ready nak jadi isteri saya?" Series wajahnya bertanya

Aku diam. "Tak" kecil suara ku berbisik

"Habistu? Kenapa setuju?" ujarnya juga berbisik

"Kalau nak berbincang tu, berbincang kat luar la. Takda gangguan nak berbisik-bisik. Kesian pulak dengan diorang berdua ni" ujar Along tersenyum sekali pakej tersengih

Rasa nak sekeh je kepala dia ni, memandangkan dia tua, aku batalkan niat aku.

"Kenapa awak setuju disatukan dengan saya?" ujar ku kembali

Kini kami berada di luar rumah. Ada meja dan kerusi kayu yang ayah buat dahulu. Kami berdua duduk disitu.

"Sebab saya rasa saya patut khawin. Umur saya makin tua, bukan makin muda. Saya teringin la jugak nak ada isteri, ada anak" ujarnya memandangku

"Tapi, awak tak kenal saya. Saya tak kenal awak, awak rasa benda ni berhasil ke? Kita tak kenal each other" ujarku cuba untuk menukar fikiran mamat Zil ni.

"Saya percaya semua tu akan berhasil nanti. Kita belum cuba kan? Walaupun saya tahu awak taknak khawin, saya akan cuba ubah fikiran awak tu"

Lah dia pulak nak ubah fikiran aku. Aku nak ubah fikiran dia, dia nak ubah fikiran aku. Elok lah tu, nanti dua-dua gila.

"Awak umur 25 kan? Kita beza 4 tahun. Saya 29, tahun depan dah nak masuk 30. Sebab tu saya nak khawin" ujar nya lagi

"Takkan awak takda calon lain. Muka macam awak ni, badan fits, kaya. Takkan takda? Mustahil" ujarku menilai penampilannya

Dia tergelak. "Kalau saya kata saya tak minat perempuan?" ujarnya

Wajahku berkerut. "What?! Awak Gay ke? Minat lelaki?!!!" nada suara ku meninggi

"Shhhh, jangan la. Nanti orang fikir saya macam tu pulak. Tak la! Saya tak gay, saya masih bernafsu pada perempuan. Cuma saya takda rasa nak bercinta atau pernah bercinta dengan sesiapa pun. Saya anggap benda tu tak minat perempuan" laju dia menjelaskan kata-kata nya sebentar tadi

Aku mengurut dadaku. Lega!

"Takkan takda yang minat?" tanyaku lagi

"Ada. Ramai. Tetapi lelaki, perempuan ada. Tapi semua saya tak suka"

See? Bukan perempuan je minat, lelaki pun ada. Haih? Apa nak jadi dengan dunia sekarang ni.

"Habistu, kenapa awak terima saya. Mesti saya pun ada dalam senarai tak diterima awak tu"

Dia geleng. "Untuk tu saya takda jawapan. Saya terima awak dengan hati yang terbuka. Saya akan terima segala kekurangan awak, semua!" dia mengangkat sumpah seolah-olah berjanji

"Tchh, saya yakin awak takkan dapat handle saya. Batalkan je la niat awak nak khawin dengan saya. Settle!. Saya jenis yang susah nak diurus, degil, keras kepala, ego saya lebih tinggi dari gunung everest."

"Takpa. Saya berlawanan dengan apa yang awak cakap tadi, saya senang diurus, saya tak degil, kepala saya lembut, ego saya rendah. Saya boleh mengalah!" senyuman nya tidak lekang.

Aku mengeluh. "Awak betul-betul ke ni? Saya ni susah dah nak percaya lelaki. Diorang suka main-main, tak pernah series dalam apa-apa hal. Semua benda nak dibuat main" perlahan nada suara ku

"Saya betul-betul. Tak main-main. Saya janji akan bertanggungjawab dan jaga awak betul-betul"

Aku senyum sinis. Boleh percaya ke ayat ni sekarang?.

"Jomla naik" ujarku mengajaknya untuk naik ke rumah semula

"Mari makan" ajak ayah

Aku mengambil tempat duduk di sebelah Kak Mira berhadapan dengan Qai. Sungguh berselera dia makan, mungkin sedap apa yang ibu masak. Masakan ibu memang sedap. Tak usah dinafikan lagi!.

TBC

My eyes refuse
to watch you leave,
So tears will blur
the memory

AMORIST Where stories live. Discover now